Terdetik mahu mencuba tutorial dalam talian bersama Renee Moi di Facebook. Walaupun koleksi warna saya tidak sama dengan cikgu yang mengajar, tetapi Alhamdulillah..saya tetap puas hati dengan hasil akhir lukisan saya.
Cikgu Renee juga banyak memberikan tips secara percuma ketika kelas berlangsung. Sampai anak saya ada yang bertanya. "Mama, dia buat free ke?" hahahah..
Soalan-soalan saya di bahagian chat juga dijawab dengan penuh kesabaran. Mungkin juga ketika itu tidak ramai yang mencuba. Paling menarik , video tutorial tersebut dirakam dan kalau ada sesiapa yang berminat boleh sahaja klik facebook Kunang-Kunang Art Space Workshop .
Saya guna kertas karbon jahitan saya untuk lukis gambar kucing ini. Sebab saya tak sempat nak lukis guna kaedah grid. Cikgu Renee pesan, kalau boleh elakkan tekap dan cuba guna kaedah grid. Dengan cara ini kita melatih jari jemari dan koordinasi mata untuk bekerjasama. Practise make perfect kan?
Sebenarnya ada warna yang tiada. Misai kucing sepatutnya diwarnakan dengan gel pen warna putih. Tapi saya tak ada gel pen tersebut. Maka saya gunakan apa yang ada. Habis kelas ini, saya terus beli di Shopee!
Saya rasa ketika kita semua 'lock down' di rumah perlu mencari sesuatu kelainan untuk mencabar diri kita sendiri. Sesekali perlu keluar dari zon selesa.
Ada banyak aktiviti-aktiviti yang dapat kita lakukan bagi mengurangkan rasa kebosanan dan resah yang melanda. Bergantung kepada jiwa masing-masing.
Tutorial video mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Nasihat saya kalau nak ikut kelas yang ini, buat dahulu lukisan kucing tersebut di atas kertas ya?
Saya gunakan kerta bersaiz A5 dengan berat 200gsm . Kena guna yang tebal sebab banyak guna air dan kertas yang nipis akan menyebabkan kertas akan koyak.
Ini kali ke-dua ke CAC dan harapnya ini juga kali terakhirlah saya ke sini. Tempat yang sangat mendebarkan kerana setiap saat terdedah kepada Virus Covid-19.
Penuh pesakit positif bercampur dengan negatif. Kanak-kanak dan bayi menangis, orang tua menggunakan kerusi roda. Yang tua dipapah dengan yang muda.
Petugas barisan hadapan yang cuba bercakap dengan manusia yang langsung tidak mampu bertutur bahasa Melayu atau Inggeris.
Saya menyaksikan segalanya dengan mata kepala sendiri. Ada makcik yang terbaring di atas stretcher yang mungkin dibawa menuju ke van untuk ke hospital atau ke MAEPS.
Seperti tidak percaya bahawa situasi yang selalu saya lihat di media sosial kini benar-benar berlaku di hadapan mata.
Kipas-kipas yang ada hanya untuk barisan hadapan kerana mereka memakai uniform yang membungkus dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tak dapat nak bayang bagaimana panas dan bahangnya di dalam pakaian tersebut.
Barisan semakin panjang dan masa menunggu terasa sangat lama. Awalnya memang kebosanan kerana menunggu giliran.Mujur selepas itu seorang sahabat yang dikenali datang menyapa.
Dari satu kaunter akhirnya kami tiba kaunter yang ditunggu-tunggu. Doktor masih bertanya soalan yang sama kepada Uwais. Dan syukur jawapan nya pun tetap sama. Dia hanya menjawab pengalamannya di kuarantin seorang diri di dalam bilik.
Saat gelang dipotong terasa satu perasaan yang luar biasa. Kebebasan!
Sebelum melangkah pulang saya sempat menoleh ke belakang. Kaunter sudah ditutup dan manusia semakin berkurangan. Esok tidak pasti.
Walaupun bangunan Stadium Melawati itu semakin jauh ditinggalkan. Tetapi perasaan fobia dan serik itu berparut di hati.
Syukur Alhamdulillah! Kini Uwais kembali semula ke pangkuan kami.
Dalam kecelaruan menguruskan emosi dan mental. Sempat juga dilancarkan "Tabung Kasih Covid-19". Nama itu datang menjelma secara tiba-tiba. Kebiasaannya, punyalah susah nak cari nama / tajuk yang sesuai
-
-
Waktu ini sudah ada ibu-bapa yang mendahului kami pergi ke CAC ( Covid Assessment Centre ). Jadi ada keluarga yang terpisah. Si ibu dikuarantin bersama anak di MAEPS. Si bapa pula menjaga anak-anak yang di rumah ataupun ada yang salah seorang daripada mereka perlu ke hospital.
-
-
Ditinggalkan ataupun yang meninggalkan itu sama sahaja sedihnya. Sudahlah waktu itu di hujung bulan Ramadan. Kami ibu-bapa yang lain cuba yang terbaik untuk menghilangkan kesedihan tersebut.
-
-
Bantuan ini sebenarnya lebih kepada 'simbolik' untuk menzahirkan bahawa 'kami sentiasa ada di belakang' ataupun 'You are not alone'.
-
-
Ini antara tauladan yang saya kutip sepanjang saya menguruskan projek "Sumbangan Kasih Covid-19" :
-
-
1) Ada keluarga yang hampir kesemua mereka positif Covid-19. Tetapi bantuan tetap dihulurkan. "Tak banyak Nany..." antara katanya apabila selesai urusan transaksi. Saya yang tekesan. Di saat dirinya juga diuji, dia juga faham bahawa berkat, pahala dan ganjaran bersedekah ketika dalam kesusahan itu tidak sama dengan bersedekah di waktu biasa.
-
-
2) Sumbangan juga saya terima dari ibu-bapa yang anaknya bekas pelajar di sekolah anak saya belajar. Bermakna pengaruh rasa simpati dan empati itu dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan dan kesedihan. Kuasa infak melangkaui tempat dan masa.
-
-
3) Setelah tempoh menyumbang tamat, masih ada ibu-bapa yang bertanya kalau-kalau mereka boleh menyumbang. Antaranya, seorang ibu ini memberitahu bahawa dia dan anaknya baru selesai menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh. Dia tidak memberikan nama kepada saya sebagai penerima kerana mahu mendahulukan orang yang lebih memerlukan dan terkesan. MashaALLAH!
Inilah antara cerita di sebalik projek " Sumbangan Kasih Covid-19" yang dilaksanakan. Kalaulah semua manusia khasnya orang Islam faham erti bekerjasama, tolak-ansur, bersatu-padu, bertimbang rasa dan berkasih-sayang .
-
-
InshaALLAH, kita antara umat manusia yang hebat. Tidak akan ditindas dan dibuli dengan sewenang-wenangnya. Menyedihkan kerana Umat Islam yang ramai pada hari ini ibarat buih di lautan. Ramai, tetapi dibawa arus.
-
-
Harapnya cukup tiga poin yang saya cuba kongsikan ini membawa kita semua untuk menyalurkan bantuan kepada saudara kita di Bumi Palestine. Tanah yang diberkati ALLAH S.W.T.
-
-
.
Membantu sewaktu diri sendiri dalam kesusahan.
-
-
Menghulurkan bantuan tidak kira di mana kita berada.
-
-
Mendahulukan mereka yang lebih memerlukan.
Update terbaru sehingga hari ini ( 21hb Mei 2021) jumlah kematian adalah lebih dari 200 orang dan majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita.
Hati sudah tidak keruan semenjak siang lagi. Malam menjadi gundah gelana kerana memikirkan pertarungan untuk esok hari.
Dek kerana tidak mahu terlalu memikirkan tentangnya. Saya teruskan sahaja bacaan tadarus online malam itu. Usai tadarus, dengan berat hati saya mengangkut bag tarik ke dalam bilik dan perlahan-lahan tangan mula mencapai pakaian.
Sehelai demi sehelai dilipat dan dimasukkan ke dalam bag.
Hati berkata tidak. Tetapi akal memandu saya untuk bertindak mengikut kewajaran.
Seawal jam 7.30 pagi, saya dan Uwais bergerak ke CAC ( Covid Assessment Centre ) di Stadium Shah Alam. Sebelum bertolak, lokasi di Google Map ditetapkan.
Jalan mula sibuk apabila kereta memasuki LDP. Dada terus berdebar, peluh merecik dek kerana penghawa dingin ditutup. Tingkap dibuka seluas-luasnya. Asap kereta berkepul-kepul masuk. Mujur lah kami memakai pelitup muka.
Kereta yang sesak, motosikal yang bertali arus datang dari arah belakang menyebabkan saya perlu fokus memandu. Susahnya nak belok ke kiri.
Lagi 1km saya akan sampai ke destinasi. Lampu isyarat yang berhenti terasa sungguh lama. Luar panas, dalam pun panas. Pemanduan diteruskan seperti biasa.
Tiba-tiba, google map menyuruh saya membuat pusingan U. Aduhai...terlepas simpang ke ni?
Rasa nak menangis.
Mujur sudah tidak jauh dari lokasi Stadium. Syukur kami sampai dengan selamat. Tarik nafas lega sekejap. Arahan seterusnya, kami perlu beratur di luar. Ramai sungguh yang positif Covid-19. Kanak-kanak, bayi, dewasa dan orang tua. Semua pun ada.
Walaupun di dalam stadium itu besar. Tetapi, boleh terasa bahangnya. Kami tidak perlu menunggu lama kerana pihak sekolah sudah menetapkan laluan khas.
Ada beberapa kaunter termasuk pendaftaran, pemeriksaan suhu badan dan aras oksigen.
Setelah selesai, penantian bersambung lagi di kaunter yang seterusnya.
Kaunter penentuan di mana Uwais akan dikuarantin. Masa ini rasa seperti seolah-olah berada di Mahkamah. Menunggu Tuan Hakim menjatuhkan hukuman.
"Kuarantin di mana?" Soalan pertama doktor.
"Di bilik atas, dalam rumah" . Saya menjawab.
"Makan macamana?"
Kali ini doktor bertanya kepada Uwais pula. Beliau memandang ke arah Uwais dan mata mereka bertentangan. Dalam hati saya berdoa supaya Uwais yakin menjawab soalan dengan betul.
"Mama ketuk pintu, letak makanan di luar"
Fuh..lega.
"Mama masuk dalam bilik tak?"
"Ada orang di luar bilik?"
"Baju kotor letak di mana?"
Bertubi-tubi soalan ditanya pada si anak. Mujur jawapannya memuaskan hati doktor. Untuk menambahkan garam dan perasa, saya menambahkan cerita.
Saya tunjuk gambar keadaan Uwais di dalam bilik melalui CCTV yang ada. Saya jelaskan dengan terperinci bagaimana S.O.P kami di rumah. Lagaknya seolah-olah saya inilah doktor dan doktor di hadapan itu pesakit Covid.
"Jadi mahu kuarantin di rumah?
"Ya Doktor!"
"Sekejap, saya mahu berbincang"
Kurang dari 5 minit doktor tersebut kembali semula.
"Okay boleh"
Bagaikan ada batuan besar di bahu yang sudah diangkat. Alhamdulillah...syukur!
Emak memang dari dahulu lagi begini. Semenjak saya pernah menetap di luar negara untuk beberapa tahun. Tidak pernah emak lupa untuk mengirimkan ole-ole buat anak, menantu dan cucu-cucunya.
Sehingga hari ini juga emak masih tidak tahu yang cucunya adalah positif Covid-19. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana risaunya emak jika mengetahui berita ini.
Uwais masih aktif, ceria dan "annoying" seperti biasa. Cuma kadangkala, dia ada batuk-batuk sedikit. Tetapi yang sedikit itu sangatlah menyeramkan.
Saya sudah dapat jangkakan bahawa emak bukan sahaja mengirimkan makanan. Tetapi, disertakan juga pesanan menggunakan separuh kertas A4, pen dan bertulisan jawi!
Membaca pesanan emak di atas kertas menyebabkan empangan air mata ini tidak dapat dibendung lagi.
Saya menjadi sebak. Di saat kami diuji begini, mak mungkin juga sangat merindui anak-anaknya yang jauh di mata.
Selain surat bertulisan jawi dan makanan, emak juga ada mengepilkan beberapa keratan akhbar yang digunting dan dilipat. Pesanan emak, supaya cucu-cucunya membaca semua artikel di dalam keratan akhbar tersebut.
Saya kagumi sikap emak yang suka membaca dari dahulu hingga sekarang. Meskipun usianya sudah mencecah 72 tahun, tetapi semangat membacanya masih belum luntur lagi.
Memang menarik pun artikel-artikel tersebut. Seronok saya membacanya.
Semoga emak dan ayah di kampung sihat, tabah dan sabar menghadapi hari-hari mendatang. Doa kami tidak akan pernah putus buat kalian berdua!
Kawan-kawan, kalau dah kena positif Covid-19 ini cerita yang sepatutnya 1 perenggan boleh jadi dua / tiga helai kertas.
Pada tahun lepas kami kena beguk. Berjangkit dari seorang ke seorang. Sakitnya jangan cakaplah, ada malam memang terjaga dan terpaksa telan panadol sebab berdenyut menganggu tidur.
Tetapi, ceritanya berakhir di situ. Tak perlu nak buat swab test berkali-kali. Tak perlu nak lalui proses kuarantin yang bersambung-sambung. Beratur ke CAC. Pergi pula ke PKD.
Kalau ada ahli keluarga yang positif dan yang lain-lain negatif, percayalah! belum tentu pengakhirannya sampai di sini sahaja ya.
Ada lagi liku-liku cabaran yang menanti di hadapan. Proses yang melibatkan banyak kekuatan mental dan emosi.
Kalau Doktor rasa kita tidak sesuai kuarantin di rumah, maka ucapkan selamat datang kepada MAEPS ataupun Hospital.
Lebih sedih jika si peneman di MAEPS / hospital adalah negatif pada awalnya. Tetapi positif pula selepas beberapa hari menjaga anak di sana.
Boleh bayang kan tak? Ada ibu yang mesej saya meluahkan perasaan yang anaknya sudah pulih tetapi kemudian dia didapati positif dan terpaksa stay di MAEPS sehingga Hari Raya ke-2.
Luluhnya hati!
Harapnya semua bertenang kalau kerajaan tiba-tiba ketatkan S.O.P. tak boleh beraya, tak boleh ziarah kubur, tak boleh solat raya di berjemaah di masjid. Sebab doa kita akan diterima walaupun kita duduk di planet lain sekalipun.
Giliran Umair pula untuk menjalani saringan ( Swab Test pada 5hb Mei 2021 ) bersama PKD di Dewan D'Klana, Kelana Jaya. Alhamdulillah..keputusan ujian dia negatif.
Ramalan saya benar belaka. Uwais telah disahkan positif Covid-19 pada 28hb April 2021. Sesuatu yang tidak pernah kami jangkakan akan berlaku dalam keluarga kecil kami.
Setahun menjaga S.O.P tetapi kita hanya merancang, Allah s.w.t yang menentukan. Jangkitan Covid-19 yang Uwais dapat adalah dari sekolah.
Terkejut, sedih, sedikit 'blur' dan fikiran kosong. Itulah yang saya rasakan ketika itu, Beberapa hari selepas mendapat tahu berita ini, saya banyak mendiamkan diri dari media sosial. Hilang kata-kata sekejap.
Hanya yang pernah lalui akan benar-benar faham. Tatkala resah dan gelisah mengambil alih nikmat ketenangan. Siang dan malam yang selama ini dilalui dengan nyaman kini sedikit huru-hara. Jika gelora di laut kelihatan di mata. Gelora di hati tidak mampu dibicara.
Andai ini sudah tertulis. Kami terima sebagai takdir dan tanda beriman kepada qada' dan qadar. Ujian datang sebagai tanda sayang Allah kepada hamba-NYA.
Kata Stephen R.Covey dalam bukunya yang bertajuk The 7 Habits of Highly Effective People.
Hidup kita dipengaruhi oleh banyak perkara yang kita bimbangkan - anak-anak, kerjaya, kesihatan, masalah kebuluran dunia, peperangan nuklear dan hutang piutang keliling pinggang.
Lihat bagaimana kita menguruskan segala permasalahan. Ada yang kita mampu kawal dan ada yang tidak. Fokus kepada perkara yang kita mampu kawal. Jangan bazirkan tenaga, masa dan emosi untuk perkara yang diluar kawalan.
Sebagai seorang manusia biasa saya pasti kita semua akan terasa kesan daripada PKPB ini. Kalau tidak banyak, sikit itu mesti ada. Terutama bagi mereka yang ekstrovert. Sudah biasa kehidupannya berjumpa dengan orang ramai. Apabila disuruh duduk sahaja di rumah pasti ini berita yang agak mengecewakan buat mereka.
Jangan lupa yang kita ini semuanya unik dijadikan ALLAH S.W.T. Perangai dan watak yang pelbagai ini saya rasa kita perlu raikan. Di dalam keadaan yang agak tertekan, suram dan sedih ini perlu untuk kita saling sokong menyokong dan bantu membantu. Walaupun hanya dengan doa dan kata-kata yang positif.
Saya risau dan sedih sangat kalau dapat tahu ada kawan-kawan yang depress dan jatuh sakit disebabkan tertekan kena duduk di rumah. Tetapi inilah yang dikatakan pengorbanan kita semua terutamanya orang awam. Lanjutan pengumuman rasmi berkenaan PKPB dan penutupan sekolah sehingga lah awal tahun hadapan memberi tamparan hebat buat ramai orang. Terutama calon-calon SPM juga STPM. Tidak dilupakan guru-guru juga yang tugasnya semakin mencabar.
Didoakan semua kita mengambil peranan yang sewajarnya. Buka mudah untuk menghadapi waktu-waktu yang sukar ini. Sesuatu yang tidak pasti di masa hadapan amatlah meresahkan jiwa dan nurani.
Saya seorang surirumah separuh masa. Separuh masa lagi, saya adalah seorang guru mengajar Cambridge English Online dan juga blogger.
Masa saya akan dibahagikan dengan sebaik mungkin. Antara membantu anak membuat kerja sekolah, memasak tengahari, menyediakan bahan-bahan pembelajaran untuk setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat juga menghadiri kelas agama secara online - kelas sirah setiap hari Selasa dan Khamis. Pada hari Ahad pagi pula, saya akan menghadiri kelas tajwid juga secara online.
Tidak lupa juga hobi saya membaca buku, menulis di blog dan kadang-kala menjahit.
Bina Rutin Harian :
Hampir setiap pagi selepas solat subuh, saya dan suami atau saya seorang akan pergi berjalan ( brisk walk ) di kawasan perumahan. Lebih kurang 30 - 40 minit untuk satu sesi. Seronok juga mendengar kicauan burung dan melihat kehijauan yang ada. Senaman berjalan kaki secara laju ini baik untuk jantung, emosi dan jiwa.Jika saya tidak keluar bersenam, saya akan membaca Al-Mathurat dan selepas itu sibuk di dapur mengemas. Sarapan anak-anak ada masa saya pergi beli di luar sahaja ataupun saya memasak.
Pagi dalam pukul 10.00 ke atas sehingga tengahari, masa saya bersama anak-anak. Membantu mereka membuat kerja sekolah. Ada latihan yang sudah siap dibuat perlu diambil gambar dan dihantar di FB group kelas sebagai bukti kehadiran murid. Agak memenatkan juga dibuatnya, namun itulah yang masing-masing semua orang sedang hadapi. Guru-guru pun penat menyediakan bahan-bahan, membuat video itu dan ini.
Membaca Buku Cerita Fiksyen & Bukan Fiksyen
Tahun ini saya diberikan masa yang lebih sedikit untuk membaca. Saya ada membeli secara online di MPH buku-buku yang saya rasakan seronok untuk saya baca. Pemilihan buku pada usia hampir 40an ini adalah amat penting kerana ianya akan menentukan samada buku itu mampu dihabiskan ataupun tidak.
Sesiapa yang sedang mencari buku-buku yang sesuai untuk dibaca saya ingin menyarankan buku-buku seperti di bawah ini :
Semua karya Ustaz Hasrizal Abd Jamil dari Travelog Tarbiyah ini amatlah menarik. Kisah pengalaman beliau yang merantau pada usia muda menjadi seorang pelajar, berkelana hingga ke Jordan, sesekali pergi ke Turki dan juga pernah menjadi Imam di sebuah masjid di Ireland pada usianya 26 tahun. Yang saya kira agak muda untuk menghadapi semua cabaran yang tersedia di hadapan.
Susunan bahasa, penggunaan ayat, beberapa ayat Al-Quran yang diselitkan betul-betul mampu membawa jiwa saya seolah-olah bersama dengan si penulis merasai kepahitan dan kemanisan hidupnya di perantauan.
Beliau menghasilkan beberapa buah buku dan siri Travelognya ada tiga buah. Saya sudah membeli 2 daripada 3 buah bukunya. InshaALLAH, selepas habis membaca secangkir teh pengubat letih, nanti saya akan cuba dapatkan Rindu Bau Pohon Tin. Saya ada rancangan untuk berkongsi sinopsis buku-buku yang saya dibaca di blog ini. Tetapi entahlah bila...selalu disibukkan dengan pelbagai perkara lain dan kadang-kadang rasa kekurangan idea untuk menulis.
Beliau juga ada menulis buku-buku lain selain tema Jejak Tarbiah ini. Antara buku yang saya teringin sangat untuk memilikinya selepas ini adalah Diari Abah dan juga Maoon Rizal ( Cikgu Di Finland )
Selain itu, buku Fadilat Amal ini pula saya baru beli minggu lepas di Shopee. Ada banyak sangat kisah-kisah sirah menarik yang saya rasa sesuai untuk orang awam, dewasa mahupun kanak-kanak membacanya. Umair pun kadang ada masa saya suruh dia baca dan tekun juga dia cuba habiskan sesuatu tajuk itu.
Mencuba resepi baharu
Rentetan dari PKP pada bulan Mac yang lepas sehingga ke hari ini, ramai yang saya lihat sudah pandai memasak. Seronok betul saya lihat kerana ada pelbagai resepi yang telah dicuba. Kadang bukannya apa, menu-menu yang dikongsikan itu memberikan kita inspirasi untuk apa yang perlu dimasak. Ada masa memang kehabisan idea betul dibuatnya.
Apa pun, jangan makan berlebihan juga jika tiada kerja berat yang dilakukan. Makanlah ala kadar sahaja. Takut nanti ada penyakit lain pula yang datang.
Melakukan Hobi
Saya ada terbaca sebuah artikel berkenaan dengan kepentingan hobi. Dahulu semasa sibuk bekerja, saya tiada hobi kecuali memasak. HAHAH!
Mungkin disebabkan sibuk bekerja dan ditambah dengan anak-anak yang ketika masih kecil lagi. Kepenatan otak dan fizikal itu membuatkan saya tiada masa untuk memikirkan tentang hobi.
Melayan anak kecil dan menyantuni mereka dengan pelbagai aktiviti juga cukup untuk memberikan terapi buat saya. Jadi, dapatkah saya simpulkan bahawa itu juga salah satu dari hobi ?
Apabila anak-anak meningkat usianya, mereka lebih berdikari dan saya ada banyak masa untuk diri sendiri. Di sinilah saya akan cuba menghasilkan sesuatu.
Sebagai contoh, menjahit. Baru-baru ini, saya telah berjaya menghasilkan "Fabric Basket" . Saya mencubanya kerana bingung melihat kain-kain yang masih banyak seperti tidak pernah digunakan. Walhal, sudah dibeli bertahun-tahun. Ajaibnya, kain-kain tersebut tidak mereput langsung seperti kain buruk. HAHAHAH!
Terjumpa tutorial membuat "Fabric Basket" ini di Google dan lantas saya mencubanya. Lebih kurang dua hari baru lah siap. Ini disebabkan saya juga ada tugas lain yang perlu dibuat.
Perkara yang mengasyikkan saya adalah ketika mencantumkan patches itu. Memilih corak kain yang sepadan juga adalah satu terapi buat saya. Betul lah kenyataan artikel yang saya baca tempoh lalu.
Melalui hobi, kita akan rasakan hidup kita lebih bermakna, gembira dan produktif. Ada orang hobinya berkebun, bagus juga kan? nanti akhir-akhir kalau ada rezeki dapatlah dituai hasil tanaman itu.
Untuk mengetahui jenis hobi yang sesuai adalah mungkin perlu untuk lihat dari sudut minat dan paling penting kewangan. Jangan sampai berhutang pula hanya demi kerana hobi kita itu. Tambahan pula di waktu eknnomi kita yang sedang tenat ini.
Menonton dokumentari \ ceramah agama \ kisah masyarakat
Antara yang pernah saya tonton di Youtube adalah : Social Media Dangers Documentary - Childhood 2.0
Sirah tentang sahabat - sahabat Nabi S.A.W :
Sebenarnya, ramai lagi sahabat-sahabat Nabi yang kita jarang dengar nama mereka kecuali mereka yang berempat itu - Sayyidina Abu Bakr r.u, Sayyidina Umar Al-Khattab r.u, Sayyidina Uthman B.Affan r.u dan Sayyidina Ali Bin Abi Talib r.u.
Cerita kisah benar tentang perjalanan hidup seserorang yang menginspirasikan.
Kisah seroang pilot pertama perempuan di India di bahagian Air-Force yang menyertai misi peperangan di lembah Kargill ( Pakistan \ India ) :
"Gunjan Saxena"
Selain dari yang dinyatakan di atas, ada lagi hobi-hobi yang saya rasa sesuai untuk dicuba di dalam rumah. Antaranya :
1) Melukis
2) Menulis di blog
3) Belajar bahasa baru
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan di sini. Jadi, hobi kawan-kawan semua apa pula? Jangan malu dan segan untuk kongsikan di sini. Mana tahu, ianya akan memberikan inspirasi kepada orang lain pula.
Setelah hampir dua minggu buah labu yang dibeli itu berada di dalam peti ais , kini tibalah masanya buah labu tersebut bertukar menjadi 'sesuatu' yang enak untuk dinikmati.
Nak buat sayur labu masak lemak kita dah selalu buat. Jadi, terhasil lah kek labu yang lembut dan sedap. Sebelumnya terfikir nak dijadikan bingka, tetapi memandangankan bijan yang untuk ditabur-tabur itu tiada di rumah ini dan anak-anak juga bukanlah peminat kuih bingka. Jadi buat kek sahajalah senang!
Saya sediakan dahulu bahan-bahan yang diperlukan, kemudian anak-anak tolong la campurkan adunan dan paling penting tolong makan. 😂
Oh yer, Ada sedikit bau 'hanyir' pada permulaan selepas kek ini masak.Di mana saya rasa bau itu datang dari telur yang digunakan. Tetapi, pelik juga sebab saya dah letak vanilla essence dalam tuh.
Namun selepas beberapa hari, bau yang tidak sedap itu sudah hilang dan digantikan dengan bau kek yang harum.
Selain itu, saya rasa penggunaan gula sebanyak 1 cawan 1/2 itu sangat manis. Resepi asalnya begitu, namu saya kurangkan menjadi 1 cawan 3/4 gula. Juga masih manis. Mungkin boleh gunakan hanya 1 cawan sahaja selepas ini. Kepada yang memang sukakan kemanisan, tiada masalah. Boleh jer gunakan resepi asal. Hehehe..
Bahan-bahan Kek Labu Sedap & Lembut ( A) :
3 biji telur gred A ( saya guna gred B kot sebab macam kecil sikit )
1 cawan butter yang dicairkan ( saya guna unslated butter brand Anchor )
1 - 1/2 cawan gula halus ( saya guna 1 -3/4 cawan )
450 gram - labu yang siap dibersihkan dan dibuang kulit - sila potong kiub dan kukus sehingga lembut.
Bahan-bahan yang digaul dan diayak bersama ( B) :
2 - 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1- 1/2 camca besar susu tepung ( saya gunakan brand Fernleaf )
Cara membuatnya :
Lapik loyang yang akan diguakan dengan kertas baking
Panaskan oven pada suhu 180-200 degree celcius
Lenyekkan buah labu yang sudah dikukus
Campurkan bahan-bahan A di dalam bekas dah kacau rata
Saya gunakan blender sebab nak bagi labu tu hancur dengan sekata. Ala-ala nak buat kek pisang guna blender.
Masukkan bahan-bahan B ke dalam A
Kacau dan kaup balik adunan sehingga sebati
Tuangkan adunan tersebut ke dalam bekas loyang yang sudah disediakan.
Bakar dengan api atas bawah selama 45 minit ataupun sehingga masak.
Siap!
Silakan untuk sesiapa yang ingin mencuba kek labu sedap dan lembut ini. Kalau lebih faham, sila tonton video tutorial anak-anak saya membuat Kek Labu Sedap & Lembut.
Sepanjang temppoh PKP ini, banyak masa yang kami habiskan di rumah. Pernah 2 - 3 saya keluar untuk mencari barang-barang keperluan harian rumah.
Sebenarnya, saya memang suka membeli di kedai berbanding atas talian. Puas hati dapat belek-belek, pegang dan sentuh. Senang kata, boleh la gunakan segala deria yang ada. Hahah~
Tetapi, dah kena perintah berkurung ni, jadi saya pun kenalah mencuba beberapa kedai di atas talian yang menjual hidupan laut dan darat seperti udang, ikan, sotong, ayam dan lembu.Begitu juga dengan bahan-bahan asas kering seperti tepung, garam , gula, rempah dan telur.
Kebanyakan kedai-kedai ini, saya dapat tahu daripada kawan-kawan yang berkongsi di group whatsapp dan ada yang personal hantar mesej kepada saya. Thanks kawan-kawan. You know who you are! Ada yang pernah mencuba perkhidmatan mereka ada yang belum pernah. Tetapi, saya periksa juga di FB / IG mereka. Baca feedback para pelanggan yang pernah mencuba perkhidmatan mereka.
Jom kita lihat kedai-kedai online yang pernah saya cuba ya!
1) The good prawn - Ada FB dan ada IG
Antara yang terbaik so far. Saya suka sebab produk mereka kesemuanya segar. Ikan dan ayam sudah siap disiang , dipotong dan dibersihkan. Mereka ambil masa juga dalam 3- 4 hari untuk memproses pembelian. Ada ketika, mereka terpaksa menutup kedai sebentar kerana permintaan yang agak tinggi sepanjang tempoh PKP ini. Tetapi, usah risau kerana apa yang perlu anda lakukan adalah selalulah menjengah IG mereka untuk mendapatkan info terkini.
Ayam Delima Organik ini sudah habis stok. Saya cuba order untuk kali ke-dua tapi dah habis.
Cencaru pun dah siap disiang. Boleh request kalau nak minta mereka belah belakang ikan tuh. Ada borang yang kena isi.
Daging tuh pun dah siap dipotong tau.
2) Deli Fresh - Tiada Socmed. Berhubung secara whatsApp. ( +60 11-6976 2972 ) Ikan-ikan juga akan disiang, dibersihkan dan dipotong mengikut kehendak masing-masing.
Selain ikan-ikanan, saya juga beli tulang, daging lembu dan ayam. Tulang tuh saya masak sup, daging pula saya buat blackpepper. Sedap ..Alhamdulillah...
3) Ayam Aji - Mempunyai FB.
Saya telah membeli 3 ekor ayam kampung. Tetapi, agaknya mereka tersilap pilih atau bagaimana, ada seekor dapat ayam pencen. Itupun saya tersedar selepas ayam tersebut dimasak rendang. Liat sungguh! dah masuk dalam pressure cooker.barulah lembut dan sangat sedap. Hehehe...
Pada awalnya, ayam yang itu sahaja berbau agak luar biasa. Dan memandangkan saya terlupa nak pesan supaya ayam-ayam tersebut dicuci dan dipotong akibatya ,saya ambil masa yang agak lama untuk kerja pemotongan dan pembersihan ayam-ayam tersebut. Ditambah lagi dengan ayam yang seekor itu agak berbau. Saya pun hairan juga kenapa la berbau begitu. Nak kata busuk, dagingnya masih OK.
Hurmmmmm...
Kesat peluh tau mengerjakan ayam-ayam ini. HAHAH~~Yang ti tengah tu la ayam pencen. Pelik juga saiz nya luar biasa dari yang lagi 2 ekor tuh.
Resit sebagai rujukan di masa hadapan
4) Alun Entreprise - Tiada Socmed. Hanya berhubung secara WhatsApp.
Personal shopper yang didatangi khas dari Pasar Borong Seri Kembangan tu ha. Senang hidup tak perlu drive, beratur, balik kena mandi bersabun bagai. Order jer melalui WhatsApp esok lusa, InshaALLAH barang sampai.
Siapa penggemar susu segar Farm Fresh boleh lah beli atas talian melalui no. yang saya berikan di atas. Penghantaraan dibuat sehingga ke rumah. Susu UHT 1 liter ini berharga RM7 sekotak. Delivery charge RM8. Kemungkinan mengikut kawasan.
So far lima kedai ini saya dah jumpa. Makanya nanti, kita ulang-ulang balik la ya kalau bahan-bahan tersebut kehabisan stok di dapur.
Syukur ya Allah, kerana diberikan lagi nafas dan ketika ini saya masih bernyawa di bumi ini. Sudah 39 tahun hidup dan saya berdoa agar ALLAH ampunkan dosa-dosa saya serta mengharapkan sisa kehidupan yang ada ini digunakan untuk melakukan amal kebaikan.
Memandangkan kita sekarang masih berada dalam tempoh PKP kerana negara dan satu dunia dilanda wabak Covid-19, maka sambutan hanyalah dibuat di dalam rumah dan tiada penjarakan sosial diamalkan. 😂
Kek saya buat belian secara online di My Own Bakes Cafe, Bandar Kinrara. Memandangkan hari ini hari lahir saya dan kami juga salah seorang pelanggan yang setia. Jadi, mereka telah menghadiahkan saya sepotong kek percuma. Yeayyyy~~~
Jazakallahukhairankathira My Own Bakes Cafe. Semoga dimurahkan rezeki. Sesiapa yang berminat untuk menghubungi My Own Bakes Cafe, Bandar Kinrara, Puchong, boleh menghubungi nombor telefon mereka : +60 13-236 5998.
Masa mereka beroperasi sepanjang tempoh PKP ini adalah dari pukul 11:00am sehingga 7:00pm. Pembelian boleh dilakukan melalui WhatsApp.
Kalau dalam rumah, uniform kain pelekat pun boleh la yer?
Sedap-sedap keknya tapi agak manis juga. So, cukuplah rasa sikit-sikit. Yang tak habis tuh kita masukkan dalam peti ais.
1) Pandan Burnt Cheese cake
2) Carrot cake
3) Red Velvet cake
4) German chocolate cake
5) Death by chocolate cake ( Free )
Setelah hampir 3 minggu kami tidak berkunjung ke GIANT untuk membeli barang. Akhirnya, pada minggu lepas saya memberanikan diri ke sana.
Hajat di hati mahu pergi membeli writing book dan kertas A4. Hannah perlu mencetak beberapa kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru kelasnya untuk dibuat latihan serta ulangkaji. Nak pergi beli tempat lain tak pasti kedai mana yang buka.
Perasaan nak pergi ke GIANT tu boleh tahan nervous jugak lah. Seolah-olah seperti mahu berjumpa dengan zombie. Jadi, perkara pertama sekali kena pakai mask. Walaupun saya sihat, tiada sebarang gejala batuk ataupun demam.
Kedua, saya bawa sendiri bag kitar semula. Sebab nya kalau boleh nak kurangkan penggunaan plastik.
Saya bertolak pagi dalam pukul 7.50am dari rumah dan sampai di GIANT lebih kurang pada pukul 7.55am. Oh! semasa saya sampai di sana, sudah ada banyak kereta yang beratur. Ambil sedikit masa kerana, pengawal yang bertugas perlu memastikan semua pemandu wajib memakai mask.
Kalau ada yang tidak pakai mask, maka bersedialah anda untuk u-turn. Mujurlah saya sudah siap sedia memakai mask dari awal.
Memandangkan jalan ke tempat yang selalu saya letak kereta itu ditutup. Jadi, saya tiada pilihan untuk letak kereta di bahagian dalam bangunan.
Walaupun kereta sudah banyak, tetapi tempat letak kereta masih ada lagi. Cuma tak sangka, sebelum pukul 8.00am orang dah sampai.
Perkara pertama, tidak perlu panik. Tenang-tenang sahaja dan beratur di pintu masuk utama. Rasanya, hanya 1 pintu sahaja yang dibuka sepanjang tempoh PKP ini. Bagusla kan? kalau tak nanti takut tak terkawal. Nanti akan ada staff yang bertugas untuk mengambil suhu badan.
Selepas itu, boleh lah ke pasaraya GIANT dan masuk di pintu yang sama dengan pintu keluar juga. Selain itu, seramai 100 orang pelanggan sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke dalam untuk membuat pembelian dan pembayaran. Masa yang diperuntukkan untuk setiap seorang adalah selama 30minit.
Fuh...pelanggan yang ke-94.
Alhamdulillah, cukup lah 30 minit tuh, lagi 10 minit adalah masa 'kecederaan' untuk beratur dan membayar. Ikhlasnya, nak berlama-lama di luar memang agak "menakutkan".
Keadaan semasa pelanggan beratur mahu membuat bayaran. Masing-masing menjaga jarak sosial sejauh 1 meter.
Saya lihat, tiada kereta yang beratur masuk ketika saya mahu pulang ke rumah. Waktu itu lebih kurang pukul 9.00am. Mungkin kalau nak pergi boleh cuba waktu-waktu begini. Kalau dah lewat tuh, saya tak pasti pula bagaimana keadaan nya.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Terima kasih yang sudi membaca. Jangan lupa untuk terus duduk di rumah ya!. InshaALLAH..kita cuba lawan virus ini beramai-ramai. Perlukan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.
Minggu ini sudah masuk fasa ke-2 PKP yang dilanjutkan dari 31 Mac 2020 sehingga 14 April 2020. Apa khabar semua?
Semasa menonton Buletin TV3 semalam , terdapat perkongsian dari seorang pakar psikologi tentang bagaimana kita perlu mengekalkan rasa postitif sepanjang tempoh PKP ini.
Menurut beliau, kita perlu merancang rutin harian dan cuba untuk tidak memikirkan sampai bilakah PKP ini akan berakhir.
Bagi diri saya sendiri pada permulaan memang 'enjoy' walaupun ada kerisauan tentang penyakit wabak Covid-19 ini. Risaukan jika kita atau ahli keluarga atau teman rapat yang terkena virus Covid-19.
Masuk fasa ke-2 saya sendiri rasa agak 'bosan'. Terperuk di dalam rumah hampir setiap hari tanpa ada aktiviti luar. Walaupun saya bukan lah aktif sangat bersukan atau beriadah di luar. Tetapi ada masa saya rindukan rutin harian saya yang perlu keluar dan masuk rumah setiap hari atas urusan persekolahan anak-anak.
Bingung juga kadang-kadang. Mahu berkebun, tiada pokok hijau yang 'perlu' dikerjakan. Mahu memasak, alasan sayangkan bahan-bahan mentah. Sebab malas nak pergi membeli. Sekarang ini, bahan mentah seperti hidupan laut dan darat, saya order online sahaja termasuklah susu UHT Farm Fresh.
Hasil tangkapan saya melalui online - The Good Prawn.
Boleh lihat IG mereka ya. Musim PKP ini memang ramai orang order online. Jadi, ada waktu agak susah nak order dari mereka.
Lain-lain makanan seperti biskut, roti dan buah-buahan - saya atau suami akan bergilir keluar pergi membeli. Selepas pulang dari membeli, kena mandi dahulu. Bersihkan diri dari sebarang kekotoran dan kuman yang ada. Betapa dahulu sangat mudah dan tiada rasa sebarang kerisauan pun apabila pergi membeli.
Inilah nikmat yang kadang-kala kita lupa dan tanpa sedar ambil mudah dengan kemudahan / kesenangan yang dianugerahi oleh ALLAH S.W.T
Saat ini juga, saya rindukan ibu-ayah di kampung. Selalu menghubungi mereka dan bertanyakan khabar. Kampung saya yang terletak di Daerah Hilir Perak merupakan kawasan 'panas' . Kalau tak silap saya seramai hampir 40 orang kakitangan yang berkerja di Hosptal Daerah Teluk Intan, dikatakan positif Covid-19. Semoga ALLAH S.W.T menghindari kita semua dari wabak Covid-19 ini dan semoga fasa-fasa susah ini segera berlalu pergi.
Saya kongsikan rutin yang saya cuba untuk kekalkan selama tempoh PKP ini. Apa sahaja yang baik adalah dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu adalah dari kelalaian saya sendiri.
Saya merupakan SAHM - ibu kepada tiga orang anak yang masing-masing berusia 12, 10 dan 8 tahun. Jadi, saya tiada tugasan WFH yang perlu dilakukan. Saya memang dapat menumpukan perhatian kepada anak-anak.
Jadi, usahlah bimbang jika ada antara pembaca yang sukar untuk ikut. Ianya hanyalah sekadar perkongsian dari saya dan ada juga cerita yang saya coretkan sepanjang tempoh Covid-19 ini.
1) Subuh - Pagi : 6.30am - 8.30am
Seperti biasa solat subuh. Kemudian, saya akan kejutkan anak-anak juga untuk bersolat. Mereka kebiasaannya sambung tidur semula - Ok, yang ini saya tidak suka dan saya masih mencari semangat untuk konsisten sentiasa memastikan mereka tidak tidur semula. Sebab kalau nak elakkan mereka dari tidur semula kena ada aktiviti kan?
Saya baca Al-Mathurat. Dalam pukul 7 lebih macam tuh dah siap. Kemudian, saya sambung buat yoga pula. Ini saya ikut sahaja di Youtube. Dalam 15min - 20min. Ini channel kegemaran saya :
Apabila dah biasa dan agak handal, boleh la cari video yang lain pula.Ikut kesusaian masing-masing.
2) Pagi- tengahari : 8.30am - 12.00pm
8.30am - 9.30am
Ini adalah masa paling mencabar mental dan emosi seorang mak. Saya perlu kejutkan anak-anak dan dalam masa yang sama kena buat sarapan. Saya buat yang senang dan mudah seperti contoh - roti bakar . Kadang kala saya buat sarapan yang agak berat seperti spaghetti bolognaise supaya anak-anak tidak asyik masuk ke dapur dan merungut lapar. Tapikan, dah namanya budak-budak tetap la ke depan ke belakang , buka tutup peti ais tu ha.
Si abang kadang kala sukakan roti bakar yang disapu butter seperti ini.
Oh! ada masa saya order sahaja makanan di KESUM . Restoren kepunyaan seorang kenalan saya di Bandar Kinrara. Ada pelbagai jenis kuih-muih dan makanan berat seperti nasi, mee, bihun goreng, soto, nasi lemak dan lontong. Nak lagi mudah, kirimkan sahaja pesanan melalui apps WhatsApp. Nanti mereka akan hantar ke rumah anda! sangat mudah.
9.30am - 12.00pm
Study time! bukanlah mudah untuk memastikan mereka mengikut arahan. Untuk abang dan adik, sekolah mereka sangat tersusun. Walaupun pembelajaran secara online, tetapi mereka consistent mengajar anak-anak murid melalui video. Seterusnya diikuti dengan tugasan - quizziz, jawab soalan.
Jadual ini sentiasa berubah megikut mood dan keselesaan semua ahli di dalam rumah ini.
Kemudian, murid-murid wajib memuat naik tugasan yang diberikan oleh guru masing-masing ke dalam group FB ataupun Google Classroom. Kedatangan mereka akan dipantau melalui tugasan yang dihantar.
Berlainan dengan kakak, tiada sistem atau SOP yang dilakukan. Kebanyakan guru memberikan tugasan yang banyak sekaligus. Agak memeningkan juga apabila tugasan yang diberikan bercampur baur termasuklah pdf dan online. Ada yang perlu dicetak, ada yang wajib dihantar dan ada yang tak perlu dihantar.
Kemungkinan, pelajar-pelajar di SK terlalu ramai dan tidak semua guru juga arif melakukan tugasan mengajar secara online. Akhirnya, memang ibu-bapa yang perlu membantu anak-anak di rumah.
Terfikir juga, bagaimana nasib para pelajar yang tiada kemudahan internet ataupun laptop di rumah. Pasti lebih mencabar buat mereka. Jadi, saya tidak mahu mengeluh terlalu lama. No more stress. Saya arahakan Hannah buat mana yang wajib dihantar dahulu.
Setiap hari, mereka wajib mulakan pembelajaran dengan surah-surah yang perlu dihafal. Sekarang,Umair perlu menghafal surah Al-Insyirah, Uwais pula surah Al-Falaq manakala Hannah pula perlu menghafal surah Al-Kahf ayat 1-10.
Ini diari saya sebagai searang guru di rumah. Tidaklah hari-hari saya buat. Ianya bergantung juga kepada perasaan saya hari itu. ( Ya, ianya adalah MOOD, cuma saya gantikan dengan perkataan lain. HAHAH!)
12.00pm - 5.00pm :
Saya memasak dan kadangkala, saya libatkan anak-anak juga. Habis memasak dan makan tengahari bersama. Saya dan anak-anak bebas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Sepanjang tempoh PKP ini, anak-anak bermain Roblox. Dan masa yang diberikan adalah antara 1 hingga 1 jam 30min setiap seorang.
Apabila anak-anak meminta nasi ayam sebagai menu tengahari. Jadi, silakan ke dapur wahai anakanda semua.
Habis solat zuhur, Saya pula pada masa itu akan layan socmedia, buat kerja rumah - lipat kain, kemas-kemas, update blog, update IG dan FB. Ada masa saya melukis.
Lukisan pertama saya menggunakan pensel.
Lukisan kedua saya menggungakan water color
5.00pm - 8.00pm
Selepas asar, saya kadangkala berzumba bersama anak-anak. Saya pilih yang senang sahaja stepnya.
Anak-anak pun boleh ikut bersama.
Kadang-kadang hanya menonton televisyen. Memilih rancangan yang menarik perhatian saya di Netflix. Selalunya, saya suka menonton dokumentari ataupun bertemakan kekeluargaan. Jika tdak menonton televisyen, saya membaca buku.
Antara filem yang WAJIB anda semua tonton jika ada Netflix di rumah. Cerita Turkish berdurasi selama 2 jam lebih. Mengisahkan seorang ayah yang tidak sempurna akalnya tetapi mempunyai hati yang sangat baik dan luhur. Melihat betapa utuhnya kasih sayang di antara anaknya Ova dan beliau sendiri. Sangat menyayat hati dan sesuai ditonton untuk semua ahli keluarga.
Ketika fasa pertama PKP, ada juga anak-anak bermain bola di hadapan rumah. Menggunakan halaman bersimen yang sekangkang kera luas nya itu. Haishhh...mama cuba main badminton, baru sekali pukul, buah shuttle naik landing di atas bumbung. Terus malas nak main. HAHAH!
8.00pm - 10.00pm
Solat maghrib berjemaah di rumah. ( Kadang-kadang solat bersendirian ) Ajar anak-anak mengaji. Makan malam, memantau anak-anak mengulangkaji pelajaran. Semak semula jika ada tugasan yang tidak sempat dibuat. Sebelum tidur, ada masa saya bacakan buku cerita buat anak-anak saya. Sekarang, kami sedang membaca buku Ibrah yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman yang bertajuk - Perempuan yang baik-baik.
InshaALLAH, ada masa nanti saya kongsikan sinopsis buku ini ya!
Antara aktiviti lain yang anak-anak buat adalah melukis. Ini beberapa hasilnya :
Ada antara beberapa aktviti yang saya mahu selitkan .
1) InshaALLAH, mungkin bermula minggu hadapan, saya ingin berZoom mengaji bersama ustazah dan classmate tajwid saya. Semoga masa yang ada disikan dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.
2) Lap mesin jahit dan mulakan semula hobi lama saya. Alahaii...sendu pula hobi yang satu ini sebab sudah lama ditinggalkan.
Terima kasih kawan-kawan sudi membaca sampai ke hujung. Selamat bekerja dari rumah, jangan stress-stress. Pastikan mental dan emosi kita semua terjaga.
Jaga diri dan teruskan mencegah Covid-19 dengan tinggal di rumah , selalu membasuh tangan dan jaga jarak sosial jika anda mahu keluar dari rumah.
I found corporate & housewife job in my life. I ‘craved’ the latter. Alhamdulillah, I am happy for what I am now. Because I know, ALLAH SWT has a plan for me. And it will always be THE BEST.
My intention of writing is to share anything good about anything in my life.I hope you guys will benefit something from my blog. This is our temporary journey. May It begin and last in a good one InshaALLAH.