Gelang 'Pink' hadiah Aidilfitri ( Kuarantin hari ke-5 )

By Wednesday, May 12, 2021

 

Kawan-kawan, kalau dah kena positif Covid-19 ini cerita yang sepatutnya 1 perenggan boleh jadi dua / tiga helai kertas.
 
Pada tahun lepas kami kena beguk. Berjangkit dari seorang ke seorang. Sakitnya jangan cakaplah, ada malam memang terjaga dan terpaksa telan panadol sebab berdenyut menganggu tidur. 
 
Tetapi, ceritanya berakhir di situ. Tak perlu nak buat swab test berkali-kali. Tak perlu nak lalui proses kuarantin yang bersambung-sambung. Beratur ke CAC. Pergi pula ke PKD. 
 
Kalau ada ahli keluarga yang positif dan yang lain-lain negatif, percayalah! belum tentu pengakhirannya sampai di sini sahaja ya.
 
Ada lagi liku-liku cabaran yang menanti di hadapan. Proses yang melibatkan banyak kekuatan mental dan emosi. 
 
Kalau Doktor rasa kita tidak sesuai kuarantin di rumah, maka ucapkan selamat datang kepada MAEPS ataupun Hospital.
 
Lebih sedih jika si peneman di MAEPS / hospital adalah negatif pada awalnya. Tetapi positif pula selepas beberapa hari menjaga anak di sana. 
 
Boleh bayang kan tak? Ada ibu yang mesej saya meluahkan perasaan yang anaknya sudah pulih tetapi kemudian dia didapati positif dan terpaksa stay di MAEPS sehingga Hari Raya ke-2.
 
Luluhnya hati!
 
Harapnya semua bertenang kalau kerajaan tiba-tiba ketatkan S.O.P. tak boleh beraya, tak boleh ziarah kubur, tak boleh solat raya di berjemaah di masjid. Sebab doa kita akan diterima walaupun kita duduk di planet lain sekalipun.
 
Giliran Umair pula untuk menjalani saringan ( Swab Test pada 5hb Mei 2021 ) bersama PKD di Dewan D'Klana, Kelana Jaya. Alhamdulillah..keputusan ujian dia negatif.

 

You Might Also Like

1 comments