" Unity is our strenght"

By Sunday, May 23, 2021 ,

Dalam kecelaruan menguruskan emosi dan mental. Sempat juga dilancarkan "Tabung Kasih Covid-19". Nama itu datang menjelma secara tiba-tiba. Kebiasaannya, punyalah susah nak cari nama / tajuk yang sesuai

-
-
Waktu ini sudah ada ibu-bapa yang mendahului kami pergi ke CAC ( Covid Assessment Centre ). Jadi ada keluarga yang terpisah. Si ibu dikuarantin bersama anak di MAEPS. Si bapa pula menjaga anak-anak yang di rumah ataupun ada yang salah seorang daripada mereka perlu ke hospital.
-
-
Ditinggalkan ataupun yang meninggalkan itu sama sahaja sedihnya. Sudahlah waktu itu di hujung bulan Ramadan. Kami ibu-bapa yang lain cuba yang terbaik untuk menghilangkan kesedihan tersebut.
-
-
Bantuan ini sebenarnya lebih kepada 'simbolik' untuk menzahirkan bahawa 'kami sentiasa ada di belakang' ataupun 'You are not alone'.
-
-
Ini antara tauladan yang saya kutip sepanjang saya menguruskan projek "Sumbangan Kasih Covid-19" :
-
-
1) Ada keluarga yang hampir kesemua mereka positif Covid-19. Tetapi bantuan tetap dihulurkan. "Tak banyak Nany..." antara katanya apabila selesai urusan transaksi. Saya yang tekesan. Di saat dirinya juga diuji, dia juga faham bahawa berkat, pahala dan ganjaran bersedekah ketika dalam kesusahan itu tidak sama dengan bersedekah di waktu biasa.
-
-
2) Sumbangan juga saya terima dari ibu-bapa yang anaknya bekas pelajar di sekolah anak saya belajar. Bermakna pengaruh rasa simpati dan empati itu dapat meringankan beban mereka yang dalam kesusahan dan kesedihan. Kuasa infak melangkaui tempat dan masa.
-
-
3) Setelah tempoh menyumbang tamat, masih ada ibu-bapa yang bertanya kalau-kalau mereka boleh menyumbang. Antaranya, seorang ibu ini memberitahu bahawa dia dan anaknya baru selesai menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh. Dia tidak memberikan nama kepada saya sebagai penerima kerana mahu mendahulukan orang yang lebih memerlukan dan terkesan. MashaALLAH!
Inilah antara cerita di sebalik projek " Sumbangan Kasih Covid-19" yang dilaksanakan. Kalaulah semua manusia khasnya orang Islam faham erti bekerjasama, tolak-ansur, bersatu-padu, bertimbang rasa dan berkasih-sayang .
-
-
InshaALLAH, kita antara umat manusia yang hebat. Tidak akan ditindas dan dibuli dengan sewenang-wenangnya. Menyedihkan kerana Umat Islam yang ramai pada hari ini ibarat buih di lautan. Ramai, tetapi dibawa arus.
-
-
Harapnya cukup tiga poin yang saya cuba kongsikan ini membawa kita semua untuk menyalurkan bantuan kepada saudara kita di Bumi Palestine. Tanah yang diberkati ALLAH S.W.T.
-
-
.
Membantu sewaktu diri sendiri dalam kesusahan.
-
-
Menghulurkan bantuan tidak kira di mana kita berada.
-
-
Mendahulukan mereka yang lebih memerlukan.
 
Update terbaru sehingga hari ini ( 21hb Mei 2021) jumlah kematian adalah lebih dari 200 orang dan majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita.

 

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.