Bukan sekadar bungkusan.

By Saturday, May 15, 2021

Emak memang dari dahulu lagi begini. Semenjak saya pernah menetap di luar negara untuk beberapa tahun. Tidak pernah emak lupa untuk mengirimkan ole-ole buat anak, menantu dan cucu-cucunya.

Sehingga hari ini juga emak masih tidak tahu yang cucunya adalah positif Covid-19. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana risaunya emak jika mengetahui berita ini.

Uwais masih aktif, ceria dan "annoying" seperti biasa. Cuma kadangkala, dia ada batuk-batuk sedikit. Tetapi yang sedikit itu sangatlah menyeramkan.
 
Saya sudah dapat jangkakan bahawa emak bukan sahaja mengirimkan makanan. Tetapi, disertakan juga pesanan menggunakan separuh kertas A4, pen dan bertulisan jawi!
Membaca pesanan emak di atas kertas menyebabkan empangan air mata ini tidak dapat dibendung lagi.
Saya menjadi sebak. Di saat kami diuji begini, mak mungkin juga sangat merindui anak-anaknya yang jauh di mata. 
 

Selain surat bertulisan jawi dan makanan, emak juga ada mengepilkan beberapa keratan akhbar yang digunting dan dilipat. Pesanan emak, supaya cucu-cucunya membaca semua artikel di dalam keratan akhbar tersebut.
 


Saya kagumi sikap emak yang suka membaca dari dahulu hingga sekarang. Meskipun usianya sudah mencecah 72 tahun, tetapi semangat membacanya masih belum luntur lagi. 
 
Memang menarik pun artikel-artikel tersebut. Seronok saya membacanya. 
 
Semoga emak dan ayah di kampung sihat, tabah dan sabar menghadapi hari-hari mendatang. Doa kami tidak akan pernah putus buat kalian berdua!

You Might Also Like

1 comments

  1. dalam gembira ada sebak syahdu bila terima bungkusan dari keluarga di kampung kan kak...
    bila tengok tulisan mak akak tu, teringat atok dana pun kalau tulis apa-apa mesti guna tulisan jawi, cantik je tulisannya sebab biasa di guna

    moga covid ni cepat hilang dan kita dapat pulang jumpa keluarga tersayang.
    moga uwais cepat sembuh

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.