Ramalan saya benar belaka. Uwais telah disahkan positif Covid-19 pada 28hb April 2021. Sesuatu yang tidak pernah kami jangkakan akan berlaku dalam keluarga kecil kami.
Setahun menjaga S.O.P tetapi kita hanya merancang, Allah s.w.t yang menentukan. Jangkitan Covid-19 yang Uwais dapat adalah dari sekolah.
Terkejut, sedih, sedikit 'blur' dan fikiran kosong. Itulah yang saya rasakan ketika itu, Beberapa hari selepas mendapat tahu berita ini, saya banyak mendiamkan diri dari media sosial. Hilang kata-kata sekejap.
Hanya yang pernah lalui akan benar-benar faham. Tatkala resah dan gelisah mengambil alih nikmat ketenangan. Siang dan malam yang selama ini dilalui dengan nyaman kini sedikit huru-hara. Jika gelora di laut kelihatan di mata. Gelora di hati tidak mampu dibicara.
Andai ini sudah tertulis. Kami terima sebagai takdir dan tanda beriman kepada qada' dan qadar. Ujian datang sebagai tanda sayang Allah kepada hamba-NYA.
Kata Stephen R.Covey dalam bukunya yang bertajuk The 7 Habits of Highly Effective People.
Hidup kita dipengaruhi oleh banyak perkara yang kita bimbangkan - anak-anak, kerjaya, kesihatan, masalah kebuluran dunia, peperangan nuklear dan hutang piutang keliling pinggang.
Lihat bagaimana kita menguruskan segala permasalahan. Ada yang kita mampu kawal dan ada yang tidak. Fokus kepada perkara yang kita mampu kawal. Jangan bazirkan tenaga, masa dan emosi untuk perkara yang diluar kawalan.
Kita mesti menang. Kita mesti lawan.
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
1 comments
Allahu..s.emoga yang baik- baik sahaja...
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.