Hasil Paper Quill Workshop bersama PETRONITA

By Monday, April 26, 2021 ,

Pertama kali ini saya mencuba seni paper quill workshop yang dilakukan dalam talian anjuran PETRONITA. 

Kebetulan tarikh dan masa yang ditetapkan pada waktu itu adalah waktu senggang saya. Lagipun bulan Ramadan ini kurang aktiviti memasak di dapur. Jadi, saya cuba mengisi masa yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah.

Cikgu yang mengajar kami merupakan orang yang sama mengajar mewarna menggunakan teknik 'wet-on-wet' pada tahun lepas. 

Segala peralatan termasuk bingkai gambar, gunting, gam, kertas yang sudah dipotong memanjang siap tersedia di dalam kotak khas yang telah dihantar melalui pos laju.

 

Rasanya, mahu ambil masa lebih dari tiga jam jika perlu menyediakan semua peralatan dan keperluan seperti yang dinyatakan.

Masa tidak terasa berjalan lama walaupun sebenarnya dalam dua jam juga  untuk menyiapkan jambakan bunga tulip ini. 

Begitulah kalau kita memang berminat dan suka terhadap perkara yang kita suka lakukan. Sekejap saja masa berlalu. Sedar-sedar sudah pun siap.

Buatlah apa sahaja perkara yang mampu menggembirakan diri kita .  To make other people happy, we must make ourselves happy first!

Jika mahu memberi, kita perlu ada 'benda' yang mahu diberi. Nak kongsi ilmu, kena cari ilmu itu dahulu. Kemudian baru kita dapat kongsikan pada orang lain. Nak bagi kegembiraan pada orang lain, kita perlu rasa dan nikmati perasaan gembira itu dahulu.

Memang bahagia bila dapat tengok hasil akhir kerja kraftangan sendiri. Tak cantik pun tak apa, tapi puas hati. 

Pernahkan rasa begini?

Jujurnya untuk saya yang pertama kali membuat seni paper quill ini tidaklah susah pun. Mungkin perlukan visualisasi yang lebih lagi untuk membuatkan bunga tulip ini nampak lebih hidup.  

Jika dizinkan, saya ada terfikir juga nanti nak buat bersama anak-anak. Mungkin perlu ditukar daripada bunga tulip menjadi rama-rama atau bunga biasa. 

Gam dan alatan yang lain sudah tersedia. Cuma perlukan kertas berwarna-warni yang lain untuk dijadikan sebagai 'quill'.

Doakan perancangan saya berjaya ya!



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.