Membuat sushi meggunakan acuan.
Assalammualaikum w.b.t
Sudah lama juga saya ingin membuat sushi yang bentuknya segiempat tepat dan di sekelilingnya dibalut dengan "nori" ( kulit sushi ) . Kebiasaannya, saya hanya membuat sushi yang digulung dan dipotong menjadi seperti lemang.
Kali ini saya cuba pelbagaikan rupa dan rasa sushi. Memang berpuas hati dengan rupa akhir sushi yang berjaya dihasilkan. Untuk membuat sushi yang sebegini, saya memasak lebih kurang 3 cawan beras sushi. Penggunaan beras agak banyak berbanding sushi yang dihasilkan secara gulungan.
Sebenarnya, boleh juga beli nori yang sudah siap dipotong pendek-pendek. Jadi lebih mudah untuk kita balut di sekeliling badan sushi tersebut. Saya hanya menggunakan nori yang bersaiz besar dan gunting mengikut saiz yang diperlukan.
Ini lah bekas acuan yang saya beli di Shopee. Saiznya lebih kurang sama dengan sushi di kedai Sushi King / Empire Sushi. Sangatlah memudahkan kerja kita kerana tidak melekat dan mudah dikeluarkan. |
Untuk bahagian topping pula, juga saya beli melalui Shopee di sini : Maju Food Supplier . Penghantaran yang cepat dan selamat.
Ini pula sushi yang digulung dan sudah siap dipotong. Cara untuk menikmatinya adalah dengan dimakan bersama kicap sushi. Kicapnya agak masin, jadi berpada-pada lah dalam menikmati kesedapannya ya! |
Selamat mencuba semua!
2 comments
sedapnya kak puas makan kalau gitu...
ReplyDeletesedapnya 🥺 kalau kita pandai buat sendiri dah lama dah buat!
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.