Pengaruh Rakan Sebaya

By Thursday, April 22, 2021 , ,

"Mama, tadi Rahmat cabut gigi dia!" Kata Uwais dengan sangat teruja. Belum sempat saya bersuara, dia menyambung semula.

"Uwais pun cabutlah juga gigi Uwais. Ni tengok!" Sambil menyeringai menunjukkan bahagian gigi hadapannya di hadapan sebelah atas.

"Aik! camana Uwais cabut?" antara percaya ataupun tidak saya ingin tahu bagaimana ianya terjadi. Beberapa bulan yang lepas, dia sangat takut untuk giginya dicabut. Sudah bergoyang-goyang, ditolak-tolak dengan lidah. Geram kami melihatnya.  

Ingin dicabut tetapi dia membantah. Katanya biar lah gigi itu tanggal dengan sendiri.

Cuma apabila dia memberitahu yang dia sendiri mencabut giginya. Maka, terkejutlah saya sebentar.

"Uwais tengok dia cabut, jadi lepas tu Uwais pun cabut lah sendiri guna tangan"

Wah! sesenang itu? Mesti pengaruh rakan sebaya ini. Kata saya di dalam hati.

"Banyak tak darah?" 

" Tak sangat, tapi Uwais guna tisu"

Selesai satu babak gigi. Senang juga sebab lepas ini dah tak perlu kami nak bawa dia berjumpa doktor gigi. Selamat lah duit. Alhamdulillah...

Begitulah bagaimana tindak tanduk seorang rakan mampu mempengaruhi  kita sebagai manusia. Mungkin bukanlah ianya setiap masa, tetapi ketika 'kuasa' mempengaruhi itu menguasai diri berlakulah sesuatu yang di luar jangkaan.

Betapa pentingnya pemilihan sahabat kerana Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berpesan supaya kita mencari dan memilih sahabat yang baik. Mereka yang sentiasa mengingatkan kita tentang agama dan hari Akhirat.

Samalah juga dengan apa sahaja yang kita 'follow' di media sosial - IG, FB, Twitter dan Youtube. Segala-galanya mencerminkan siapakah diri kita. 

Semoga terjaga amal kebaikan di sepanjang bulan Ramadan dan bulan-bulan yang akan datang. 

Amin!


 


You Might Also Like

1 comments

  1. Hahaha.. boleh geng dgn Isha.. semlm pun dia cabut sendiri Gigi dia lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.