Jom Masak sizzling mi di rumah!

By Tuesday, March 23, 2021 ,

Semalam saya mencuba memasak sizzling mi di rumah. Memandangkan tekak ada kalanya mahu mencuba selain nasi. Yee Mee ini sudah seminggu di beli dan saya tidak mahu menunggu lebih banyak masa. 

Ini kerana apabila bertangguh seringkali saya terlupa dan akhirnya ianya tidak dapat diselamatkan kerana sudah melewati tarikh luput.

Organik Yee Mee ini saya beli di Pasaraya Giant berdekatan dengan rumah. Saya baru perasan yang mereka sudah mempelbagaikan produk / barangan makanan di rak organik.

Kalau tidak silap saya pelbagai 'perisa'. Mungkin di masa hadapan saya kan mencuba yang lain pula.

Cara memasak pula hanya menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di dalam peti ais. 

Ada beberapa fakta menarik yang saya suka tentang Yee Mee ini. 

1) Ianya keras seperti bihun dan pasta jadi mudah untuk saya simpan. 

2) Pengasingan mengikut saiz individu walaupun dibungkus di dalam satu plastik.Tiada pembaziran berlaku. 

3) Bahan-bahan utamanya adalah dari bahan organik. 

Bahan-bahan memasak Sizzling Mi :

  •  3 - 4 ulas bawang putih - dihiris halus
  • Setengah bawang Holland - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris sederhana tebal 
  • 3 - 4 tangkai cili kering - digunting
  • Isi ayam - Dihiris
  • Cendawan shiitake - Dihiris
  • Sos tiram
  • Kicap pekat
  • Kicap cair
  • Bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Telur
  • garam / gula ( jika perlu)
  • Air
  • Sawi yang dipotong pendek dan direbus

Cara-cara memasak :

  • Panaskan minyak untuk menumis di dalam periuk.
  • Masukkan hirisan bawang putih, Holland dan halia. Masak sehingga naik bau.
  • Masukkan pula hirisan ayam dan cili kering. Kacau-kacau dan biarkan dalam 5 minit.
  • Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair. Tunggu sehingga menggelegak. Kemudian masukkan pula hirisan cendawan.
  • Tuangkan air. 
  • Tunggu sehingga air mendidih.
  • Bancuh tepung jagung menggunakan air biasa. Kemudian tuang ke dalam periuk tadi. 
  • Rasa dahulu sebelum letak garam atau gula kerana campuran sos dan kicap tersebut mungkin sudah masin.

Cara-cara menghidang : 

  • Gunakan periuk kecil atau kuali. Masukkan kuah tadi ke dalam kuali atau periuk yang sesuai. 
  • Hidupkan api. 
  • Pecahkan telur dan terus masukkan Yee Mee.
  • Bagi yang suka telur masak sepenuhnya, boleh masukkan Yee Mee setelah telur kelihatan masak. Ikut selera masing-masing lah ya!
  • Hiaskan dengan hirisan daun sawi tadi.


Kuah tersebut boleh disimpan di dalam bekas dan diletakkan di dalam peti ais untuk digunakan pada waktu yang lain.

Senang kan?

Cuma pastikan cukup semua bahan-bahan. InshaALLAH, lebih sedap daripada makan di kedai. 

Selamat mencuba semua!


 

You Might Also Like

2 comments

  1. Masak sendiri pus hati nak makan kan.

    ReplyDelete
  2. senang je rupanya ye kak, teringin nak cuba buat jugak lah...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.