Percubaan melukis dan mewarna kucing bersama Renee Moi .

By Tuesday, June 22, 2021 , ,

Terdetik mahu mencuba tutorial dalam talian bersama Renee Moi di Facebook. Walaupun koleksi warna saya tidak sama dengan cikgu yang mengajar, tetapi Alhamdulillah..saya tetap puas hati dengan hasil akhir lukisan saya.

Cikgu Renee juga banyak memberikan tips secara percuma ketika kelas berlangsung. Sampai anak saya ada yang bertanya. "Mama, dia buat free ke?" hahahah..

Soalan-soalan saya di bahagian chat juga dijawab dengan penuh kesabaran. Mungkin juga ketika itu tidak ramai yang mencuba. Paling menarik , video tutorial tersebut dirakam dan kalau ada sesiapa yang berminat boleh sahaja klik facebook Kunang-Kunang Art Space Workshop .

Saya guna kertas karbon jahitan saya untuk lukis gambar kucing ini. Sebab saya tak sempat nak lukis guna kaedah grid. Cikgu Renee pesan, kalau boleh elakkan tekap dan cuba guna kaedah grid. Dengan cara ini kita melatih jari jemari dan koordinasi mata untuk bekerjasama. Practise make perfect kan?

Sebenarnya ada warna yang tiada. Misai kucing sepatutnya diwarnakan dengan gel pen warna putih. Tapi saya tak ada gel pen tersebut. Maka saya gunakan apa yang ada. Habis kelas ini, saya terus beli di Shopee!
 Saya rasa ketika kita semua 'lock down' di rumah perlu mencari sesuatu kelainan untuk mencabar diri kita sendiri. Sesekali perlu keluar dari zon selesa.

Ada banyak aktiviti-aktiviti yang dapat kita lakukan bagi mengurangkan rasa kebosanan dan resah yang melanda. Bergantung kepada jiwa masing-masing.

Tutorial video mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Nasihat saya kalau nak ikut kelas yang ini, buat dahulu lukisan kucing tersebut di atas kertas ya?

Saya gunakan kerta bersaiz A5 dengan berat 200gsm . Kena guna yang tebal sebab banyak guna air dan kertas yang nipis akan menyebabkan kertas akan koyak.

Selamat mencuba!



You Might Also Like

1 comments

  1. Ehhh cantiknya . Kukusan nampak hidup! Bulu pun nampak real. Betul tu… sebenarnya kita yg kena pandai mencari masa dan cari aktiviti utk isi masa lapang…

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.