Pengalaman Membeli belah di GIANT Bandar Kinrara sepanjang tempoh PKP
Assalammualaikum w.b.t
Setelah hampir 3 minggu kami tidak berkunjung ke GIANT untuk membeli barang. Akhirnya, pada minggu lepas saya memberanikan diri ke sana.
Hajat di hati mahu pergi membeli writing book dan kertas A4. Hannah perlu mencetak beberapa kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru kelasnya untuk dibuat latihan serta ulangkaji. Nak pergi beli tempat lain tak pasti kedai mana yang buka.
Perasaan nak pergi ke GIANT tu boleh tahan nervous jugak lah. Seolah-olah seperti mahu berjumpa dengan zombie. Jadi, perkara pertama sekali kena pakai mask. Walaupun saya sihat, tiada sebarang gejala batuk ataupun demam.
Kedua, saya bawa sendiri bag kitar semula. Sebab nya kalau boleh nak kurangkan penggunaan plastik.
Saya bertolak pagi dalam pukul 7.50am dari rumah dan sampai di GIANT lebih kurang pada pukul 7.55am. Oh! semasa saya sampai di sana, sudah ada banyak kereta yang beratur. Ambil sedikit masa kerana, pengawal yang bertugas perlu memastikan semua pemandu wajib memakai mask.
Kalau ada yang tidak pakai mask, maka bersedialah anda untuk u-turn. Mujurlah saya sudah siap sedia memakai mask dari awal.
Memandangkan jalan ke tempat yang selalu saya letak kereta itu ditutup. Jadi, saya tiada pilihan untuk letak kereta di bahagian dalam bangunan.
Walaupun kereta sudah banyak, tetapi tempat letak kereta masih ada lagi. Cuma tak sangka, sebelum pukul 8.00am orang dah sampai.
Fuh...pelanggan yang ke-94. |
Keadaan semasa pelanggan beratur mahu membuat bayaran. Masing-masing menjaga jarak sosial sejauh 1 meter.
Saya lihat, tiada kereta yang beratur masuk ketika saya mahu pulang ke rumah. Waktu itu lebih kurang pukul 9.00am. Mungkin kalau nak pergi boleh cuba waktu-waktu begini. Kalau dah lewat tuh, saya tak pasti pula bagaimana keadaan nya.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Terima kasih yang sudi membaca. Jangan lupa untuk terus duduk di rumah ya!. InshaALLAH..kita cuba lawan virus ini beramai-ramai. Perlukan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.
Have a nice day!
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.