Tukar oven lama ke oven baru. Butterfly Oven 46 liter.

By Thursday, June 18, 2020

Assalammualaikum w.b.t

Biarpun musim membuat biskut sempena musim perayaan sudah berlalu, tetapi saya masih memerlukan oven untuk memasak kek  roti dan biskut. Saya ambil masa juga 'menyiasat' apakah jenis oven termasuk jenama, harga , saiz dan kualiti.

Oven lama saya sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan dan sudah tiba lah masanya untuk ditukar kepada yang baharu. Dengan oven yang lama, masa yang diperlukan selalunya lebih daripada 1 jam untuk memastikan kek betul-betul masak! memang buang masa sungguh rasanya. Dan ini adalah penyebab utama juga mood untuk memasak kek merudum ke laut dalam.

Setelah saya menilai, melihat review di Shopee, melihat video di Youtube akhirnya saya membuat senarai beberapa oven yang menjadi pilihan di hati.

Kesemua pilihan oven-oven di bawah adalah dalam lingkungan perbelanjaan saya. Kriteria utama adalah, saiz oven itu sendiri. Ini adalah penting kerana ianya sangat membantu dalam menjimatkan masa memasak. Terutama jika saya mahu membuat kek yang berlapis ataupun bertingkat-tingkat.

Senang sangat jika dapat masuk kesemua tiga atau dua baking tray terus. Disamping ianya mampu menjimatkan masa, kek juga akan masak dengan sekata.

1)


Nampak menarik oven Millux ini kerana ada pelbagai saiz dari 25 liter sehingga 100 liter.

2)

Oven Elba ini pada saya nampak elegant diebabkan cermin nya yang berkaca itu. Cuma, saya tak puas hati sebab tak dapat nak intai , hendap tengok kejadian kek, roti, biskut atau apa sahaja yang sedang dimasak di dalam oven tu. Hilang rasa keterujaan memasak dibuatnya.

3)


4)

Oven Trio juga pernah dicadangkan oleh seorang sahabat saya dan saya pun rasa not bad juga lah saya rasa. Chef Asma' juga ada berkongsi di dalam Youtube bagaimana cara menggunakan oven ini.

5)

Setelah berfikir beberapa hari, kata putus pun diambil untuk menjadikan Oven Butterfly menggantikan oven lama saya itu. Sebenarnya, saya sudah selesa dengan jenama yang satu ini. Maklumlah, dari kecil pun saya lihat emak saya menggunakan oven Butterfly juga cuma yang bentuk 4 segi tu dan guna dapur gas.

Saya lantas menhubungi kedai RAKAN yang terletak di Seri Kembangan berdekatan dengan Pasar Borong Selangor. Mujur oven idaman ini masih ada dan saya puas hati sebab dapat lihat dan periksa sendiri oven ini sebelum dibeli. Harga di kedai sedikit murah jika dibandingkan di atas talian.

Jika tidak silap, oven ini berharga RM369.


Untuk melihat lebih dekat dan terperinci oven 46 liter yang sudah saya beli, boleh lihat di channel youtube saya di sini ya :

Sekian untuk cerita kali ini. Semoga memberi manfaat buat mereka yang sedang mencari oven.

That's all and thank you for reading!


You Might Also Like

15 comments

  1. housemate tengah cari oven
    boleh lah suruh dia rujuk dekat sini
    terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Bolehlah mengoven makanan dan kuih setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hari tu tak lalu nak pakcik..haha! Dua minggu sekali OK..

      Delete
  3. puas hati bila dapat apa yang di idamkan kan kak... teringat oven buterfly yang guna dengan api gas tu... dana pun pernah try heheheh...

    ReplyDelete
  4. Wahh oven baru, makin rajin lah kak Nany membaking lepas ni.

    ReplyDelete
  5. Bole bagi add or contact media/rakan di pasar boring Selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembangan Partner Market - Partner Ent Sdn Bhd
      Unit 1,2,3,4, Lot 49053, Jalan Putra Permai, Taman Putra Permai, 43300 Seri Kambangan, Selangor, Melaysia
      Tel: 03-8941 0699 Fax: 03-8941 2399

      Delete
  6. Macam mana nak menggunakan suhu utk membakar kek.. api atas bawah macam mana logo dia... Haritu saya buat tak jadi kek sy😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Logo 'api'. Pusing tombol ke arah logo api atas dan bawah.

      Delete
  7. Replies
    1. atas satu, bawah satu. Tapi tak cantik kejadian keknya. Tak balance. huhuh..............

      Delete
  8. Hi sis nak tanya kalau loyang 8" petak muat masuk berapa loyang

    ReplyDelete
  9. Hi, macam mana nak tahu mana satu api atas bawah ye? Saya first time nak pakai oven heheh terima kasih

    ReplyDelete
  10. Klu loyang bulat saiz 6" msuk lbih dr satu loyang cantik x masaknya?

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.