Membuat Roti dan Pizza sendiri menggunakan mixer Breville & oven Butterfly

By Monday, June 22, 2020 , ,

Assalammualaikum .

Setelah oven lama diganti dengan yang baharu maka, semangat membakar kek dan membuat roti seakan-akan 'dirasuk' 😂.

Beberapa kali semenjak dalam musim PKP baru-baru ini saya kerap juga meroti. Apatah lagi setelah saya mengambil kelas atas talian ( PJJ ) membuat roti dan donut. Resepi nya memang terbaik dan saya telah banyak kali  mencuba. Memang menjadi sangat-sangat. Saya baru mencuba resepi pizza dan roti sahaja dahulu. Resepi donut belum lagi dicuba.InshaALLAH..suatu hari nanti saya akan buat.

Memandangkan saya tiada 'bread maker'. Dahulu ada, tetapi saya sudah 'let go' kerana sudah lama tidak digunpakai dan waktu itu saya mahu 'clear' kan apa yang tidak perlu di dalam rumah. Terlalu banyak barang sehingga sukar untuk mencuci / mengemop lantai dapur. Perlu tambahan masa dan tenaga jika mahu vacuum dan mengemop. Angkat sana, alih sana, letak sini, letak sana. Fuhhh~~~memang mencabar. Sudahnya banyak juga barag yang saya rasakan entah apa-apa yang saya simpan sebelum berhijrah ke Jepun suatu masa dahulu.

Setahun lebih hidup di negara orang, kami hanya ada barang-barang yang perlu sahaja. Maklumlah, rumah memang kecil sangat berbanding rumah di sini. Apabila, pulang dari Jepun urut dada tengok keadaan rumah sendiri waktu itu. Banyak nyer barang oii! maka, bermula lah episod mengemas dan membuang apa yang tidak perlu. Memang suatu kelegaan otak dan fikiran apabila ruang dapur kelihatan agak 'kosong' dan luas.

Adunan roti saya uli menggunakan mixer kek Breville.Bagusnya mesin ini ada penguli untuk adun roti ataupun donut. Jadi, senang sangat urusan kehidupan apabila kita masukkan sahaja semua bahan dan tekan butang masa serta 'setting' yang betul. Tinggalkan sahaja selama mana yang kita mahukan sambil buat kerja-kerja rumah lain.

Sumber gambar : Shopee. Untuk mengadun roti ataupun donut, sila gunakan bentuk seperti pencangkuk
Adunan roti setelah hampir 20 minit diproses
Harini kebetulan mahu pulang ke kampung setelah PKP, PKPB ditamatkan. Maka, saya mahu membawa buah tangan untuk ibu-bapa di kampung.Saya gunakan bekas ini yang dibeli di kedai menjual bahan-bahan buat kek di PUJ. Sapu dahulu keliling dengan butter ataupun shortening. Tujuannya, supaya senang nanti roti tidak melekat di permukaan bawah loyang.
Timbang dan buat bulat roti. Saya timbang setiap doh dalam 50 gram.
Susun-susun penjarakan sosial ya. Supaya nanti adunan roti ini mengembang dan akan rapat antara satu sama lain.
Setelah dibiarkan selama 30-40 minit. Tiada lagi penjarakan sosial berlaku. HAHAH~ Oh! tips lain, jangan proofing lama sangat nanti roti tu tak kan naik cantik seperti yang diharapkan.
Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan susu segar. Selepas itu, ikut suka hati nak letak apa pun. Nak tabur gula, kismis, coklat cip.
Bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 160 darjah celcius selama 25 minit ( bergantung kepada oven masing-masing ya)
Ini pula roti sosej buat anak-anak makan di dalam kereta nanti
Selain roti, kami juga ada menghasilkan pizza anak beranak. Sedap sangat! rotinya tetap lembut walaupun sudah sehari semalaman. Cuma, perlu dipanaskan semula. Saya masukkan di dalam microwave ataupun saya kukus.




Sekian sahaja cerita untuk kali ini. Jumpa nanti di lain waktu...InshaALLAH

You Might Also Like

5 comments

  1. aduh sodapnya kak oi... macam-macam boleh dibuatnya puas hati yek

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa kak Nany! Best lah boleh buat roti dan pizza sendiri dekat rumah.

    ReplyDelete
  3. Tengah rancang nak beli oven jugak. Oven lama kecik sangat.Boleh tunjuk tak gambar oven tu cemana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.nanyfadhly.com/2020/06/assalammualaikum-w.html#.XvgQrq7XXmA.blogger

      Boleh check di entry saya yang saya kongsikan di atas ini ya. Terima kasih.

      Delete
  4. alaaa bestnyaa la orang pandai baking n meroti ni..
    kite jeles sbb kite pandai makan ja..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.