Resepi Keto Wafel
Antara resepi yang mudah untuk dicuba dan semestinya menyihatkan. Hari ini, saya ingin berkongsikan bagaimana mahu membuat Keto Wafel. Semua bahan-bahan di bawah dimasukkan ke dalam mesin pengisar ( blender ) . Hanya perlu keluarkan sebentar krim keju supaya berada di dalam suhu bilik.
Bahan-Bahan :
Saya gunakan semua bahan di atas kecuali, Keto Maple Syrup. Kerana ianya tiada di dalam dapur rumah saya. Jadi , saya abaikan sahaja.
Saya buat adunannya dua kali ganda dari yang asal. Dan saya simpan di dalam peti ais. Tujuannya adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyediaan dan memasak.
Adunan yang sudah siap dan akan disimpan ke dalam peti ais |
Adunan yang sedang dimasak menggunakan mesin membuat wafel
Jika mahukan wafel lebih garing, boleh lamakan masa memasak. Bergantung kepada mesin membuat wafel masing-masing. |
Sedia untuk dimakan. Terpulang kepada selera masing-masing bagaimana untuk menikmati wafel. Sapuan kacang hazel dan jem strawberi menjadi pilihan saya . |
Selamat mencuba semua!
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.