Bento & resepi karaage (Ayam goreng Jepun)

By Friday, July 24, 2015 , , ,

Assalammualaikum wbt

Selepas sebulan berpuasa, bermula la semula aktiviti rutin memasak dan menyediakan bekal untuk suami dan anak tersayang. Agak malas sedikit tetapi kena gagahkan juga. Minggu hadapan, adalah minggu terakhir sebelum sekolah di sini bercuti selama sebulan sempena cuti musim panas ( natsu yasumi ) sepanjang Bulan Ogos.

Ini bento Hannah sepanjang minggu pertama selepas sebulan berpuasa

Bento Hari Selasa dan yang di bawah adalah bento hari ini

Bento hari ini
Saya juga ingin kongsikan resepi karaage ataupun dikenali sebagai ayam goreng Jepun. Saiz untuk karaage ini kebiasaannya adalah seperti ala-ala ayam 'pop-corn' dan mestilah 'boneless'. Ianya selalu dimakan bersama nasi putih dan misou sup.

Baki karaage bekal bento Hannah. Nanti kalau nak makan lagi, baru goreng sebab lagi sedap dimakan ketika masih panas.

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1) Ayam tanpa tulang yang telah dipotong kecil ( saiz 2 ruas jari ) ataupun   
    'pop-corn style'.
2) Bawang putih - 2 ulas
3) Halia - 1 inci
4) Kicap Jepun - Jenama Kikkoman
5) Tepung ubi kentang - katakuri ko ( Potato starch)
6) Minyak untuk menggoreng

Kicap cair 1001 kegunaan dan juga merupakan kegemaran orang Jepun  (InshaALLAH yang ini selamat untuk dimakan) .

Tepung katakuri ko ( dalam bahasa Jepun) digunakan untuk menyalut ayam sebelum digoreng
Cara cara memasak :

1) Mulakan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim
2) Tumbuk atau kisar sehingga lumat bawang putih dan halia 
3) Lumurkan sehingga rata pada keseluruhan ayam
4) Masukkan 2-3 sudu besar kicap kikkoman dan gaul sebati
5) Perapkan selama beberapa jam ( lagi lama perap lagi sedap)
6) Panaskan minyak
7) Golek golekkan ayam tadi di atas tepung katakuri ko. Pastikan tepung   
    menyaluti ayam dengan sempurna.
8) Goreng ayam tadi seperti menggoreng ayam biasa. Pastikan ayam kelihatan 
    kekuning kuningan sebelum diangkat
9) Alhamdulillah, siap sedia Karaage (ayam goreng Jepun) sedia untuk dimakan.

Resepi ringkas sesuai juga untuk ibu-ibu yang bekerjaya sepenuh masa. Malam sebelum tidur, bolehla korang perap ayam siap-siap, jadi esok boleh masak untuk bekal anak-anak atau untuk menu makan malam esok nya. Dan lagi satu, saya tidak menggunakan garam kerana kicap kikkoman ini sangat masin. Antara kegunaan lain kicap ini adalah dimakan bersama sushi dan dicampurkan ke dalam misou sup. Mungkin ada banyak lagi, tapi saya yang tak tahu. Hehehe..

Selamat mencuba dan selamat berhari raya. Esok dan Ahad pasti banyak undangan rumah terbuka kan. :)








You Might Also Like

1 comments