Jalan-jalan di Tobu World square

By Thursday, January 21, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pengembaraan kami ke Kinugawa disambung. Hotel kami adalah berhampiran dengan station Tobu-Nikko. Jalan kaki cuma dalam 5 minit. Nanti la, cerita pasal hotel ni pulak yer. Boleh story panjang lebar sket.

Dari Tobu-Nikko Station naik local train untuk ke Kinugawa Onsen. Dari Kinugawa Onsen, tunggu bas di platform number 3. Hari pertama, kami terus ke Tobu World Square. Kalau korang nak simpan luggage kat Kinugawa Onsen Station pun boleh. Ada pelbagai saiz coin locker disediakan. Harga pun mengikut saiz beg masing-masing. Kalau nak yang paling besar, ade kat luar station sebelah kiri.

Coin locker yang terletak di luar station di Kinugawa Onsen
Ni map kat mane coin locker yang ada lagi di Station Kinugawa Onsen
Coin locker yang kami gunakan untuk simpan luggage
Platform num 3 adalah untuk menaiki bas ke Edo Wonderland dan Tobu World Square
Bus schedule. FYI.
Ini la rupa bas nye. Minna~~ sila beratur yer!
Bas ni akan stop di Tobu World Square dulu then lepas tu baru Edo Wonderland. Perjalanan menggunakan bas ni untuk ke Tobu World Square cuma dalam 5 - 10minit jer , depends pada keadaan traffic masa tu. Owh yer, korang naik bas, turun bas, naik tren turun tren (local) guna pass kinugawa tu ajer yer.

Yeayy! dah sampai~~~
Bila tunjuk Kinugawa theme pass ni kat entrance, nanti die akan bagi admission tiket ni. Lagi satu dalam plastik tu nama die pemanas tangan. Dalam nihongo panggil " Ka i ro". Buat pegang-pegang dalam poket sebab sekarang kan musim winter. Free jer tu...hehehe
 Tobu world Square ni adalah open museum dan terdapat sebanyak 102 world famous buildings yang dibina dalam skala 1:25  dari bangunan sebenar. Menarik sangat sebab tengok macam real jer..siap dengan patung manusia bersaiz kecil juga.

 Ini di lapangan terbang di Narita ke Haneda? lupa la..
 Dah sampai kat piramid..nampak jer panas tapi samui (sejuk)
 Effeil tower pun ade. Mengimbas kenangan sangat ...
 Banyak juga bangunan-bangunan church di Eropah

 Di Tokyo Tower
 Tembok besar China
 Taj Mahal, India
 Ini memang omoshiroi (menarik) sebab details sangat untuk buat macam ni. Jalan rosak, ada orang siap baiki lagi. Paling bagus, sebab elok molek jer keadaan nya. Sungguh terjaga tauu!
 Kalau tak silap, this one is in Netherland!!!


 Another view of tembok besar China

 Salah satu tempat pelancongan di Thailand
Anak-anak suka juga ke tempat macam ni sebab boleh enjoy macam lari sana sini. Walaupun sejuk, tapi being a kids, derang active lain macam sket..jadi, tiada istilah sejuk untuk derang. Hahaha!

Kami spent masa kat sini dalam 2-3 jam. Sempat makan  karipap jap and budak-budak pegi kids room untuk main slide.


Lepas puas jalan-jalan kat sini, kami pun balik ke hotel. Malam tu dinner makan roti naan kat restoren Indian berhampiran dengan hotel kami tinggal. Tak berani nak amik ayam or daging..ended up order nan dengan dal and curry sayur jer. Sedap jugakk..nyumsss!


End of our 1st day jalan-jalan di Kinugawa

Thank you for reading!

You Might Also Like

0 comments