Nasi Kerabu Nippon Kara ( Nasi Kerabu dari Jepun)

By Monday, January 18, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Projek nasi kerabu ni actually dah lama nak buat. Selama ni berangan jer..sambil2 mengharap ada la tetiba kedai online yang jual nasi kerabu kat Tokyo ni.Tapi, mimpi tinggal mimpi jer la...harapan tinggal harapan..hehehe..Ended up, gigihkan juga buat everything from scratch including the sambal ikan tu.

Ini bahan-bahan dan cara-cara nak masak all the gravy and side dishes Nasi Kerabu.  But , my recipe is not using budu sebab tak de.  Budu ni main ingredient untuk menyediakan side dish nasi kerabu.  Ibarat kalau makan sate tanpa kuah kacang atau sushi tanpa kicap. Tapi, dah duduk kat negara orang ni, kalau tade pun takpe..guna jer la kiub pati ikan bilis. :p





Side dish 1 :
Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Lepas tuh, goreng dalam minyak yang panas (deep fry)
Side dish 2 :

Hiris daging nipis-nipis dan perap bersama  bawang merah, halia, serbuk kunyit, serai, garam dan gula yang telah diblend atau tumbuk. Perap dalam 30minit dan sedia untuk dibakar. Bakar sehingga masak dan jangan terlalu kering.
 Side dish 3 :

Sambal ala-ala kuah percik. Blend cili kering dalam 10 tangkai yang sudah direbus bersama dengan 1 biji bawang besar, 5 biji bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah diblend sehingga masak. Masukkan santan, 2-3 asam keping dan rasakan dengan garam, kiub pati ikan bilis, gula dan nisse ( sejenis gula manisan berwarna perang yang selalu digunakan dlm masakan Kelantan untuk substitute gula).Jangan lupa, titikkan serai dan masukkan ke dalam kuah ini juga
Side dish 4 :


Sambal ikan. Bahan-bahannya adalah, ikan kembung atau ikan sardin yang telah direbus dan dibuang tulangnya. Sangai isi ikan tersebut. Saya guna desiccated coconut jer kat sini. Sangai juga dengan api yang kecil sehingga warnanya bertukar  menjadi keperang perangan. Kemudian, blend atau tumbuk serai, bawang merah dan halia. Masukkan kesemua nya ke dalam kuali semula dan masak lagi sehingga semua sebati. Rasakan dengan gula dan garam.
Side dish 5:


Sambal lada. Blend cili padi ( kalau nak pedas, letak la banyak) bersama sebiji buah tomato, seulas bawang putih, gula dan garam. Masukkan cuka atau pati lemon. Siap!
Side dish 6 :

Ulam ulaman sesedap rasa. Dalam ni, ada timun yang sudah diracik, bungan kantan dan lettuce yang siap dihiris. Boleh juga nak letak kacang panjang dan taugeh. Lagi banyak lagi sedap!
Side dish lain :

- Keropok ikan
- Telur masin
- Solok lada

Main dish :

Cara mudah untuk memasak nasi tanpa bunga telang adalah hanya dengan menggunakan food coloring yang berwarna biru. Jangan banyak sangat...just cukup setitis sahaja. Jangan lupa masukkan daun limau purut dan daun pandan untuk memberi sedikit aroma . Masak nasi seperti biasa.

Bila dah siap semua, bolehlah dihidangkan. Yeayyy!!! berjaya juga akhirnya..lepas ni boleh la buat lagi. Korang pun boleh jer nak cuba buat.

いただきます! (Itadakimasu!)

Thank you for reading




You Might Also Like

4 comments

  1. nampak pon dah sedap..tambah budu lagi la power..

    ReplyDelete
  2. sedapnya ... banyak plak bahan2 dia yer...

    ReplyDelete
  3. wah nasi kerabu dari jepun..hihi..bagusnya la buat nuh di jepun.kta kt cni belum pnh try buat lg wlpon fav.hehe..

    ReplyDelete