Jalan jalan menggunakan JR Tokyo Wide Pass

By Sunday, February 28, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Kali ini saya ingin kongsikan tips untuk berjalan-jalan di Jepun menggunakan Tokyo Wide Pass. Pass ini khas untuk outsiders only. Memang berbaloi sangat kalau gunakan pass ini. Harga pass untuk seorang dewasa adalah berharga YEN10,000 (RM368.00) manakala kanak-kanak pula adalah YEN5,000 (RM184.00). Antara syarat lain adalah, pass ini hanya valid digunakan dalam masa 3 conscutives days. Boleh digunakan untuk semua train under JR company, limited express train dan shinkansen (bullet train).

Kami beli 5 pass terus sebab sekarang Uwais dah bukan baby. Kena ade seat sendrik dah
 JR Tokyo Wide Pass route. Means, dengan pass ini korang boleh jalan-jalan kat sini. Turun naik train, keluar masuk station banyak kali selama 3 hari berturut-turut.

Di belakang pass tu ada tulis details on date and terms and conditions
Kat mana nak beli pass ini?

Ada few places untuk beli JR Tokyo Wide Pass ini. Antaranya, Ueno dan Tokyo Station. Kami beli di Tokyo Station. Bila dah sampai sana, cari Marunouchi North Exit. InshaALLAH jumpa.

Ini rupa dari luar JR East Travel Service Center
Jangan risau sebab semua boleh berbahasa eigo ( bahasa Inggeriss) dengan baik. Sebelum pergi beli pass ni, pastikan dah ade itinerary nak pegi mana. Day 1, day 2 , day 3 . Boleh reserve tempat duduk sekali. Nanti dia akan bagi tiket khas untuk naik train yang mana bersama seat number. Jangan lupa bawa passport sekali.

Berbaloi sangat kalau guna Tokyo Wide Pass ini. Sebagai contoh pengiraan yang dibuat :

Shinkoiwa Station - Gala Yuzawa (return ticket) via shinkansen - YEN13,960
Tokyo Station - Kawazu station (return ticket) via limited express train - YEN11,620

Total : YEN25,580

YEN25,580 vs YEN10,000!!!! . Murah sangat kan?

Part mencabar kat sini adalah ketahanan fizikal dan mental untuk berjalan selama 3 hari berturut-turut bersama anak-anak kecil. Jadi, kami mengambil keputusan untuk day trip ke Gala Yuzawa dan tidur semalaman di ITO untuk melihat sakura di KAWAZU.

I will share on the next entry of my itinerary and few tips for the day trip to Gala Yuzawa and o-hanami (cherry blossoms view) at Kawazu area.

That's all and thank you for reading!


You Might Also Like

2 comments

  1. nice tips nany!!

    ntah bila nk sampai ke sana hhhuuuu

    ReplyDelete
  2. seronoknya...
    sentiasa d=ade tmpt best nk jln2

    ReplyDelete