6 Sebab Kenapa Anda Perlu Minum Susu Fernleaf UHT Yang 100% Mmmmm~~
Susu adalah sejenis minuman yang mesti ada di dalam fridge rumah kami. Bukan sahaja anak-anak, tetapi kami sendiri yang dewasa ini pun masih mengamalkan amalan meminum susu setiap hari.
Kena ingat bahawa sekurang-kurangnya satu gelas susu sehari diperlukan untuk seorang dewasa. Ini penting bagi menjamin sumber kalsium yang mencukupi.
Menikmati susu Fernleaf UHT coklat di pantai. Memang 100% Mmmmm~~~ |
Cantik kan gigi saya? Kalau nak cantik macam ni, sila minum susu Fernleaf UHT yer kawan-kawan! |
Untuk setiap jenama tersebut ada rasa dan keistimewaan yang tersendiri. Dalam banyak-banyak susu yang sudah dirasai, kami rasakan susu Fernleaf adalah yang TERBAIK.
Kalau nak tahu, sekarang ini ada promotion susu Fernleaf di pasaraya Giant Bandar Kinrara. Harga untuk 1 liter kotak susu Fernleaf adalah cuma RM4.69!!!
Cepat sebelum habis promosi! |
P/s : Good news! rupa-rupanya mereka extend lagi harga promosi tuh! Yeehaaaa~~~
Sampai 24hb Oktober ini tau harga promosi susu Fernleaf UHT |
Promosi juga untuk susu kotak Fernleaf isian 200ml. Kalau yang kecik macam ini selalunya saya bekalkan ke sekolah buat Hannah dan adik-adik. |
Malah lebih dari itu. Ada kalanya , saya memasukkan dalam bancuhan masakan seperti kek, lempeng, masak kurma dan dijadikan bento / bekal untuk anak-anak ke sekolah.
Aha!!! sarapan lempeng dari susu Fernleaf UHT memang terrrrrbaik! |
100 % Mmmmm~ Sampai terpejam mata menikmati susu Fernleaf UHT ni |
Ini antara beberapa jawapan yang anda boleh jawab.
1)Kerana Ianya 100% Dari New Zealand
Apa yang special sangat pasal New Zealand ni yer?
Kalau nak tahu, di New Zealand terdapat ladang tenusu yang diusahakan secara semulajadi di mana lembu mereka diberikan kebebasan untuk meragut di padang rumput yang subur.
Bebas.
Tidak semua lembu tenusu diberi kebebasan untuk meragut rumput di luar kandang. Kalau adapun, tidak pasti tahap kesuburan rumput itu.
Kalau kita pun seharian di dalam rumah mau stress dibuatnya. Pernah tak korang rasa daging ayam bandar vs daging ayam kampung? Rasa daging ayam kampung yang betul-betul dilepaskan untuk mencari makanan sendiri sebenarnya jauh lebih sedap dari daging ayam bandar.
Haaaa...
Lebih kurang begitulah perumpaannya.
New Zealand~~ Negara yang terkenal dengan produk tenusu mereka. Harapnya dapatlah saya jejak kaki ke sini suatu hari nanti. Bestnya kan? ( sumber foto : Google ) |
UHT bermaksud : Ultra High Temperature merupakan salah satu teknologi pemprosesan makanan melalui kaedah pensterilan untuk membunuh spora-spora yang ada di dalam susu. Suhu yang digunakan adalah sebanyak 135 darjah celsius dalam temph masa selama 4 saat sahaja.
Dengan ini susu lebih selamat untuk diminum. Namun begitu, ianya memberikan warna dan rasa yang agak berlainan. Membuatkan susu Fernleaf UHT antara susu yang UNIK.
Berbanding dengan susu yang dikategorikan sebagai 'fresh milk' yang hanya menggunakan suhu setinggi 72 darjah celsius selama 15 saat.
Kelebihan susu UHT ini adalah lebih tahan lama berbanding susu yang bukan UHT. Jika kotak susu UHT tersebut masih belum dibuka, ianya mampu bertahan selama beberapa bulan ( 6 - 9 bulan ) jika dibandingkan dengan susu yang bukan UHT. Kebiasaannya, hanya dalam beberapa hari sahaja.
Fernleaf . Terbukti ianya adalah UHT ( Sumber foto : Google ) |
Lembu New Zealand dah sampai Pantai Malaysia :) |
Tidak semua lembu tenusu diberi makan rumput. Namun, ianya berlainan dengan di negara New Zealand. Tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.
Rumput yang segar serta cukup cahaya matahari dan hujan di New Zealand adalah salah satu faktor utama kualiti susu Fernleaf adalah susu yang terbaik. ( Sumber gambar : Fonterra.com) |
Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu di New Zealand mendapat kandungan vitamin D yang sihat.
Sumber gambar : Google |
Bila makanan lembu tenusu iaitu rumput yang diragut adalah yang berkualiti tinggi ditambah pula dengan iklim yang selesa, udara dan air yang bersih.
Pernah dengar pepatah dalam bahasa Inggeris "you are what you eat?" Jika apa yang kita makan semua nya berkualiti, maka kita akan sentiasa di dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Begitu juga ibarat lembu-lembu tenusu di New Zealand.
100 % mmmmm. Kami penggemar susu Fernleaf perisa coklat. Kawan-kawan suka susu perisa apa? |
Susu Fernleaf yang lemak berkrim. ( Sumber foto : Google ) |
Kalau nak tahu, susu Fernleaf sudah ada semenjak tahun 1893! punyalah lama tu kan? Jadi memang tidak ragu-ragu lagi mereka merupakan pakar tenusu yang hebat.
Pengalaman yang lebih dari 140 tahun dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi Fernleaf sangat bangga dengan kerja mereka.
Setiap peringkat dari awal sehingga akhir akan dipastikan kualiti pekerjaannya terjamin dan di tahap yang tertinggi.
Ini termasuklah bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.
Maklumat pemakanan serta ramuan yang digunakan untuk menghasilkan susu yang Mmmmm! sedap dan berkrim. |
Fonterra merupakan syarikat yang bekerjasama dengan beberapa jenama produk tenusu di Malaysia. Tugas mereka adalah untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan iaitu susu, sentiasa berada di piawaian yang telah ditetapkan.
Bukan itu sahaja, malah mereka akan memastikan semua produk tenusu mereka dapat memuaskan hati para pengguna yang berada di luar sana.
Mereka bekerjasama dengan Fernleaf di New Zealand bagi memastikan kualiti susu sentiasa yang TERBAIK.
www.Fonterra.com |
Susu Fernleaf UHT didatangkan dengan tiga perisa yang mesti dirasai dan dinikmati. Ianya adalah
1) Full cream
2) Low fat
3) Chocolate.
Saiz kotak pula tersedia dalam 1 liter dan 200ml.
Agaknya kalau ada perisa strawberry pun sure best kan?
Jadi, korang tunggu apa lagi? jomlah minum susu Fernleaf lepas ni. Sedap tau! Boleh terdapat di pasaraya yang berhampiran seperti di Giant dan 99Speedmart.
Tak percaya?
Jom layan video dari kanak-kanak ini. Mmmmm~~~ sedapnya!!!
Susu Fernleaf memang 100% Mmmmm~~~ Sesuai dinikmati seisi keluarga |
Layari FB mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang susu Fernleaf dan promosi-promosi yang akan datang : https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/
Sebelum itu, izinkan saya untuk berkongsi sebuah puisi hasil nukilan saya sendiri 😘😊. Khas untuk susu Fernleaf UHT.
Saat kehausan
Susu Fernleaf UHT menjadi pilihan
Saat kebuntuan
Memikirkan bekalan
Susu Fernleaf UHT yang kucapai
Betapa engkau lembu
tenusu🐄
Dibelai
Disayang
Dijaga
Dengan penuh kasih dan sayang
Kerana itu
Kau juga bebas meragut rumput
Tidak ditahan
Jiwa dan raga
Memberi manfaat yang terjamin
Sarat dengan vitamin A & D
Buat seluruh manusia di muka bumi
Sungguh kaya nikmat tuhan
Bahagia itu
Bila sedutan singgah di anak tekak
Lalu sejuk melegakan
Buat anak-anak ku ketawa riang
Perasaan ibu
Berbunga riang
🌸🌸🌸💖💖💖
That's All and Thank you for reading!
3 comments
klau nama susu memang suka..klau chocomilk lagi lagi suka..hihihi
ReplyDeletebagus minum susu sebenarnya..utk sumber kalsium pada tulang dan gigi
BEtul tu chocolate milk memang sanagtlah sedap. Apatah lagi kalau kite minum sejuk sejuk. Memang yummy to my tummy. Harga fernleaf full cream pun tak delah mahal sangat kan. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Deletei suka je apa2 jenis susu ni. buat makan dengan cereal. tiap pagi is a must. nnt boleh cuba brand ni.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.