Keunikan Dan Keseronokan Bermain Di kidzooona Aeon Big Mid Valley Megamall

By Monday, October 22, 2018 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Siapa kat sini yang suka bawa anak-anak dia pergi indoor playground ? Baru-baru ini, saya dan anak-anak telah dijemput oleh pihak kidzooona untuk merasai pengalaman bermain di kidzooona cawangan aeon Big Mid Valley Megamall.

Kalau korang nak tahu, kidzooona di aeon Mid Valley Megamall ini baru sahaja dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas iaitu bersamaan dengan 19hb Oktober 2018. Seronok tau budak-budak ni dapat main kat sini.

Bukan apa, memandangkan ianya tempat baru, maka segala jenis permainan dan kemudahan memang masih tip top.

Konsep bermain di kidzooona ini merupakan adaptasi dari negara Jepun. Di sana, mereka mementingkan  konsep 'hands-on' dan menyediakan permainan berbentuk pendidikan yang unik untuk anak-anak kita.

Slogan cogan kata mereka adalah "Play Time! Fun time!" memang sangat sesuai untuk kidzooona. Siapa yang masuk confirm play and fun!

Pasal harga, saya rasa sangat berbaloi sebabnya UNLIMITED access. Bukan apa, kadang tuh kalau bawa anak-anak masuk sini. Ada masa nanti tetiba nanti perut berkeroncong minta diisi. Kalau anak-anak saya memang sejenis yang kalau main macam ni cepat lapar. 

Lepas keluar cari makan and nak masuk balik tiada sebarang masalah  yer. Janji korang jangan hilangkan resit tuh. Dengan harga RM16 pada hari biasa dan RM22 untuk hari minggu saya rasa berbaloi lah jugak kan? Ibu/bapa atau penjaga pula tidak perlu membuat sebarang bayaran.

Untuk masuk ke dalam kidzooona indoor playground ni , perlulah mengisi borang maklumat anak-anak kita. Kalau bawak 10 orang budak, maka isi lah 10 borang. Dalam tu cuma tanya benda-benda basic jer. Contohnya, nama, tarikh lahir, nama parents dan no. telefon.

Oh yer! jangan lupa bawa stokin siap-siap dari rumah. Sebab dalam ini WAJIB pakai stokin tau. Ini kerana kidzooona mementingkan kebersihan. Saya memang suka apa sahaja konsep kebaikan yang diterapkan oleh mana-mana syarikat yang berasal dari negara Jepun.

Tapi, kalau korang terlupa juga jangan risau sebab di sini pun mereka ada jual stokin. Harganya seperti di dalam gambar yang tertera di bawah ini. Okeylah tuh takder la mahal sangat kan! hiks!

Bila nak masuk nanti assistant yang jaga kaunter tuh nanti akan bagi hands sanitizer. Korang jangan lupa pakai tau. Maklumlah, nanti tangan tuh nak pegang banyak alat mainan. 

First thing yang Uwais buat apabila sampai saja dalam ini adalah ball pool. Dia memang suka tempat ni kat mana-mana indoor playground pun. 

Best kot, ada bola-bola yang sangat banyak! lepas tuh siap ada slide lagi. Haa..memang dia ulang-ulang naik turun banyak kali.

Rajin pulak adik staff ni melayan Uwais. Dia bagi semangat pada Uwais untuk baling bola  supaya masuk ke dalam lubang yang ada tu.
Kakak pulak terus pergi ke "education tablet area". Suka lah dia dapat main gadget-gadget ni. Maklumlah, kat rumah tak dapat.
Luas sangat area kinetic sand ni. Saya pun suka juga bermain dengan kinetic sand sebab perasaan bila dapat pegang sand dia tuh. Hehe...Ada pelbagai acuan disediakan. Boleh lah berangan dok kat pantai jap yer dak? hehehe~
Taraaa~~~ Ini istana yang tak cukup pasir. Macam nak roboh jer ni dik~~

Ini pula doll house! Sesuai untuk anak-anak yang suka  main anak patung.  Semasa saya kecil dahulu, ayah beli jer patung kat pasar malam. Rumah-rumah memang tak dapat lah yer. Buat lah rumah patung sendiri menggunakan kain, selimut dan apa yang ada. Heheh~ mengimbas sekejap memori lama gitu.

Seperti yang telah saya beritahu, konsep indoor playground di kidzooona adalah belajar sambil bermain. Contohnya, belajar mengira melalui aktiviti jual beli seperti di flower shop dan ice-cream shop.

Kad berupa duit juga disediakan di dalam mesin cashier. Jadi, anak-anak boleh lah main jual beli. Seronok tau!
 Pelbagai perisa ais krim yang ada. Boleh lah nak cuba beli...hehehe...
 Kakak nak perisa yang ini dan yang itu.
Bagi extra topping tau!
Sesiapa yang minat sushi tuh boleh lah datang ke sini menjual beli. Siap dengan chef hat dan uniform pekerja sushi lagi. Iraishimasee~~~ maksudnya selamat datang!
 Di sebalik tabir. Penjual sedang sibuk menyediakan pesanan dari pelanggan. HAHAH~

Okey ..hidangan dah lengkap. Selamat menjamu selera. Arigatou gozaimashita!
Nama permainan yang ni pula adalah pin screen. Excited jer derang bila letak tapak tangan sebelah sana, keluar bentuk di sebelah sini.
Sampai muka pun ko tepek kat situ yer dik! HAHAHA~
Buah-buahan segar dan berkualiti. Haaaa...pilih lah dik nak beli yang mana. Murah-murah jer semua tuh. Make sure isi bakul tu penuh-penuh yer.
Ini pula merupakan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di kidzooona. Semua aktiviti di atas adalah percuma. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat untuk menari ke, mewarna, menghasilkan sesuatu dari balloon dan bermain kerusi muzikal, boleh lah periksa dahulu jadual di hadapan pintu masuk yer.

 Aktiviti mewarna untuk sesiapa yang berminat. Warna pensil disediakan oleh pihak kidzoona.
Dance activity - acara memanaskan badan.

Kakak sedang fokus buat balloon sculpture. Agak-agak apa hasil akhir tuh yer? Hehehe~~~

Anyway,

Ada sesuatu yang lain dari yang lain di kidzooona aeon Big Mid Valley Megamall ni tau. Ianya adalah riding circuit area. Kalau nak tahu, aktiviti permainan ini hanya terdapat di cawangan aeon Mid Valley Megamall sahaja.

Siap dengan lampu isyarat lagi. Bagus kan? dapat mendidik anak-anak kita semenjak awal untuk memahami peraturan jalan raya. Sememangnya, masyarakat Jepun sangat mementingkan displin. Semasa saya pernah menginap di sana, mereka memang ada tempat outdoor khas untuk kanak-kanak menaiki basikal. Lengkap dengan trek yang sesuai beserta lampu isyarat.


Tempat menunggu untuk ibu bapa berehat dan bersantai juga disediakan.
Antara kemudahan lain yang disediakan adalah tempat untuk charge telefon. Maklumlah kita ni as parents suka sangat ambil gambar anak la..video anak la..memang battery habis cepat lah gitu. Hehehe..

Congratulations kidzoona for your opening !

Cenderahati dari kidzooona. Thanks so much for the opportunity given ! My children love it so much and they asked me to come back again to kidzooona.

Jadi, apa tunggu lagi ?

Bawalah anak-anak ke kidzooona untuk merasai keseronokan bermain di sana. Pada pendapat saya juga, tempat ini  sesuai dijadikan tempat untuk mak-mak berjumpa memandangkan anak-anak ada sesuatu yang dapat mereka buat.

Kalau dok dalam restoren tuh, memang tak dapat la budak-budak tu nak berlari ke sana ke mari. Hehehe~

That's All and Thank you for reading~!

You Might Also Like

3 comments

  1. Wahhhhhh.... mcm2nya ada dlm tu... menarik juga lah kak...
    Tang ada konsep main sekali ngn belajar tu best...

    Ada masa lapang teringin jgk la nk try bwk aiyan

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.