Persembahan Kelas Speech & Drama Umair Di Tadika Little Ab' Bandar Kinrara
Assalammualaikum w.b.t
Pagi tadi sempat saya menyaksikan persembahan Umair dan rakan-rakannya di tempat dia belajar speech & drama class. Sir Nawfal, tenaga pengajar Umair memang sengaja menjemput kami ibu bapa untuk menyaksikan persembahan ringkas drama mereka.
Pada saya, persembahan mereka sangat unik dan seakan-akan muzikal teater. Bukan drama biasa kerana berdasarkan pemerhatian saya. Mereka semua banyak menggunakan pergerakan yang melibatkan gross motor skill.
Persembahan mereka hanya dalam 5 minit sahaja sebenarnya. Memang tak puas layan tadi. Hehehe...Tapi nanti, InshaALLAH..mereka akan buat performance sekali lagi pada 20 November bersempena dengan hari graduasi pelajar umur 6 tahun. Mama tak sabar nak tengok sekali lagi.
Selepas habis membuat persembahan, Sir Nawfal memang mengalu-alukan parents yang mahu berjumpa beliau untuk berbincang tentang perihal anak masing-masing.
Komen Sir Nawfal berkenaan Umair memang positif. Yang pada asalnya, Umair agak pasif tetapi masih patuh dan menurut arahan. Lama kelamaan, Umair semakin yakin pada diri sendiri dan harini saya melihat dia begitu yakin membuat persembahan di hadapan kami semua.
Suara nya jelas dan memang dia sentiasa memandang ke hadapan. Ada eye contact gitu. Sebab Sir Nawfal ada bagitahu yang sebelum ni, Umair ayik dok pandang bawah bila bercakap. But now, dah OK. Cuma, nanti Sir Nawfal kata mungkin selepas ini Umair perlu untuk keluar dari zon selesa nya.
Apapun, semua kanak-kanak tidak sama dan mempunyai personaliti yang tersendiri. InshaALLAH...kalau ada rezeki, saya akan teruskan Umair untuk speech & drama class pada tahun hadapan.
Sangat enjoy dan berani membuat persembahan yang menghiburkan. Acik suke!
Sesiapa yang ingin menggalakkan anak-anak berani bercakap dan meningkatkan rasa keyakinan diri. Bolehlah cuba menghantar anak-anak ke kelas ini yer. Guru yang mengajar juga sangat berpengalaman dan ada kelulusan yang setaraf dengan pementasan teater ni.
Nah...akhir sekali saya kongsikan video mereka membuat persembahan :)
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.