Hidangan Makanan Di Atas Talam - Seribu Satu Kenangan

By Friday, October 26, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Selepas berkahwin selama 12 tahun. Tak silap saya, ini kali pertama saya menggunakan talam untuk meletakkan hidangan. Kebiasaannya, saya melapikkan segala jenis mangkuk, piring dan pinggan di atas alas kepingan gabus berwarna coklat tu.

Terasa lebih mudah dan praktikal di situ. Bukan apa, segala-galanya mahu dilakukan dengan pantas. Kalau hidang dengan talam, nanti sure kena cuci juga dan keringkan talam tuh. Sangat memerlukan space sebenarnya.

Kalau korang nak tahu ( kalau taknak pun ku nak bagitahu juga ) talam ini merupakan hadiah dari mak saya. Mungkin sempena saya nak masuk rumah sendiri setelah beberapa tahun kami menyewa rumah.

Selain talam, mak juga ada memberikan set pinggan dan mangkuk kaca kepada saya. Tapi, korang janganlah ingat yang ada jenama ke apa.
Simple jer yang warna oren tuh ha... (standard orang-orang kampung)

Di rumah mertua saya juga ada set pinggan mangkuk tersebut. Memang sama 100%! HAHAHAH~

Semenjak saya kecil dan sehingga ke hari ini. Emak masih mengekalkan tradisinya menghidangkan makanan di atas talam.

Tidak kira makan pagi dan malam. Emak akan memastikan semua lauk pauk disenduk ke dalam mangkuk / pinggan dan dihidangkan di atas talam. Mungkin  ketika itu, mak juga dari kecil sudah diasuh oleh Allahyarham opah saya untuk menghidangkan makanan sebegitu rupa.

Sebab kalau saya berkunjung ke rumah ibu-ibu saudara saya, mereka juga akan mempraktiskan perkara yang sama.

Kelakar bila diingat..sendiri ni kalau tahap malas yang melampau, memang kuhidang terus dengan periuk atas meja. HAHAH! tak senonoh betulkan. Nasib lah, husband jenis tak kisah.

Memandangkan saya juga pernah menjadi ibu bekerjaya, jadi hal remeh temeh seperti menghidang makanan di atas talam memang kurasakan sesuatu yang 'membuang masa'. Nak makan, nak suap diri sendiri nak suap anak, nak basuh dan nak kemas.

Walaubagaimanapun, itu tidak medatangkan masalah buat mak. Mungkin juga, mak merupakan surirumah sepenuh masa dari dahulu dari sekarang. Selain waktu mudanya dipenuhi dengan membantu ayah di kedai runcit, membasuh pakaian kami menggunakan tangan nya setiap hari. Memasak sarapan, makan malam dan kadang-kadang minum petang.

Mak memang begitu expert dengan kerjayanya sebagai seorang suririmah bagi memastikan kehidupan kami adik beradik sentiasa terjaga. Ada kalanya, mak penat dan tidur sekejap . Kebiasaannya, selepas waktu zuhur dan ketika kami mahu ke sekolah agama.

Talam pemberian mak saya ni selalunya saya gunakan untuk menguli bancuhan donut atau karipap. Bila nak buat bentuk bulat-bulat tuh..saya akan susun di atas talam ni. Senang sebab saiznya besar, Tak perlu banyak sangat pinggan atau tray untuk dibasuh.

Cumanya tiga hari lepas, saya tergerak hati untuk menggunakan sepenuhnya talam ini sebagai alas  meletakkan hidangan di atasnya. Rasa puas  bila melihat hidangan sudah siap dan tersedia untuk dijamah oleh anak-anak dan suami. Memang mengimbas kenangan betul!

Semestinya menu yang simple dan sedap. Telur dadar, ikan gelama masam, sedikit ulam, sambal tempoyak, singgang ikan tongkol dan ayam bakar yang dimasak menggunakan Philips Air Fryer.

Kalau ikutkan mak saya punya style, air basuh tangan dalam mangkuk pun dia akan letak atas tuh. Tapi saya fikir tak perlu lah kot. Sebab lagi bersih dan sihat kalau basuh tangan gunakan air paip yang mengalir. Nak sabun pun boleh! Heheheh~~~

Ahamdulillah, semakin sedap makanan yang dijamah. Yang asalnya cuma nak makan nasi sebesar penumbuk sahaja dan akhirnya 2 penumbuk juga yang masuk ke dalam perut. Haiiyaaaaa~~~ diet ke terus ke Lautan Pasifik.

Baru saya faham, bila mak menyuruh saya untuk menyenduk lauk pauk ke dalam mangkuk dan hidang macam ni.

Konsepnya, sebab kami 5 beradik. Makan pula ketika itu lebih praktikal di atas lantai. Memandangkan dapur rumah kami yang sempit dan meja empat segi tepat yang ada ketika itu sudah penuh dengan barang-barang , harta pusaka yang saya sendiri pun tak ingat apa. Yang pasti memang penuh! HAHAHAHA~

Senang kalau makan duduk dan bentuk talam yang bulat tuh memudahkan kami untuk duduk dengan lebih teratur. Konsepnya semua kena duduk mengelilingi talam tu. Lepas makan, senang juga nak kemas. Selain itu, makan macam ni lebih mesra dan dapat mengeratkan ukhuwah. Itu dulu-dulu la kan. Tapi kalau kepala lutut member sebelah dok berlaga dengan kepala lutut ko. Rasa berasap lah jugak! HAHAHAHAH~

Kenangan la semua ni. Now kalau balik kampung, mak akan hidang atas talam tapi sekarang talam tuh atas meja empat segi tepat tuh. Cumanya, meja yang sekarang bukan yang macam dulu. Dah tade harta karun sangat okey. Dapatlah kami makan di atas meja bersama hidangan yang diletakkan di atas talam.


Part kelakar adalah, apabila Hannah sampai dari sekolah dan dia pun lantas bertanya :

"Mama, kenapa mama harini letak makanan dalam PINGGAN BESAR"

Rasa nak tersedak dengar. HAHAHA~~

Hellooo~~~~ ini namanya T.A.L.A.M.

TALAM.

Bukan pinggan besar dan bukan juga TALAM 2 MUKA. Itu lain dah maksudnya!



You Might Also Like

1 comments

  1. Mmg nostalgia...samalah kak, mak dana kt kg pun mmg mesti wajib boh dlm talam...
    Xpernah pun dia hidang sekali ngn periuk hahahha...
    Sesekali kadang buat jgk ltk kt tlm... tp meja mkn umah kami kecik... mcm xsesuai lak

    Tp mmg cantik talam akak tu... umah mak dana pun banyak talam gitu... klu ada tahlil atau kenduri talam tu lah diguna bt hidang makanan...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.