Resepi Crepe Menggunakan Susu Segar Fernleaf UHT

By Tuesday, October 02, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Crepe atau kot bahasa Melayu nya adalah lempeng merupakan sejenis menu yang digemari oleh anak-anak saya. Teringat  ketika kecil dahulu sebab emak saya rajin melempeng. Kadang tuh emak buatkan kami lempeng pisang yang ada inti kelapa di dalam. Dibalut pula dengan daun pisang dan makan sewaktu pagi ketika lempeng masih panas sememangnya mengimbas memori betul lah kan?

Saya selalu buat lempeng tepung gandum biasa jer untuk anak-anak. Itupun sukanya lahai derang makan. Kadang tu sekali ngap boleh telan sampai 2-3 keping seorang. Mungkin disebabkan tekstur nya yang lembut dan lemak berkrim tuh menjadikan anak-anak saya penggemar lempeng.

Tapi nak buat lempeng ni part yang leceh bila nak masak satu-satu atas non stick pan tuh. Memang makan masa kadang sampai 30-45 minit. Depends pada bancuhan yang dibuat.

Resepi asal dari Chef Wan.

Bahan-bahan :
  
115 gram tepung gandum
1-1/4 cawan susu Fernleaf UHT rendah lemak
4 biji telur
30 gram mentega yg sudah dicairkan
1 sudu teh esen vanila
Secubit garam


Cara-Cara Memasak : 

1) Masuk semua bahan-bahan di atas di dalam blender. Blend jer semua sampai hancur dan sebati. ( Ikut resepi asal Chef Wan, bancuhan tadi perlu disimpan dahulu selama 30 minit di dalam peti ais. Tapi saya tak buat la sebab dah lambat. Nak melempeng pun dah setengah jam 😅)

2) Panaskan non stick pan yang sudah diratakan dengan sedikit minyak

3) Ambil sesenduk bancuhan lempeng yang sudah ditapis dan masukkan ke dalam non stick pan tu

4) Masak lempeng sehingga bertukar warna menjadi keperang perangan

5)Angkat dan boleh dihidangkan mengikut citarasa masing-masing


Anak-anak saya suka makan dengan nutella , susu manis dan syrup maple. Tapi kalau saya lebih suka dicicah dengan kuah kari ataupun sambal ikan bilis.

Nyums...nyumss...

Sedap nya lempeng makan dengan kuah kari ayam. Memang Yummehhh!!!!
Lempeng yang diperbuat dari susu segar Fernleaf memang lazat!

Patung lembu tuh pun agaknya confuse nak minum air susu ke nak makan lempeng?
Sudah round yang ke-2 makan lempeng mama :) Memang terbaik~~~
Sekian resepi crepe a.k.a lempeng dari susu segar Fernleaf. Sudi-sudikan mencuba yaaa~~~~

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

2 comments