Salam Lebaran. Syawal yang dirai 1437H

By Friday, July 15, 2016 , , , ,

Tahun lepas beraya di Japan
Tahun ini beraya di Kelantan
Sambut Syawal dan juga Ramadhan
Bersama keluarga dan rakan taulan

Phewwiittt~~~

Assalammualaikum w.b.t semua!

Buat ape tu? kunyah biskut semperit ke~~~

Harapnya masih tidak terlewat untuk berkongsi cerita raya bersama-sama rakan-rakan blogger di sini. Syukur Alhamdulillah sebab tahun ini kami sekeluarga dapat meraikan Ramadhan dan Syawal di tanah air sendiri. Despite of being culture shocked dengan itu and ini...we still had a blast and beautiful moment with our families.

Suasana yang pastinya 100% berlainan jika diimbas kembali sambutan Syawal pada tahun lepas. Beza memang berbeza! Entry agak panjang sebab sum up story selama seminggu di kampung suami di Kelantan.

Aidilfitri di perantauan - 1436h (2015)
Aidilfitri di Kelantan - 1437H (2016)
Kami pulang ke Kelantan 2 hari sebelum lebaran menjelma. Maka, dapatlah akhirnya menjejak kan kaki ke Pasar Ramadhan di Kelantan. Makanan-makanan tradisional mereka sangat menarik dan rasenya juga asli jika dibandingkan yang terdapat di sini.
Antaranya adalah kuih akok. Nyumss~~
Aye percik~~~ 
Hari pertama kami sampai di kampung, cuaca sangat panas. Hannah pula sibuk nak main ngan cousin-cousin dia. Budak-budak tu kecik lagi semua la tak pose. Berpeluh sakan macam lepas keluar dari sauna. Dan  selepas tu macam yang diduga..kehausan. Mula-mula kami offer die tolak. Akhirnya tumpas juga..
Main bukan takat indoor jer, sampai ke outdoor...tawaf rumah masuk keluar semak hutan belantara. Mana tak kehausan. Kitaorg yang tengok pun kering tekak. Hahah!
Selepas berbuka, aktiviti yang paling ditunggu-tunggu bukan sahaja kanak-kanak malah mak bapak kanak-kanak juga sama-sama menikmatinya~~~
Budak ni sakan layan main bunga api. Tapi bila bunyi mercun meletup lari masuk rumah sambil tutup telinga.
Pengalaman pertama bermain bunga api "jus jus". Korang panggil ape bunga api gini?..tu panggilan kitaorg adik beradik sebab masa kecik main bunga api ni, die kluar bunyik macam.."JUSHHHHH....JUSHHHHH"...HAHAHAHA!
Raya pertama kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Selepas semuanya selesai, kami bergerak menuju ke rumah mok dan ayoh (panggilan untuk nenek dan atuk). Dekat jer, jalan kaki dalam 8 minit kot sampai. Tapi tak lalu ler . Malaysia kan panaihh..haha..sumer la nek keta.
Adik beradik sebelah husband ade 2 orang jer perempuan out of six of them. So, ini adik ipar perempuan yang sulong. Expecting anak number 3. InshaALLAH, bulan 10 nanti bersalin.
Yang berbaju merah jambu ni pula adik ipar yang ke dua. Husband orang Lahad Datu, Sabah. Tahun lepas beraya kat sana, tahun ni, di Kelantan pula.
Berbaju biru ini yang masih bujang. Lagi sorang tak dapat balik sebab 1st time kena posting as pak polisi. Kesiann..beraya di perantauan lah yer..hehehe
Cucu-cucu the Ab Ghani. Lima orang ajer pun tapi riuhnya macam sepuluh orang. Haishhhh~~~
Geng wanita-wanita anggun dan jelita. :)
Geng jejaka-jejaka tampan
Geng seluar baju melayu tak muat last minute. Nasib ade jeans penyelamat. Hahah!
Ni dah kat rumah mok and ayoh. Semua adik beradik ma berkumpul kat sini ramai-ramai. Memang meiah, penuh rumah sampai ada yang kena dok kat beranda luar.
Mok and Ayoh. Mok dah nyanyuk tapi masih sihat. Sedihnya sebab dia tak kenal kitaorg dah. Sobs...Nasib Ayoh sangat bersabar dan dia lah yang jaga mok..ingatkan suruh mandi, makan, tukar baju semua. Kagum dengan kesabaran beliau di kala usia begini. Moga cinta mereka ke jannah ..InshaALLAH.
Ini sepupu sepapat sebelah husband (ma ) tapi tak semua masuk korum. Selepas beraya kat sini, kami ke rumah Mok Cik Moh pulak ( Adik abah ). Pun dekat ...5 minit drive dah sampai. Ada laksam yang sedap sangat. Bedal tak ingat..huhuhuhu

Lepas tu balik rumah, tunggu tetamu lain pulak datang. Tahun ni, aku ditugaskan memasak untuk tetamu. Jadi, buat nasi ayam ajerla. Senang..pejam mata dah siap. Hahah...Statement riak sungguh..ngeeeee

Ni saudara mara sebelah abah. Derang ramai yang dok luar dari Kelantan. Unlike, sebelah ma ..memang kesemuanya dok dekat-dekat ajer. Tak payah nak mengharungi jem peanut butter sumer.
Yeayyy~~~ hasil membeli kasut wedges di BATA sebelum balik hari tuh, nampakla sama tinggi ngan yang lain. Kalau tak...katik. :p
Ok..end of Raya Day 1. InshaALLAH..ada masa dan kegigihan..akan bersambung ke cerita raya episode yang lain pula.

Kalau tak rajin..kita tukar topik terus la yer..hahaha!

That's all and thank you for reading

Good Night..oyasumi nasai~


You Might Also Like

9 comments

  1. Selamat hari raya kak. Nape x pakai seragam warna ni. Ishhh. Ni kes baju x muat ke. Hihihi

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya nani..
    best kan raya kelate? bab bazar ramadhan tu pon best..rambang mata tengok juadah..

    raya aritu meme panas ya ampunnnn..

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri kak.. selamat hari raya.. maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
  4. balik for raya kee balik for good da ? heee..

    ReplyDelete
  5. Meriah ! Selamat Hari Raya kak. Kosong kosong ye :)

    ReplyDelete
  6. Meriah ! Selamat Hari Raya kak. Kosong kosong ye :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya <3 this year macam ramai update pasal kuih akok dari ramadhan lagi. tapi tak pernah dapat rasa lagi :( and ayam percik tu. dapnyaaa

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya nany.... maaf zahir dan batin...mane tau ade tersalah kata sepanjang komen2 di blog masing2 kan heehehehehe....

    meriah raya nany...tapi tahun ni cuaca panas betul kan nany...lieya ni rase tak sabar2 nak balik dari jalan raya ...badan rase belendir2 dgn peluh hah...ekon kereta tak mampu meredakan kepanasan daku hahaahahahah.... mujur bilik kat umah mak tu berekon...kalo tak ..rase dah mcm sauna 24jam jek hah....

    nany, lieya setuju sgt2..bab2 menu kat pasar ramadan kat kelantan lagi sedap2 dari kat sini...lieya jarang pi param kat sini...

    ReplyDelete
  9. mmg berbeza..sbb raya diperantau n kampung sgt berbeza..seronokkan blh berkumpul n knjung mgunjung rumah saudara mara..ank2 lg happy leh jumpa sepupu2 dia org

    ReplyDelete