Heliza Helmi Di Hari Usahawan SRIIPUJ 2019

By Wednesday, July 24, 2019 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Seperti sekolah-sekolah yang lain, hari usahawan merupakan acara wajib yang akan dilakukan pada setiap tahun. Kali ini, hari usahawan dibuat di persekitaran sekolah. Apa yang saya perhatikan, apabila kita buat di perkarangan sekolah  kawasan jajahan adalah lebih luas dan dengan itu,  banyak  aktiviti yang dapat dilakukan.

Unlike tahun lepas, hari usahawan SRIIPUJ diadakan di dalam GIANT Bandar Kinrara. Biasalah, kalau di mana-manapun pasti ada pros and kons nya.

Pros buat di perkarangan sekolah :
1) Kawasan luas menyebabkan pelbagai aktiviti menarik dijalankan. Antaranya - perkongsian dari Heliza Helmi tentang pengalaman beliau baru sampai dari Palestin. Siap ada khemah and simple stage.

2) G2G Animal  Garden - Antara haiwan yang ada adalah ular, kura-kura dan beberapa spesies burung. Tak silap saya, sekali masuk RM5.


3) Kempen derma darah - Siap ada katil / stretcher yang ditempatkan di dalam dewan Al-Khwarizmi

4) Indoor game - Beyblade tournament

5) Tayangan wayang - Di beberapa buah kelas yang sudah ditetapkan


Pros buat di dalam GIANT , Bandar Kinrara :
1) Indoor yang tidak terdedah dengan cuaca panas dan hujan

2) Sewa tapak sangat murah. Ini kerana tidak menggunakan sebarang khemah / stage. Jadi pulangan hasil jualan adalah agak lumayan berbanding tahun ini.


Tahun ini, sambutan paling meriah dan di luar jangkaan adalah beyblade tournament. Bayangkan yang dari asal target hanya dalam 60 - 70 students tapi last minute ada dalam 100++ students yang mendaftar.

Memang lebih meriah dari segi kepelbagaian acara yang dijalankan. Namun begitu, dari segi aktiviti jualan dan penyertaan murid-murid serta ibu-bapa agak sendu berbanding tahun lepas. Gerai UC ( Usahawan Cilik ) hanya ada dalam 5-6 buah gerai sahaja. Lepas tuh, penyertaan ibu-bapa untuk sponsor juga tidak seperti tahun lepas.

Darjah 1, langsung tiada pengumuman di dalam kelas anak. Seingat saya, tahun lepas gerai UC termasuk kelab dan persatuan. Cuma, bila banyak sangat UC yang mengambil bahagian, banyak lah pula jenis makanan yang sama untuk dijual. Akibatnya, sampai ke petang masih lagi ada makanan / minuman yang tidak habis dijual.

Tahun ini pula, pukul 11:00 lebih boleh dikatakan semua makanan/minuman yang dijual oleh gerai UC habis licin. Makanya, parents yang sampai lambat memang tak sempat nak gunakan kupon mereka yang berjumlah RM20.

Ramai lah parents yang bising dan tidak puas hati dengan keadaan ini. Komen saya ada dua :

1) Parents :
Saya faham yang bising-bising dan komen negatif ini kebanyakan mereka adalah dari parents baru. Yang memang anak nya mungkin pertama kali menghadiri hari usahawan di sekolah private. Jadi, mereka expect semuanya akan berjalan lancar. Kalau sampai pukul 1pm pun masih dapat makan lunch di sana. Anak-anak lagilah excited sebab first time nak guna kupon.

Malangnya, pukul 1pm tuh..95% makanan /  minuman sudah habis dijual. Kalau adapun, semuanya dari gerai-gerai luar yang tidak mahukan kupon lagi. Mereka perlukan cash.

Perlu diingatkan juga bahawa Hari Usahawan ini adalah lebih kepada untuk membantu sekolah dalam meningkatkan fasiliti mereka. Sekolah private tidak mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Unlike sekolah kebangsaan ( tapi now susah juga nak dapatkan bantuan. Makan tahun juga lah )

Penyertaan dari parents juga amat penting dalam menjayakan hari Usahawan ini. Tanya diri sendiri..apa yang aku buat untuk bantu sekolah.  Lepas tuh, kalau nak hentam..silakan.

2)Sekolah :
Setiap kali ada event besar, saya rasa amat perlu untuk guru-guru lama berkongsi idea dan bersama-sama menyalurkan tenaga kepada pengarah projek. Rata-rata di sekolah ini ramai guru-guru muda yang belum ada pengalaman dalam mengendalikan event-event besar seperti hari usahawan ini.

Contohnya isu kupon yang tak sempat untuk digunakan kerana salah satu faktornya, kurang gerai yang dibenarkan untuk menggunakan kupon. Ataupun, kurangnya sumbangan dari ibu-bapa untuk dijual di gerai UC.

Pihak sekolah juga pada saya perlu selalu beri ingatan mesra di dalam group WhatsApp kelas anak-anak tentang sumbangan ini. Bukan sekali / 2 kali.

Kesimpulannya, perancangan yang teliti perlu dibuat oleh pihak sekolah. Bagusnya kalau fail khas untuk event-event besar seperti hari Usahawan / hari sukan.

Catit segala perkara yang baik dan benda yang perlu diperbaiki.  Simpan dalam peti besi dan make sure ianya dibaca oleh pengarah projek tahun hadapan. Kalau tak memang kesian sangat...sebab bukan tak pernah buat. Pernah buat, tapi sebab takde tindakan susulan, maka sejarah lama berulang kembali.

Pengisian paling best adalah perkongsian pengalaman Heliza yang baru pulang dari Palestin dan juga beyblade tournament. Sebabnya, Umair dapat no. 3!

Heliza ini memang baru jer sampai from Palestin. Tak sempat tidur pun lagi. Bayangkan after stranded di sempadan Rafa Mesir for about 40 hours tak silap saya.
Heliza adalah di bawah team #wakeupforgaza dan naungan MAPIM. Pihak sekolah juga ada memberikan sedikit sumbangan kepada Heliza untuk disampaikan kepada tabung Gaza.
 
Thank you Heliza for your inspiring story. Sedih, sebak and ada part funny juga 😂 Point penting - peduli ummah. Start dahulu dengan family members, kawan-kawan, jiran tetangga dan kenalan. Help and show them empathy💪

Part van gerak zig-zag, tanah kubur, muhjahidin, Al-qassam memang tuju tepat sampai ke hati. Moga kisah Razan dan hebatnya ibu serta keluarga beliau menjadi inspirasi buat semua. 

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Dari pagi sampai dekat pukul 1 tengahari baru perlawanan bermula.
Masa ini dah almost 4pm.Saya dan suami sempat balik dulu ke rumah, mandi dan solat zuhur. Tak tahan beb dibuatnya. Berpeluh habis sampai KETIBAS. HAHAHAH..

Around 12:30pm to 1:00pm memang fuhhhh...MashaALLAH...punyalah lama nak tunggu number dia kena panggil sebabnya number dipilih randomly. Then, dalam tuh dengan parents punya lah ramai sampai budak-budak ini tak dapat nak duduk. Panas, kepam, berpeluh semua ada.  

Lastly, bila parents disuruh keluar baru lah budak-budak ni dapat duduk dengan selesa. So next time, please yer parents..kalau nampak penuh sesak, tak perlu lah masuk join sekaki. Lainlah kalau kawasan nya luas. Tu nak baring pun takper lah kan. 


Penentuan tempat ke-4 dan ke-3. Penuh debaran yer..nak menunggu saat beyblade siapa yang berhenti dahulu.

Tahniah Abang dalam 100++ yang masuk bertanding, rezeki abang dapat no. 3. Jadilah kan, hadiahnya dapat beyblade lagi. HAHAHA! Kumpul lah buat koleksi. 

Malam tuh, derang buat unboxing video. Nanti kalau rajin kuupload dalam Youtube yer. 

Bffs



Hannah and her friends. Always happy for being together




That's all and thank you for reading!

You Might Also Like

0 comments