Ikan bakar Korean Style di Dongdaemun & Cheonggyecheon Stream
Assalammualaikum
*PERHATIAN : BARU-BARU INI, SAYA TELAH DIMAKLUMKAN OLEH SEORANG HAMBA ALLAH YANG MENGATAKAN BAHAWA KEDAI INI ADA MENJUAL PORK. MINTA MAAF SEBAB ENTRY INI ADALAH PADA 2 TAHUN LEPAS KETIKA SAYA TIDAK TAHU LANGSUNG TENTANG PENJUALAN PORK DI KEDAI IKAN BAKAR INI. MOHON NANTI BERTANYA KEPADA ONWER KEDAI MAKAN NI TENTANG ISU PORK INI YA. MAAF SEKALI LAGI*
Malam last before balik Tokyo, tukar planned terus. Makan ikan bakar instead of tengok rainbow bridge kat Banpo Park.
Ini cara kami untuk sampai ke sana :
Line 3 : Anguk towards Jongno 3(sam)-ga direction and transit at Jongno 3(sam)-ga
Line 1 : Jongno 3 (sam)-ga towards Jongno 5(o)-ga direction and stop at Dongdaemun
1) Exit 8
Bila keluar dari exit, ada JW Hotel sebelah kanan. Then, sebelah kiri pulak Pyoung Hwa Clothing Market , Chenggyecheon Stream and akan jumpa 1st bridge.
JW Marriot Hotel (on your right side) |
Pyoung Hwa Clothing Market (on your left side) . Kat tembok panjang tu adalah Chenggyecheon Stream |
3) Lepas belok ke kanan, jalan lagi straight sampai jumpa gerai makan tepi jalan and banyak keta and moto parking kat situ. Macam dalam gambar kat bawah ni. Then, sila masuk ke lane sempit follow arrow dot..dot..dot warna merah dalam gambar kat bawah ni ha..lepas tu dalam 20-30 langkah nanti, kat sebelah kiri dah jumpa gerai ikan bakar tu. InshaALLAH jumpa sebab nanti bila dah jalan sket dari area tempat orang makan berpayung ni, korang akan bau ikan bakar ni.
So, nak makan ape?
Korang cakap jer nak brape ikan tu . Die tak de buku menu kat sini. Appertizer wajib segala macam kimchi. Nanti sebelum ikan sampai, dia akan hidang yang ni dulu, nasi and misou sup Korean style. Macam kat dalam gambar bawah ni :
Kimchi tauge die crunchy sangat...sedap uolls! |
Aku add on sotong masak sambal die. Order satu jer cukup..portion die banyak sesuai untuk utk 2 org dewasa makan. Pedas, baru syok makan. Hehehehe... |
Air kat sini, standard..air masak. Sejuk lak air tuh..Tengok la Hannah, siap letak kat pipi nak rase kesejukannya. Isk! |
Jemput makan semua. |
Ikan bakar ni best sebab die dah buang tulang yang kat tengah-tengah tu. Tinggal sket-sket jer. Senang la anak-anak nak makan kan? |
Kedai ni ada 2 tingkat. Tingkat atas dah penuh masa kami sampai tu. So, total dinner kat kedai ikan bakar ni dalam 20,000Won (RM60++) . |
Tak dapat layan rainbow bridge, dok layan fountain ni jer la..hehehe..Lepas jalan-jalan kat sini kami pun balik apartment. Kemas-kemas barang sebab esoknya dah nak balik. Sobs!!!
2 comments
Interesting dish!. Memang restoran ni halal ke or nany just order vegetarian. Definitely will check this out kalau pegi korea. Ntah bila la tu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.