Jepun vs Korea

By Friday, September 25, 2015 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Alhamduillah, semalam kami selamat sampai ke Tokyo selepas 7 hari, 6 malam di Seoul. Memang best jalan-jalan tengok tempat orang. Tengok culture, food, transportation, people and places. Ada banyak perbezaan dengan Jepun.Ni aku dah list kan based on aku nyer observation as a tourist. Lain orang mungkin lain pendapat dan layanan. 

1) Displin
Bab ni kat Korea macam hancus sket compare dengan Jepun. Tapi kalau compare ngan Malaysia..sama jer lebih kurang. Hehehe... Contohnya,  kalau masuk train kat Korea, tak beratur sangat..orang dalam train belum habis semua keluar dah berebut juga nak masuk ke dalam. Masa tengah beratur kat 7-eleven nak beli barang, selamba derk jer ahjussi ngan ahjuma potong que aku . Sumimasen! Culture shock jap makcik ni. Nasib dah biasa gini masa kat Malaysia dulu. Muahahaha

2) Pengurusan sampah
Tempat yang aku stay kat Korea ni, apartment style share sekali ngan small office. Derang still ade concept recycle cuma tak sistematik macam kat Tokyo yang ada proper house untuk buang sampah. Buang kat tempat parking jer tapi terurus la, tak bersepah or ade air busuk lagi meloyakan . 

3) Peramah
Korean laaaagiiiiiiiii peramah and mesra alam dari Japanese. Sebab nya aku rase, ahjussi and ahjumma boleh speaking english termasuk la atuk-atuk and nenek-nenek kat sini. Derang suka bagi candy kat budak-budak. Ade nenek Korean ni siap ajar camne nak say 'annyang-haseyo' dengan gesture badan sekali. Bersungguh betul die ajar..terror lak tu cakap english. Culture shock kali ke dua. Hahaha!

Ahjussi ni salah seorang fan budak-budak ni. Pandai lak die tengok kamera sambil senyum gituu.. Daeebakk!!!

4) Baik Hati
Senang sangat Korean nak bagi seat kat anak-anak kitaorg and kalau kita tengah dukung derang ke, terus bangun offer seat. Situasi yang mengembirakan aku ni susah sangat nak berlaku kat Jepun. Maybe sebab orang Jepun ni terlalu berdisplin. Sebab ko lambat naik train, sebab tu la tak dapat tempat duduk.

5) Berbasikal
Tak boleh lawan Jepun. Sana sini basikal, orang tua, orang muda, mak anak 3 pun boleh. Kat Korea, tak ramai berbasikal tapi, menariknya derang boleh bawak basikal masuk dalam train. Ada gerabak yang disediakan untuk mereka yang  berbasikal

6)Bersungguh
Part ni Jepun still leading. Contoh macam, kalau Jepun greet kita memang bersungguh sangat. Kalau masuk jer kedai, terus cakap.."iraishimase" maksudnya, selamat datang. Lepas bayo kat kaunter, derang akan sebut berapa jumlah YEN yang kita kena bayo walaupun kat screen tu dah ade tulis. Contohnya ; ehem..ehem .." koukeide sanbyaku en ni narimasu" ( semuanya 300 yen yer...) . Kat Korea, lepas die punch sumer harga barang kita, die senyap jer tunggu kita bayo. Terkebil-kebil jap aku sebab nak biasakan YEN-WON..hahaha..

7) Kebersihan
Jepun is the best. Dari public toilet sampai ke jalan raya, dalam train and di mana-mana.

8) Makanan
Kat sini, derang suka sangat makan kimchi and jeruk. Kitaorg makan kat kedai halal Indian restoren pun derang served jeruk as appertizer. Sedap jeruk die. Kimchi pulak, macam-macam sayur derang kimchikan. Hehehe... 

9) Vending machine / Mesin air 
Kat Korea ada kat selected places jer . Contoh ; subway station dalam Everland, tempat tunggu bas. Tapi kitaorg tak beli pun. Kalau kat Jepun, memang banyak sangat mesin air ni. Baru jalan 10-20 langkah dah jumpa balik.



Jangan takut and risau sangat kalau berjalan ke tempat yang kita tak pernah pegi. Buat reseach , banyakkan membaca and last sekali doa jer banyak-banyak sebab ALLAH S.W.T pun ada cakap, antara waktu mustajab and terbaik berdoa adalah ketika kita sedang bermusafir. Contohi mana yang baik dan cuba apply kat diri sendiri. Ada hikmah , manusia diciptakan pelbagai bangsa dan agama. InshaALLAH, lepas ni akan share banyak lagi tips dan tempat menarik yang korang boleh pegi and visit kat Seoul, Korea.

You Might Also Like

4 comments

  1. So true on the allowing people to sit part. Even here in toronto people are so helpfull in the public transport. Interesting kan how many things we learn and observe being abroad. Everyday is a learning journey with lots of new experience to explore. Love all the jalan jalan korea post. Mabeles sgt.

    ReplyDelete
  2. Konnichiwa Adlin!!!
    Tu lah kan, part bagi tempat duduk tu sama macam kitaorg kat Paris dulu. European also easy to offer their seat to us yg ada anak2 kecik ni. Wpun org Jepun susah nak bagi seat, tapi aku akan treat derang in different way... Nampak org tua, aku terus jer offer seat..gitu

    ReplyDelete
  3. Wah.. menarik blog akak, tersusun dan mudah dibaca.. saya memang teringin nak pergi Jepun! Insya-Allah kalau ada rezeki ,saya nak sambung belajar kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum & Konnichiwa Hisham!

      Thank you for reading my blog. InshaALLAH, semoga cita-cita dan impian murni Hisham tercapai suatu hari nanti. :) Ganbateeee!!!

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.