Resepi Quiche Yang Sedap

By Tuesday, January 02, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

QUICHE - Cara nak sebut "KISH"

Antara makanan sejenis savoury yang saya gemari. Kalau tak silap, first time saya buat quiche ni semasa saya menetap sekejap kat Paris dalam tahun 2012 macam tuh lah. 

Ternampak seorang senior MRSM saya post di IG beliau. Terus tanya nak buat camana. Rupa-rupanya, cara nak buat nya tidaklah susah sangat.

Perlu sediakan inti nya awal-awal dahulu dan kemudian, kulitnya masa hari kejadian kita nak masak quiche ni baru buat.
Part lain yang best, kalau malas nak buat crust quiche ni, boleh juga beli yang dah siap dijual di kedai bakery. Hari tuh saya ada ternampak di kedai BAGUS.

Kuantiti nya agak banyak, sesuai lah kalau nak buat party or pot luck untuk dibawa ke office atau sambutan hari istimewa di sekolah anak-anak.

Quiche pertama yang saya buat intinya memang yang tidak perlu dimasak. Cuma gunakan hirisan sosej, tomato cherry, cendawan dan daun celery.

Cuma, kali ini saya nak mencuba sesuatu yang lain. Segalanya saya hasilkan sendiri termasuk crust quiche ini.

Resepi inti yang saya gunakan perlu diletakkan whipping cream. Lepastuh pandai-pandailah korang bakor kalori tuh yer. Hihihihi~

Saya ambil dari blog Aziekitchen. Terima kasih Kak Azie kerana berkongsi resepi yang sangat sedap ini.  


Ini bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat MUSHROOM & CHICKEN QUICHE :

Bahan A 

200 gm tepung gandum 

Bahan B

110 gm butter sejuk -kiubkan
1 sk garam
Mixed herbs
50 ml air sejuk
1/4 sudu besar jus lemon


Campurkan bahan bahan hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A. Saya tidak menggunakan kesemua air sejuk tersebut.

Masa uli tuh, tunggu kalau dah jadi doh dan tak melekat di tangan saya berhenti bubuh air.
 
Bahan C

- 4 ulas bawang putih - cincang 2 
- 3 sudu besar olive oil ( saya guna minyak masak biasa ) 
- 3 biji cili Capsicum - merah, hijau dan kuning ( saya guna   
   merah ajer )
- 1 batang Celeries - hiris nipis ( tak letak )  
- 1 pek button mushroom - Saya guna 4 ketul ajer (hiris nipis 
   nipis) 
- 1-2 biji bawang besar kuning - saya guna separuh sebab isi
  ayam sket ajer 
- 1-2 ketul dada ayam - hiris kecil
- Garam
- Mixed herbs
 

Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan isi ayam dan goreng seketika sebelum dimasukkan kesemua campuran sayuran. Masukkan garam dan sedikit mixed herbs. Ketepikan.

Bahan D

250 gram whipped cream
4 biji telur
Black peppers


(See? banyak jugaklah telur dan whipped cream tuh. Boleh jer kot kalau tak letak whipped cream. Ganti fresh milk ke)

Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
Kalau ikut resepi Aziekitchen, doh perlu direhatkan di dalam peti sejuk. Tapi, saya rehatkan kat luar ajer. Selepas itu, saya buat bentuk bulat-bulat dan tekan di dalam acuan yang saya gunakan


Bekas acuan tuh pun saya beli kat Paris juga dan beli memang semata nak buat quiche ni. HAHAH! memang semangat betui dulu. Nasib baik, boleh pakai lagi sampai sekarang. Good investment kan?

Lepas siap tekan doh dalam acuan. Saya letakkan isi ayam yang dimasak tadi. letak lah dalam 1tsp macam tuh sebab saya punya acuan tak dalam sangat. Nanti takut bahan campuran telur dan whipping cream tuh melimpah keluar.


Sementara kita isi inti ni. Kakak pula tolong parut cheese cheddar. Kerjasama katanya :)



Lepas tuh, kita tuang campuran telur dan whipping cream tadi ke dalam crust yang berisi inti.



Kemudian, letakkan cheese tadi. Bila dah semua siap. Boleh lah masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan. Masak pada suhu 200 degree celcius ( bergantung kepada oven masing-masing) selama 20 minit dan gunakan api atas bawah yer.

Hasil nya memang tidak mengecewakan.  Makan quiche ni masa suam-suam bersama air teh 'O' memang satu padanan menu yang menyelerakan.

Disebabkan crust masih banyak dan inti nya juga masih berbaki. Jom kita buat dalam bekas pie yang agak besar pula.


Selamat mencuba~

That's All and Thank you for reading!


You Might Also Like

6 comments

  1. Sedapnya la hai nampaknya quiche tu. Terliur pagi2 tgk haa. Kalori tu tolak tepi kalau dah sedap. Hehe.

    Kalau akak tak tulis ana pronounce kuich. Haha. Berbelit lidah nk menyebut.

    ReplyDelete
  2. oh gtu sebutnya ye....slalu juga la mkn kalo kt hotel bila hi tea ada menu quiche...nmpk sedap tu homemade quiche

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa kak Nany. Nanti boleh lah try jugak buat. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. Aduhai sedapnya kak.... akak mmg rajin, dana ni rajin mkn je kih3

    ReplyDelete
  5. Tergugat rasa tengok gambar-gambar makanan ni. Rajin betul akak.
    Yang quiche tu lebih kurang macam kuih cara berlauk. Dah lama tak makan.

    lakiterok.com

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.