Burung Hud-Hud – Usahawan Cilik – Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil

By Sunday, January 28, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Alhamdulillah. Hanya kepada ALLAH S.W.T saya melahirkan rasa kesyukuran setelah seminggu disibukkan dengan kerja-kerja membuat produk untuk dijual di LiyLin Studio sempena Jualan Amal bagi Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil yang akan mengerjakan umrah pada bulan Mac ini.

Persamaan tajuk di atas adalah dari segi SAIZ FIZIKAL dan JIHAD yang dilakukan.
Dalam surah An-Naml, terdapat cerita tentang Nabi Sulaiman dan burung Hud-Hud. Hud-Hud adalah burung yang sangat kecil, namun sangat besar peranannya disisi kerajaan Nabi Sulaiman.

Begitu juga dengan anak-anak ini yang juga usianya masih kecil. Bukan saiz sahaja kecil, tapi produk yang akan mereka jual pun kecil-kecil juga. 😃 Peranan mereka juga penting disisi Organisasi Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil . 

Semalam telah diadakan Hari Karnival Jom Sihat Kinrara anjuran Liylin Studio dan Optoman. Mereka juga berkolaborasi dengan Klinik Nadi Iman, Akademi Alfan dan Taekwondo Kinrara. Ada plebagai aktiviti menarik diadakan termasuklah check mata dan kesihatan secara percuma.

Setelah berbincang, kami juga setuju untuk meletakkan harga barangan yang bakal dijual nanti bermula dengan harga serendah RM0.50 – RM4.00. Yer! memang kecil nilai luarannya jika dibandingkan dengan kos harga seorang Jemaah dari Pertubuhan Kebangsaan Orang kerdil ini untuk mengerjakan umrah.

RM0.50 vs RM6280.00
 
Apa yang berkali-kali saya pesan pada anak-anak adalah tidak memandang kepada nilai duit tersebut. Bantulah mengikut keupayaan kita kerana ALLAH S.W.T memandang kepada usaha dan kesungguhan kita untuk meringankan beban orang lain.

Dalam surah Al-Zalzalah 

Ayat ke -7 :  

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya

Semoga ayat ini menjadi motivasi untuk kita semua dalam berjuang melakukan ibadah. Kisah burung hud-hud juga mengajar kita agar tidak memperkecilkan orang lain walau sekecil mana pun peranan yang beliau ada. Belajar lah hidup untuk saling menghargai antara satu sama lain.

Thanks so much as well to all my friends yang bagi sokongan pada kami. Ada yang dah reseved ais krim, tissue pouch dan bookmarks awal-awal lagi. Terharu sangat rasa. Semoga ALLAH S.W.T murahkan rezeki kita semua. 


Untuk anak-anak ini sudah tentulah banyak yang mereka pelajari. Seminggu sebelum jualan amal ini berlangsung, kami dah brainstorming nak jual apa.

Walaupun saya ni bukanlan ada jual produk ape pun. Cuma part macam planning tuh InshaALLAH bolehlah nak ajar derang sket-sket. Harituh, masa dengar ceramah sorang Ustazah ni di Radio IKIM.fm. Beliau ada menyatakan bahawa planning is very important to all of us. Regardless who we are.

Tak kisahlah samada yang kerja office ke, guru ke, doktor ke, student dan sampailah ke surirumah dan pak guard. Merancang dalam kehidupan sangat penting. If you are fail to plan , you are plan to fail!

Semasa menjual juga, mereka belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Greet customer, say thanks. Tanya nak plastik ke tidak. Penekanan akhlak dan adab juga sama dititik beratkan. Senyum sentiasa walaupun customer tuh jeling ajer produk kita. Takpun, die belek2 tapi ended up tak beli.

Itukan rezeki dari ALLAH namanya. Kena lah redha pada ketentuannya. Sifat sabar juga dapat dipupuk bila ada masanya mereka mula berasa boring sebab takde orang datang beli. Hehehe..nasiblah kat Liylin Studio ni banyak buku cerita yang best-best. Sambil-sambil tuh boleh la derang mengisi masa terluang dengan benda yang berfaedah.


Belajar matematik. Ini sah-sahlah kena apply kalau berniaga kan. Amik ko! siap keluar jari lagi nak kira. HAHAH! Bila ada customer bagi RM50 bukan main seronok lagi derang. Tak tau la apasal. Lepas tuh yang kelakar, ended up customer tolong kirakan baki. 😂

Pastinya anak-anak semalam seronok bila pertama kali dapat berjual beli. Hands-on experience is the best teacher in life! Pembelajaran tak semestinaya perlu berlaku di dalam bangunan sekolah. Their life is not only focusing about how many A(s) that they should score. But it beyond that...

Let them happy by enjoying their childhood moment.

Last but not least. Thank you so much to Liylin Studio for count us in! InshaALLAH..semoga nanti mereka benar-benar menjadi seorang Usahawan yang kaya jiwanya.

 That's All and Thank you for reading!




You Might Also Like

2 comments

  1. bdk2 mana yg tak suke dpt berjual2, tak kisahla utk amal atau utk untung sndiri....
    sbb dulu2 masa kecik2 pun akak suke kalau ada miinggu usahawan ke apa sbb ada jual2 brg.... seronk bila barang jualan abis n dpt untung

    ReplyDelete
  2. Kalau kita memandang sesuatu itu dengan penuh hikmah maka banyaklah hikmah yang boleh kita dapat....Mata kasar melihat mungkin sekadar jualan amal, tapi sebenarnya disetiap aktiviti yg berjalan penuh dengan pelbagai pendidikan dan nilai murni kpd anak anak...

    Tahniah Nanny....

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.