Jom Menangi Hadiah Menarik Di Traveloka Fly & Win CNY 2018 Contest!
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Pengalaman dapat berjalan ke luar negara adalah sesuatu yang mungkin tidak mampu kita lupakan. Banyak sebenarnya kebaikan yang kita perolehi apabila berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri keindahan dan keunikan sesebuah negara dan masyarakat di suatu tempat tersebut.
Untuk pergi melancong kita bukan sahaja perlukan perancangan dari segi kewangan malahan perlu juga membuat rangka perjalanan. Barulah nanti perjalanan kita berjalan dengan lancar. Contohnya, jika kita ingin melancong ke luar negara perlulah fikirkan tentang insurans perjalanan. Jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku, tidaklah kita buntu dan rasa rugi.
Sekarang ini kebanyakannya harga tambang dan tempat tinggal jika ingin pergi ke luar negara agak menelan jumlah kos yang tinggi. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi kita yang agak tidak stabil. Namun begitu, ianya bukanlah halangan besar dan faktor utama yang menghalang kita daripada ingin melancong.
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan. Seperti contoh, menabunglah dari awal. Maksud saya jika kita ada perancangan untuk melancong pada akhir tahun nanti. Bolehlah jika kita mula menyimpan dari sekarang.
Ketepikan siap-siap sejumlah wang yang kita perolehi dari gaji bulanan. Selain itu, rajin-rajin semak tiket secara dalam talian. Sekarang kan dah ada pelbagai laman sesawang yang menyediakan tiket kapal terbang dan tempat tinggal dengan harga yang berpatutan.
Jika tidak mampu untuk ke luar negara, memadailah melancong di dalam negeri sahaja. Sekarang ini, sudah ada banyak tempat-tempat menarik di negara Malaysia untuk kita lawati. Pilih sahaja tema percutian yang bagaimana anda impikan.
Kalau nak tahu lebih lanjut, anda juga boleh tunggu beberapa event yang besar seperti MATTA FAIR ataupun MITTA FAIR yang dianjurkan sekali sahaja dalam setahun di Malaysia. Banyak juga pilihan destinasi menarik yang disediakan dengan harga yang sangat berpatutan.
terbang dan tempat tinggal nanti.
Bukan selalu tau peluang keemasan ini datang. Ntah-ntah sekali ajer seumur hidup kan?
Jika anda mengimpikan percutian secara PERCUMA ke luar negara. Iaitu ke Seoul, Phuket dan Langkawi maka saya menyarankan agar anda cuba memasuki peraduan yang dianjurkan oleh Traveloka Malaysia.
Kalau ada sesiapa yang masih belum mengetahui tentang Traveloka. Ianya merupakan salah satu servis terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih dari 100,000 destinasi pelancongan dan 100,000 penerbangan ke destinasi yang anda idam-idamkan.
Kenapa Traveloka membuat peraduan Fly & Win Chinese New Year?
Ini adalah bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma pada bulan Februari nanti. Pihak mereka dengan berbesar hati akan mengadakan peraduan kepada mereka yang berminat untuk mencuba.
Peraduan yang berlangsung dari 22hb Januari sehingga 28hb Januari 2018 terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Kalau nak tahu, hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah agak lumayan juga. Best kan?
Sesiapa yang berminat untuk sertai peraduan CNY 2018 CONTEST ni boleh lah pergi ke website Traveloka di sini :
Bila click kat situ jangan lupa baca dahulu terms and conditions yang dinyatakan. Ada beberapa syarat yang korang perlu ikut. Antaranya, perlu ada akaun FB sendiri dan jangan lupa untuk like FB page Traveloka.
Peraduan ini sebenarnya sangat fun dan enjoy kerana berkonsepkan mini game. Tak perlu nak fikir cari idea sangat sebab konsepnya hanya bermain game! Wahh..ini memang seronok. Saya pun cuba berkali-kali tau. Kalau korang tak berapa nak pandai main, mintalah tolong anak-anak untuk cuba buat yer. Mana tahu tercapai markah yang paling tinggi. Hehehe...
Caranya sangat mudah.Selepas klik dekat link yang saya bagi tuh ikut sahaja arahannya. Kena tap dan gerakkan mouse pada kapal terbang tersebut. Kapal terbang tu kena elak bangunan, awan, layang-layang dan halangan yang lain. Kecuali kalau nampak icon duit tuh terus ajer cepat-cepat sambar tau. Dapat berganda-ganda markahnya. Kalau tak puas hati dengan markah yang korang dapat tuh. Jangan malu dan segan untuk main semula. Boleh klik pada icon ‘replay'
Paling best bila main game ni adalah. Korang boleh cuba main berkali-kali. Tetapi, maksimum markah yang boleh dikongsi dalam sehari hanyalah sebanyak 5 kali sahaja. Jadi, korang kenalah rajin main hari-hari yer. Kot-kot ade rezeki nak menang pergi ke Seoul, Phuket, Langkawi ataupun dapat juga voucher RM1000. Untungkan ?
Pada pendapat saya, bukan senang nak ada contest yang macam ni. Selama ini contest yang pernah saya masuk adalah menulis review, mencipta slogan ataupun berkongsi gambar-gambar menarik. Kiranya yang ini agak lain dari yang lain lah senang cerita nya.
Seterusnya lepas puas hati dengan markah yang korang dapat tuh. Jangan lupa untuk kongsikan hasil keputusan permainan game tuh di FB. Untuk pengetahuan semua, pemenang akan dipilih secara rawak.
Peraduan ini merupakan anjuran sepenuhnya dari TRAVELOKA. Jadi janganlah buang masa yer. Cepat-cepat klik dekat link yang saya kongsikan di atas yer. Memandangankan peraduan Fly & Win CNY 2018 ini hanya berlangsung selama empat hari sahaja.
Apakata korang cepat-cepat mencuba. Mana tahu, ada rezeki dapatlah jalan-jalan ke Seoul, Phuket atau Langkawi.
Selamat Mencuba dan Semoga meraih kemenangan!
That's All and Thank you for reading
6 comments
wow semoga dapatler yer...
ReplyDeleteWah menarikkk, lama tak tgk blog nany..
ReplyDeletewah best juga ni... semoga berjaya
ReplyDeleteKadang kadang Nany bila kita masih ada org tua, susah nak plan cuti. Kalau bercuti dlm negara masih boleh dipertimbangkan lagi...
ReplyDeleteTulah tu .... bila mengenangkan duit , terus tak de mood nak bercuti hihi
contest paling best. good luck !
ReplyDeleteNani nak join jugak nanti sebab hadiah lumayan sangat 😍
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.