Emak saya penulis skrip

By Wednesday, February 07, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Tak sangka sangat mak yang kini usianya hampir mencecah 68 tahun masih lagi menyimpan rekod penulisan skrip karyanya. Dulu masa kecik, saya tak kisah sangat pun benda macam ni. Mungkin sibuk dengan dunia sendiri. Tapi sekarang, saya rasa helaian kertas yang usang ini sangat lah berharga.

Mak saya dahulu merupakan seorang penulis skrip di radio RTM. Radio dulu pun bukan yang macam sekarang. Bentuknya empat segi tempat. Ada tempat letak kaset di hadapan serta ada tempat pemegang. Lebih kurang seperti gambar di bawah ni.
Sumber dari Google Image
Semuanya mak cuba rekodkan di kertas tu. Termasuk lah tarikh, tajuk, rancangan apa dan berapa RM bayaran yang dia dapat. Alaa...macam blogger lah jugakan? lepas dapat review or tulis artikel ke dapatlah bayaran.

Sebetulnya, mak bukanlah suri rumah yang duduk diam di rumah. Basuh kain dulupun dengan tangan saja. Waktu tu kami cuma mungkin 2-3 beradik sebab last update tuh tahun 1984. Saya, abang dan adik saya yang no. 3 tuh dah lahir.

Mak sebenarnya seorang yang bercita-cita tinggi dan sukakan ilmu. Tapi atas faktor kesempitan ekonomi, jadi mak belajar halfway sahaja. Tak pasti sempat masuk atau tidak ke sekolah menengah. Tak dapat nak imagine ketika mak mencari 'me time' nya dengan memerah otak untuk menulis skrip-skrip berhelai-helai dengan hanya menggunakan type writer. Oh! lupa nak cerita..kami adik beradik suka sangat main tekan-tekan type writer mak tuh. Selalu jer kena marah. Best kot dapat tekan sambil-sambil acah pro! HAHAH!

"Me time" mak2 full housewife sekarang ko jangan main-mainlah yer. Pergi zumba la, hang out kat kedai kopi ngan kawan lah, pergi kelas agama, kelas mengaji, kelas menjahit dan macam-macam kelas lagi. Haaa~~ okeylah tuh kan sepadan dengan peredaran zaman.

Agaknya, kalau mak buat test STiffin, mesti MK Intuition dan darah B. Sama macam anak die yang tengah menaip ni lah. Seingat saya lagi, masa kami adik beradik di sekolah rendah. Mak banyak bantu kami menulis surat untuk sepupu saya yang waktu itu tinggal di Ipoh. Kak Liza namanya. Kebetulan, Kak Liza juga seorang kakak saudara yang sangat rajin membalas surat-surat kami.

Rasa seronoknya bila balik dari sekolah check peti surat yang materialnya dari kayu sahaja waktu itu dan ada surat untuk kami. Secara tak langsung, mak menjadi guru pertama bahasa melayu kami adik beradik. Alhamdulillah..saya memang takde masalah untuk buat karangan masa sekolah dulu. So far so good. Tapi bab calculation memang agak kureng di situ. Hahaha! walaupun mak dan ayah ada kedai runcit. Selalu ajer layan customer and paling tak suka kalau derang beli barang yang harganya cuma RM3.65 dan dia bagi RM50 kat saya!

Yang masih jelas di fikiran saya adalah cara mak mengajar saya menulis surat. Sambil mak duduk di sebelah dan saya meniarap pegang pensel dan pemadam. Di atas tangan saya ada sehelai kertas. Mak akan cakap satu persatu apa yang saya perlu tulis. Dari mukadimah, isi penting dan penutup. Tanda tangan jer saya syok sendiri reka buat.

Lepas tuh, saya suka beli Dewan Pelajar dan pernah masuk beberapa peraduan dalam tuh. Pernah juga la sekali kot tersangkut menang perdauan mewarna kat dalam tuh. Rasenye lepas berkali-kali cuba hantar. Warna pun masa tuh takde nyer ada toning or gradation teknik. Main belasah ajer asalkan kemas. Oil pastel? apa tuh?

Bila dah pernah menang tuh, glemer la jap sebab ada nama dan alamat kat dalam majalah tuh. Maka berkoyan-koyan lah surat dari peminat i yang nak berkenalan. Yang jauh dari Sabah and Sarawak pun ada okeyyy! Serius seronok sangat. Rase macam dihargai lah waktu tuh. Tapi saya tak balas pun semua, busy main pondok-pondok and kayuh basikal ngan kawan. Rase pelik memula, apa motif derang bagi surat kat aku ni?

Kesimpulannya, mak / ayah kita adalah guru pertama kita di rumah. Mereka sebenarnya tanpa kita sedari (especially masa kita budak hingusan lagi kan) banyak mengajar kita erti kehidupan. Macam saya, bila tengok balik kertas yang mak tulis tuh. Macam-macam yang saya rasa.

Bagaimana seorang perempuan yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak kecil masih mahu melakukan seuatu yang dia minati.

Tiada halangan untuk seseorang itu berjaya. Walaupun pada mata kita sekarang nilai wang yang mak saya dapat tuh sebenarnya takdelah seberapa. Tapi saya yakin, mak sangat happy pada waktu itu. Usahanya yang berhempas pulas mencuri masa untuk menyiapkan skrip-skrip drama akhirnya berbayar setiap kali dia mendapat bayaran.

Terima kasih mak atas segala jasa dan pengorbanan mak. Sampai sekarang, rajin melayan cucu-cucunya.  Bukan itu sahaja, mak pernah buat lirik nasyid juga sebab cikgu sekolah kat kampung yg minta mak tolong buat dan train sekali. Alhamdulillah..segala yang datang itu daripada ALLAH S.W.T.
Mak sewaktu mengacarakan majlis marhaban Ammar , cucu yang ke-9 di kampung pada bulan November, tahun lepas
Al-fatihah buat mak dan ayah kita semua. Mahupun yang masih ada ataupun tiada.

That's all and thank you for reading!


You Might Also Like

4 comments

  1. tersentuh hati baca entri nih, ye lah mak ayah kitalah guru kita yang pertamakan. macam2 yang mereka ajar pada kita sebenranya

    ReplyDelete
  2. Semua mak memang hebat! Mereka boleh buat macam2 kerja seolah-olah takde rasa penat. Memang superwoman! Pahala berlipat2 untuk mak2 nih. :')

    Mak2 tu termasuklah jugak akak. Hehe *thumbs up*

    ReplyDelete
  3. Kalau dah minat dalam lakukan sesuatu itu, mesti ada je ruang kita cari untuk lakukannya.

    ReplyDelete
  4. Luv this story very much. Teringat masa mak kau latih bdk sekolah rendah bercerita masa aku gi umah kau duly. Sgt berdedikasi.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.