Apabila Hannah dilantik menjadi pengawas percubaan sekolah.

By Thursday, November 08, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Saya pasti anak-anak yang dilahirkan mempunyai  minat, kecendurungan dan personaliti yang berbeza-beza. Walaupun semuanya dibesarkan dengan cara yang sama.

Cabaran untuk ibu -bapa juga dalam membesarkan anak-anak juga berlainan. Cabaran ketika baby lain, dah jadi toddler lain, masuk umur yang kindergarten pun lain, masuk sekolah rendah lain, masuk remaja lain dah dewasa pun agaknya nanti lain.

Baru-baru ini, saya mendapat tahu dari seorang classmate Hannah yang Hannah dilantik menjadi pengawas percubaan sekolah.

Memandangkan minggu ini, saya sengaja memontengkan Hannah disebabkan buku teks sudah dipulangkan dan tiada pembelajaran yang dijalankan. Jadi, saya fikir lebih baik Hannah membantu saya membuat kerja-kerja di rumah sahaja.

Jadi, Hannah pun tak tahu la sebenarnya yang dia ada interview untuk jadi pengawas tuh.

Sejurus saya dapat tahu dari kawan Hannah melalui whatsApp yang Hannah akan ada interview tuh, of course lah saya happy kan!

Sorry korang. Bukan nak show off ke ape..tapi as a mom saya terharu atas lantikan yang dibuat. Yerla, Hannah kan baru jer kat sekolah tuh dan rasa nya dalam 4 bulan lebih jer dia kat sana.

Tup..tup..nama dia naik sebagai calon pengawas. Saya harap dia happy dan rasa dihargai memandangan dia mempunyai personaliti "T". Sepatutnya dia bangga dengan jawatan yang dia dapat.

Tapikan.....

Hannah tak suka!

Bukan tak suka. Saya rasa dia benci kot.

Menangis meraung tak nak!

Aduhhhh Hannah.

Saya jadi macam panik sekejap. Sebab reaksinya agak ekstrem pada saya. Waktu itu, husband pergi outstation. Saya jadi blur and buntu jap tak tau nak buat ape. Lastly, saya suruh dia tidur dulu sebab dah malam.

Sebelum tidur malam tuh, saya sendiri agak pelik dan susah hati apabila melihat Hannah menangis teruk sebegitu rupa.

Susah sangat ke jadi pengawas sekolah?


Teruk sangat ke?


Hari tuh, saya ada berborak dengan dia. Isunya sebab pengawas lah. Dia bagitau saya, pengawas kat sekolah kena marah sebab budak lain yang buat salah.

Lepas tuh, ada masa Hannah cakap pengawas sendiri akan merungut bila cikgu-cikgu suruh stay sekejap selepas habis perhimpunan.

Saya tanya lagi esoknya betul-betul.

Kenapa Hannah tak nak jadi pengawas?

Then, dia jawab. Kena baca ikrar kat depan semua murid dan cikgu. Lepas tuh, dia takut kalau salah baca. Nanti kalau salah baca semua orang gelakkan.

Dia rasa malu sangat. Pada dia ditertawakan adalah sesuatu perkara yang SANGAT MEMALUKAN dan BIG NO to her.

Kesian dia.

I wish I can help to become resilient and brave girl.

Saya mula-mula tak dapat nak terima alasan itu yang dia tak nak jadi pengawas. Sebab saya bukan yang macam tuh. Saya takde masalah sangat nak ke hadapan. Of course akan ada perasaan takut dan nervous tu kan. But I still can manage it well.

Mungkin Hannah masih baru dengan SK dan ambil masa untuk adjustkan diri. Kawan-kawan tak berapa nak ada lagi. Dok masih teringat kawan-kawan di sekolah lama.

Saya juga beritahu pada dia supaya esok iaitu hari ni just bagitahu jer la cikgu yang Hannah tak nak jadi pengawas.

Maka guru yang saya hubungi itu pun menyarankan agar saya membuat surat rasmi kepada guru hal ehwal murid dan memaklumkan bahawa Hannah masih belum bersedia untuk menjadi pengawas.


Dalam mendidik dan membimbing anak-anak saya takut tersalah pilih jalan. Saya cuma menghormati keputusan Hannah. Mungkin kita sebagai ibu-bapa sentiasa mahu yang terbaik buat anak-anak.

Tapi tahukah atau sedarkah kita bahawa yang selalu kita fikirkan itu terbaik buat anak-anak belum pasti terbaik untuk mereka.

Maafkan mama Hannah jika apa sahaja keputusan yang mama buat tidak dapat menggembirakan Hannah. Kerana hidup kita ini bukan hanya ada pelangi sepanjang masa.

Ada waktu dan tika, pasti ribut petir dan hujan lebat datang menjengah. Waktu itu, kita diuji oleh ALLAH S.W.T. Sejauh mana kekuatan dalaman dan iman kita ketika menghadapi ujian dari NYA. Sejauh mana kita mampu menjadi hambanya yang bersyukur dalam setiap masa dan waktu.

Sudah empat bulan lebih Hannah bersekolah di SK dan sehingga sekarang dia masih dalam proses menyesuaikan diri.

Apa yang saya dapat pelajari dari peristiwa penolakan jawatan lantikan pengawas percubaan ini adalah :

1) Jangan memaksa orang untuk melakukan sesuatu yang dia tidak suka.

2) Belajar untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh orang lain. Walaupun keputusan itu dibuat oleh anak kau sendiri. Yer~ agak susah nak buat tapi demi kegembiraan anak sendiri jadi berkorbanlah sedikit perasaan kau sebagai mak-mak tuh.

3) Every child is unique and different. Begitulah dengan anak-anak kita. Jangan dibezakan dengan orang lain dan diri kau sendiri. Tak bagus dan tidak menyihatkan.

4) Fokus kepada apa kekuatan yang dia ada. Sokong minat nya. Contohnya, Hannah suka belajar bahasa dan melukis. Jom tengok lukisan dia yang dia gunakan perisian paint di laptop ini.

Ceria kan?
5) Selalu berdoa untuk anak-anak. Tak kira masa dan waktu - masa termenung, masa masak, dalam jam tengah driving, nak tidur. Anytime and anywhere!

InshaALLAH, nanti saya akan kongsikan pengalaman Hannah di SK vs Swasta. Pun begitu, saya ingin mengingatkan bahawa pengalaman yang akan dikogsikan nanti tidak akan sama dengan orang lain. Mungkin ianya boleh dijadikan iktibar buat ibu bapa di luar sana yang sedang memilih corak pendidikan / suasana buat anak-anak mereka.

That's All and Thank You for reading!

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah Hannah sebab terpilih jadi pengawas.. dan tahniah juga sis sebab menghormati keputusan anak sis.. Sha sokong sangat cara sis ini.. menyokong anak dengan cara sebegini lebih bagus sebenarnya.. Kita menerima suka dan tidak suka anak kita dan berbincang dengan anak..

    ReplyDelete
  2. Mesti cikgu tengok Hannah ni seorang yg berkaliber kan...sebab tulah terpilih. Apa pun sebagai ibu bapa kena jugaklah ikut kecenderungan anak anak sebab dia yg nak kena hadap....

    Kalau kita paksa dia tak nak pun tak guna jugak

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.