Resepi Pemanis Mulut Pumpkin Bua Loy Yang Sedap Dan Comel :)

By Thursday, November 15, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Siapa kat sini pernah makan pumpkin bua loy? Kalau tanya saya, memang bukan pertama kali saja makan tapi pertama kali juga mendengar dan melihat kuih ini dibuat.

Saya agak teruja apabila melihat bentuk kuih bua loy ini yang menyerupai buah labu tapi bersaiz buah melaka ( onde-onde ).


Rasanya kenyal dan seakan-seakan juga seperti kuih badak berendam apabila ianya dimakan bersama kuah santan yang lemak manis disukai ramai.

Bezanya, tiada sebarang inti di dalam kuih bua loy ini. Untuk membuat kuih bua loy, kita perlukan buah labu dan tepung pulut sebagai watak utama. Mungkin boleh juga digantikan dengan keledek juga. Itu saya punya firasat lah kan. Kalau nak tahu kena cuba lah dulu ataupun tanya saja tuan empunya badan resepi pumpkin bua loy ini.

Proses membuatnya memakan masa sedikit kerana perlu melalui beberapa 'proses' tertentu. Actually, kalau nak skip pun boleh tapi hasilnya tidaklah sebegitu menarik.

Kalau ada pembantu di rumah bolehlah ajak tolong menggentel bua loy ni sekali. Dapat jimatkan masa. Kebetulan Hannah ada di rumah di sebelah petang dan dia juga sukakan aktiviti yang macam ni.

Sebab ada kaitan dengan aktiviti membuat bentuk 3D. Gitu kan? memang leka lah dia membantu.

Kuih sebegini pada sayalah kan, mampu membuatkan orang ramai akan terus memandang dan secara automatik, tetiba jer tangan tuh cari senduk nak mencedok pumpkin bua loy ni.

Ahaks!

Bahan-bahannya tidaklah susah untuk dicari. Kalau tak percaya, jom kita semak bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pumpkin bua loy ini.

Resepi Pumpkin Bua Loy Adikfoods
 
Bahan-Bahan :

- Separuh biji buah labu
- 4 cawan tepung pulut
- Secubit garam halus
- Pewarna hijau untuk membuat tangkai

Bahan- bahan untuk kuah :

- 2 cawan air
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula ( boleh kurangkan jika tak mahu manis )
- Daun pandan
- Sagu

Cara-cara :


- Potong buah labu tadi mengikut saiz yang sesuai untuk dikukus. Ikutlah kalau nak potong bentuk camane pun. Nak cepat boleh jer rebus or potong saiz kecil. Kemudian, kukus dalam periuk sehingga buah labu tadi menjadi lembut.

- Lenyek buah labu tersebut sehingga hancur ( saya guna tapak gelas plastik jer )  dan campurkan dengan 4 cawan tepung pulut. Uli sehingga adunan tidak melekat di jari jemari mu yang halus mulus itu yer!

- Ha..bila dah siap uli...korang boleh buat bentuk bulat sebesar biji guli. Owh yer! jangan lupa ambil sesudu untuk diwarnakan dengan pewarna hijau.Sebab nanti, nak buat tangkai bua loy ni. Part ni, Hannah memang suka. Korang pun boleh cuba buat dengan anak masing-masing.

- Lepas siap buat bentuk bulat. Korang gunakan lidi penyucuk sate, kalau tade lidi yang untuk pencungkil gigi tuh pun boleh. Kemudian, buatkan bentuk seperti buah labu. Macam dalam gambar kat bawah ni ha..

- Buatkan lubang di bahagian atas bua loy untuk kita masukkan tangkai tuh.
Hannah cakap.. "mama, kita nak buat Halloween Treat ke ni?" Sabor jerlah anak.
Hannah diberi tugasan untuk membuat tangkai. Biasalah, saiz ada macam-macam yer. Hehe..tapi, kami sukakan rupanya yang sebegini. Cantik dan menarik!

Tips lain masa nak buat bentuk bulat or tangkai ni sapu sedikit minyak pada jari supaya adunan tidak melekat di jari.

Sementara siap semuanya dibentuk. Bolehlah panaskan air di dalam periuk yang besar. Apabila air di periuk sudahpun mendidih, masukkan satu persatu bua loy ni. Pelan-pelan yer ..kang takut terpecik pula air panas pada tangan / muka. Ingat! safety first.

Nak tau bua loy dah masak atau pun tidak. Tunggu sehingga mereka timbul secara berjemaah. Jangan angkat terus, kalau boleh biar dulu dalam 2-3 minit.

Sediakan air sejuk dan angkat bua loy dengan menggunakan penapis dan masukkan ke dalam air sejuk tu. Saya letak ais dalam air tuh sebab nak bagi sejuk.


Sekarang boleh masak kuah bua loy pula

Masukkan 2 cawan air, 1 cawan gula , 2 cawan santan dan daun pandan. Masak sehingga kuah mendidih dan gula sudah larut.

Selepas itu, masukkan sagu ke dalam kuah santan tersebut. Masak sagu sehingga kembang. Kemudian, masukkan bua loy tadi ke dalam kuah santan yang sedang dimasak.

Kacau-kacau sebentar dan bila dah ready,bolehlah hidangkan bua loy sebagai minum petang.

Tutorial video dari empunya resepi yang sudi berkongsi di IG beliau. Thanks again adikfoods!



View this post on Instagram

Adik’s Pumpkin Bua Loy. Ini Thai dessert, macam bubur biji nangka cuma ia gunakan labu dicampur tepung pulut. Saya ternampak resepi ini di IG feed, tertarik dengan kecomelannya dan saya juga penggemar labu (sebab banyak kenangan dengan arwah mak), apalagi terus beli labu dan taraaaaaaaa…. 👏🏻👏🏻dah siap. Rasanya mestilah 👍sedap,kenyal, lemak manis bersantan. Sesiapa nak cuba, boleh ikut resepi yang saya tulis di bawah: Lagu latar kredit kepada : Cinta Bersulam oleh Junainah M Amin *️⃣Bahan - bahan Bua Loy 2 cawan labu lenyek- Kukus dan lenyekkan 4 cawan tepung pulut (Glutinous Rice Flour) Sedikit garam Pewarna oren (saya tak guna, suka warna asli) Pewarna hijau - untuk tangkai Bua Loy *️⃣Bahan - bahan Kuah 1 cawan gula (guna ¾ untuk kurang manis) 2 cawan air 2 cawan santan pekat (500 ml santan kotak) Daun pandan 1 sudu kecil garam Adabi @adabi_consumer Sagu - rebus berasingan ▪️Masa nak hidang baru masukkan sagu yang telah dimasak. Ini untuk mengelakkan kuah jadi kental pekat. @syedded #majalahrasa #adikfoods #adikfoodsrecipe #pumpkin #dessert #terlajaklaris #terlajaksedap #resepi #recipe #easy #sedap #yummy #homemade #homecooking #sweet #halloween #foodie #foodiesofinstagram #instafood #instavideo #malaysia #indonesia #thaifood #asianfood #traditionalfood #kongsiresepi #sayamasak #berbagiresep #foodoftheday #thaidessert
A post shared by Adik & Foods (@adikfoods) on


Selamat mencuba semua!




You Might Also Like

5 comments

  1. tk pernh dgr Pumpkin Bua Loy ..nmpk sedap tu..lemak2

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Rajinnya.. Geram nengok bubur nie.. tapi nak buatnya tu tak berapa nak rajin.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. sedappnya nany..tapi irda z
    xserajin nany...wuaaa

    ReplyDelete
  4. Ini orang rajin je yg akan buat Nany...Yg pemalas mcm hakak kalau buat pun main buat bulat jerlah hahaha....Sedapnya lahai tengok.
    Hakak suka jugak makan abu....biasanya labu tu buat pengat tanpa sempat diapa apakanlah....hihi

    ReplyDelete
  5. comel je, akak pun suka labu, eh rasa macam nak cuba je nih

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.