Resepi Kek Oren Sangat Sedap Tanpa Jus Sunquick Dan Pewarna

By Tuesday, August 18, 2020 , ,

 Assalammualaikum 

Hari Sabtu yang lalu, saya ke AEON Jusco Equine untuk berjumpa seorang sahabat dan juga mencari 'lanyard' anak-anak. Maka tempat yang paling sesuai adalah di kedai buku POPULAR. Seperti biasa, niat nak mencari 'lanyard' anak-anak tersasar kepada tujuan yang lain. Ketika masuk melangkah ke dalam kedai tersebut mata saya terlihat susunan buku-buku masakan di bahagian hadapan.

Waaaahhh~~~ ada sticker "Must Buy" pula tu. Memang jiwa kacau sungguh ni. Saya terus ambil satu buku masakan yang bertajuk 101 Resepi Kek Mudah hasil karya Chef Zubaidah Che' Pa. Jujurnya, pertama kali saya mendengar nama beliau. Lantas saya pun mebelek-belek isi kandungan dan helaian demi helaian saya sebak. Tekun sebentar membaca resepi termasuk bahan-bahan yang diperlukan. 

Resepi kek di dalam buku tersebut sangat mudah dan bahan-bahan nya bukan yang 'pelik'. Ada resepi yang perlu saya minta bantuan Mr. Google untuk melihat apakah barang atau bahan tersebut. Lebih memberi  'tekanan emosi' apabila bahan 'pelik' tersebut perlu dicari di kedai supermarket yang 'High-End' seperti Jaya Grocer dan Village Grocer. Setakat Giant, Speedmart dan kedai runcit MKI jangan mimpi lah nak bertemu jodoh dengan barang-barang itu. Mula lah kata nanti dulu...tak cukup bahan. Akhirnya, buku resepi dipandang sepi dan berhabuk di rak buku.

Lagi satu saya suka resepi beliau adalah kerana disertakan sekali dengan saiz loyang yang diperlukan untuk membakar sesuatu kek itu. Ianya bergantung kepada kuantiti bahan-bahan yang digunakan seperti - mentega, tepung, telur dan gula. Saiz loyang yang sesuai adalah agak penting juga kerana ianya akan menghasilkan rupa luaran fizikal kek yang cantik. 

Buku 101 Resepi Kek Mudah

Sesuai dengan nama tajuk buku ini memang mudah pada segala-galanya - bahan-bahan dan langkah penghasilan kek tersebut.

Untuk permulaan bagi saya membuktikan bahawa samada kek yag dibuat 'pasti jadi' ataupun tidak, saya dan anak-anak telah mecuba membuat kek oren Mixpeel. Hasilnya? Alhamdulillah..sedap menjadi.

Tekstur kek ini sperti kek span yang sangat lah lembut dan tidak kering. Cuma apabila saya meletakkan inti oren yang saya ambil dari buah oren Sunkist menyebabkan ada rasa pedu dan pahit sedikit. Tetapi tidaklah teruk sangat rasanya. Masih sedap dan tidak sampai sehari, kek tersebut sudah tinggal separuh dimakan anak-anak. 

Rupa kek oren dari pandangan atas. Warna kek agak keperangan kerana saya menggunakan suhu 170degree dan selamat 40 minit. Maafkan saya Chef! Derhaka resepi.😆
Masa ini kek masih suam-suam lagi, nasib baik tak berderai apabila ditelangkup dan diterbalikkan 😅
Hirisan oren segar dari buah oren Sunkist

Pandang lah dan Lihat lah kegebuan saya 😂

Masing-masing muka gembira. Terima kasih sebab tolong mama buat kek oren ini.

Oklah, saya kongsikan resepi Kek Oren Mixpeel ini ya. Terima kasih Chef Zubaidah kerana menghasilkan resepi yang sedap dan berkongsi dengan kami semua.

Bahan-Bahan A :

3 biji telur

20g ovalet

100g gula kastor ( saya kurangkan menjadi 70g. Tetapi pada masa hadapan, saya akan jadikan 80g sebab nak lawan rasa pahit-pahit dari inti oren itu )

150g tepung naik sendiri

2 sudu besar jus oren ( Perahkan jus separuh buah oren  Sunkist )

1 sudu besar inti oren

Sedikit parutan kulit oren ( jangan parut sehingga yang kulit warna putih itu kerana rasanya yang pahit )

Ini sebenarnya rupa Orange Mixpeel. Kalau tak letak pun sedap juga!


Bahan - Bahan B :

140g mentega

50g susu pekat manis

Cara-cara :

1) Campurkan semua Bahan-bahan A dan pukul pekat.

2) Di dalam bekas asing, pukul Bahan-bahn B.

3) Kemudian, masukkan ke dalam Bahan-bahan A tadi sedikit demi sedikit dengan spatula.

4) Tuangkan ke dala acuan 8' dan taburkan oren mixpeel ( saya tabur isi buah oren yang saya perah )

5) Bakar degan suhu 150 degree C selama 35 minit. ( bergantung kepada oven masing-masing. Saya guna 165 - 170 degree C )

Bagi sesiapa yang berhajat untuk memiliki buku ini boleh lah cuba lihat dan periksa laman sesawang POPULAR di bawah. Saya sertakan link terus ya. 

Buku 101 Resepi Kek Mudah Pasti Jadi Chef Zubaidah Chef Pa'

Terima kasih semua. Cuba tau! InshaALLAH...pasti menjadi. Heheheh~~~

You Might Also Like

1 comments

  1. ada parutan kulit oren tu mesti bau nya harum sangat...

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.