Braces Story Updated! Part 9

By Wednesday, September 02, 2020

 Assalammualaikum w.b.t

Hari ini saya akan bercerita semula tentang braces. Alhamdulillah..setelah lebih kurang dua tahun saya memakai braces dan setelah hampir sembilan bulan memakai skru di gusi, akhirnya dua batang skru sudah berjaya dikeluarkan tanpa sebarang drama air mata ataupun hiruk pikuk yang berlaku. HAHAHAH~ (Biasalah, saya ini memikirkan dan membayangkan yang bukan-bukan ).

Proses mahu keluarkan skru ini tidak sesakit semasa ianya dipakaikan. Doktor hanya memutarkan screwdriver beliau dalam 1 - 2minit. Cuma ada rasa sedikit kengiluan di hujung-hujung proses pengeluaran skru tersebut. Sedikit sahaja. Namun begitu, tahap kengiluan ini bergantung kepada individu masing-masing. 

Saya meminta skru-skru tersebut dari doktor untuk dibawa pulang. Senang lah nanti saya mahu ambul gambar dan seterusnya berkongsi dengan rakan-rakan di blog saya ini.

Kemungkinan skru ini kelihatan besar di dalam gambar di atas. Tetapi percayalah, ianya sangat kecil dan hujung skru tersebut agak tajam. Mungkin untuk memudahkan skru ini tembus ke dalam gusi. Bahagian atas nya ada ruang untuk menyangkut tali getah yang akan ditarik dengan getah yang juga disangkutkan pada bracket gigi.

Alhamdulillah, gigi-gigi saya pun semakin berada di landasan yang betul. Doktor akan periksa kedudukan gigi atas dan bawah. Setiap kali pemeriksaan dilakukan, itulah rutin yang dilakukan oleh doktor tersebut.

1) Periksa kedudukan gigi

2) Ganti getah yang dilekatkan pada bracket ( boleh pilih warna )

3) Melakukan scaling (  jika perlu sahaja )

Itu sahaja untuk kali ini. InshaALLAH, nanti saya akan update cerita braces saya yang lain di masa hadapan. Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga berjumpa lagi di lain waktu.


You Might Also Like

1 comments

  1. Assalamualaikum sis. 34 years old mum here. Nak tanya, sis pakai braces yg traditional atau self ligating braces? InshaAllah dlm process utk pakai braces jugak sebenarnya ni. Waiting for nxt appointment utk buat acuan. Thanks for all the infos bout braces though :)

    ReplyDelete