Braces Story Updated Part - 10

By Sunday, February 21, 2021

Sudah agak lama saya tidak berkongsi cerita tentang pemakaian braces saya di blog ini. Rutinnya tetap masih sama, penukaran getah dan 'archwire'.

Saya memakai pendakap gigi ini semenjak tahun 2018. Memang banyak perubahan yang berlaku pada kedudukan gigi. Kecuali, ada dua gigi geraham di bawah yang sedikit mempunyai masalah.

Setelah hampir tiga tahun, kedua-dua gigi geraham di bahagian bawah iaitu satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan itu tidak mahu bergerak mengikut yang sepatutnya.

Menurut pendapat doktor,  gigi-gigi tersebut mengikut gigi-gigi yang lain. Tetapi, entah kenapa lain pula ceritanya.

Dan yang lebih mengganggu adalah apabila gigi geraham bahagian atas sebelah kiri berada pada kedudukan yang menyebabkan apabila ianya bertemu dengan gigi geraham bawah ketika hendak melumatkan makanan, pergerakannya selalu menyebabkan kulit pipi pada bahagain tersebut terkena.

Akibatnya, kulit pipi tersebut terluka dan sangat tidak selesa. 

Jadi, doktor mengambil keputusan untuk memasang getah antara gigi geraham atas dan gigi geraham bawah. 

Dengan cara ini gigi geraham di bahagian atas tersebut dapat bergerak sedikit ke luar. 

Doktor memberitahu saya untuk memasang 'button' pada lelangit gigi geraham sebelah atas. Seperti biasa, soalan yang saya tanyakan adalah " Sakit tak doktor ?"

Alhamdulillah memang tidak sakit pun. Cuma , masih berdebar-debar kerana melihat doktor memegang peralatan yang saya kira ianya hanya digunakan ketika ingin membuka skru dan membuka dawai. Terbayang betapa 'susahnya' jika ingin memulas skru menggunakan playar.




Istilah getah ataupun 'elastic' dipasang antara gigi geraham atas dan bawah. Saya yang pada mulanya tidak begitu percaya bahawa pemasangan getah ini perlu diganti setiap hari dan semuanya perlu dilakukan sendiri di rumah.

Doktor sememangnya menunjukkan cara bagaimana mahu memasang getah tersebut. Selepas itu, saya disuruh untuk melakukannya sendiri. Memang terkial-kial lah juga dibuatnya. 

Hati saya terdetik " susahnya, leceh lah kena buat sendiri....mahu berejam juga nak pasang sendiri.."

Rupa keadaan getah yang telah dipasang. Sememangnya saya cuba untuk mengelak dari menguyah menggunakan gigi geraham di sebelah kiri tersebut. Rutinnya, apabila mahu memberus gigi hendaklah getah tersebut ditanggalkan dan kemudian dipasang semula. Sememangnya getah ini perlu berada begitu setiap masa.

Inilah rupanya getah-getah yang dibekalkan kepada saya. Memang banyak sebabnya perlu diganti setiap hari. Juga ada waktu nya ketika saya mengunyah makanan, getah tersebut terputus.


Alat khas ini digunakan untuk menyangkutkan getah pada bracket gigi.

Pengalaman setelah beberapa hari membuka dan memakai getah ini sebenarnya tidaklah begitu susah. Saya memerlukan sedikit kesabaran dan juga kemahiran yang akhirnya memberikan hasil yang positif. 

Mungkin ianya ibarat orang yang pertama kali cuba memakai 'contact lense' . Perasaan takut dan tidak yakin dengan diri sendiri itu akhirnya berjaya diatasi.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.