Resepi inti coklat buatan sendiri

By Saturday, February 13, 2021 ,

Setelah membuat roti sendiri beberapa kali, timbul pula idea untuk cuba perkara baharu. Selama ini, roti-roti yang saya buat hanyalah roti 'bun' kosong biasa, roti sosej, roti keju dan roti bersama 'chicken floss'.

Setelah terbaca resepi dari seorang sahabat yang berkongsi melalui blognya, saya teruja dan terinspirasi. Cara membuatnya juga tidaklah susah. Cuma perlukan sedikit kesabaran memasaknya kerana penggunaan api yang kecil dan sentiasa perlu dikacau.

Setelah dicuba, ternyata rasa inti coklat ini sangatlah sedap! sesuai sangat dimakan dengan roti 'bun' yang saya buat sendiri.

Bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat inti coklat :

250ml susu cair ( saya gunakan jenama Marigold )
180ml air pada suhu biasa
180gm gula
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
60gm serbuk koko
70gm tepung jagung

Cara-cara membuat :

Satukan dahulu susu cair, air, gula, tepung jagung dan serbuk koko di dalam periuk yang sesuai. Jangan hidupkan api dahulu kerana tepung jagung nanti akan buat bancuhan menjadi berketul. 

Jadi, perlu kacau bancuhan sekurang-kurangnya semua sebati. Kemudian, hidupkan api dapur.  Gunakan api yang perlahan sahaja. Teruskan mengacau dan memang akan ada ketulan serbuk koko bersama tepung.Nanti lama kelamaan, ianya akan hilang sekaligus membentuk bancuhan yang pekat.

Apabila bancuhan kelihatan memekat, masukkan mentega dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga mentega bersatu dengan bancuhan asal.

Matikan api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Kemudian bolehlah kita gunakan sebagai inti 'bun'. Ataupun, boleh simpan rapi ke dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk.


 



Bolehlah digunakan lagi di masa akan datang.

Selamat mencuba semua!

You Might Also Like

1 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.