Resepi Terung Masak Kicap

By Thursday, June 10, 2021 ,

Sepanjang cuti persekolahan ataupun lebih tepat cuti pdpr. Saya ambil kesempatan untuk mengajar Hannah memasak sayur. Sekaligus, dapat memperkenalkan nama-nama sayur yang selama ini hanya kedengaran di telinga dan jika tidak pasti terus mencari di internet.

Kenapa sayur bukan lauk pauk seperti ayam atau ikan?

Sebab pertama kerana ianya lebih mudah berbanding lauk pauk. Kedua, saya mahu dia belajar cara mengendalikan sayur-sayur tersebut. Termasuklah cara membasuh dan memotong sayur dengan betul. Terakhir adalah kerana, mahu biasakan memakan sayur kerana kita pun tahu,  banyak vitamin dan zat yang ada pada sayur. 

Semoga ALLAH S.W.T memberkati usaha murni ibu-bapa semua dalam menggalakkan anak-anak untuk makan makanan yang berkhasiat.

Pada saya ini juga merupakan salah satu pendidikan yang tidak diajar di sekolah. Kalau dahulu masak-memasak ini ada diajar di dalam subjek kemahiran hidup. Tetapi masa yang diajar agak terhad. Sistem pendidikan di Malaysia pada waktu itu lebih mementingkan subjek-subjek yang dianggap penting berbanding subjek kemahiran hidup. Saya memang meminati mata pelajaran ini. Selain memasak, ada jahitan dan tukangan.  

Setakat cuti sekolah ini, Hannah sudah belajar memasak beberapa jenis sayur iaitu - Petola masak air, kacang panjang tumis, kacang buncis campur kubis tumis dan yang terbaru adalah terung masak kicap.Saya perhatikan juga, masakan sayur yang dimasak sendiri oleh anak-anak akan lebih dihargai mereka. 

Terkejut juga apabila semalam dia boleh makan sahaja terung masak kicap itu dengan nasi begitu sahaja. Kalau sebelum ini memang kena suruh untuk makan sayur. Walaupun kami suami isteri suka makan sayur, tetapi kita pun tahu bahawa "Iman tdak dapat diwarisi".

Berita baiknya dia sendiri tahu bahawa terung adalah sayur yang sedap jika dimasak kicap. Adik-adik yang lain pun nampaknya mengakui kesedapannya.

Saya sertakan di sini video masakan "Terung Masak Kicap Oleh Hannah"

Selamat menonton!




You Might Also Like

4 comments

  1. jrg bdk2 nk suka mkn sayur..kalo dhs edap tu sure kena masak slalu la menu ni hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  3. Menarik . Tak pernah try lagi resepi terung masak kicap . Tapi kalau labu masak kicap CCL pernah buat . Selalu terung ni buat masak sambal je

    ReplyDelete
  4. belum pernah try resepi masak kicap.. nnti boleh cuba.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.