Pengalaman bermalam di Hotel World View Grand Hotel
Memandangkan kelas sirah di IDT Wangsa Maju berlangsung pada waktu malam dan bermula pukul 8.00pm. Saya mengambil keputusan untuk menyewa bilik di mana-mana hotel yang berdekatan dengan IDT.
Nak bergerak memandu dari Puchong tu risau hujan dan sampai lewat di kelas pula. Fikir lagi kesesakan lalulintas apabila nak lalu MRR2 / Jalan Tun Razak tu. Memang boleh kemurungan juga dibuatnya.
Ini semua perancangan yang last minute. Selepas puas membuat pencarian di Google, akhirnya jumpa juga hotel yang bersesuaian.
Jaraknya hanya lebih kurang 2km sahaja dari IDT. Harga untuk 3 orang dewasa semalaman adalah RM157.05. Kami semua berempat tidur dalam bilik tu.
Kebaikan :
Lantai bilik bersih , katil 1 single dan 1 queen juga bersih dan wangi.
Pam shower kuat dan selesa. Tiada sebarang masalah teknikal yang berlaku.
Lokasi memang terbaik sebab berdekatan dengan pelbagai pusat membeli belah dan kedai makan.
Tempat letak kereta percuma.
Layanan kakitangan hotel yang peramah.
Kelemahan :
Tempat letak kereta terbuka dan terhad .
Dinding bilik tidak kalis bunyi. Malam-malam dalam pukul 12 pm , ada orang berkaraoke dan boleh dengar bunyi loceng lif.
Kawasan receptionist |
Bilik kami memang bersebelahan dengan lif hotel |
Kalau haus boleh minum air di sini |
Seterika disediakan di luar bilik. Saya tak cuba jadi tak tahu bagaimana keberkesanan seterika ini |
Ada cerek air, cawan dan kopi 3 dalam 1 disediakan |
Meja bulat kecil itu, Hannah jadikan tempat untuk belajar |
1 single bed dan 1 queen bed. Kami gabungkan untuk semua tidur atas katil tu.😅 |
Lain-lain :
Bilik yang saya sewa ini lah yang paling sesuai untuk menempatkan lebih dari 3 orang.Kiranya ini adalah family room yang ada di hotel itu.
Deposit sebanyak RM100 mesti dalam bentuk wang tunai. Wang deposit ini akan dikembalikan sewaktu kita nak check out dari hotel.
Tingkap hanya sebagai hiasan sahaja. Memang tiada cahaya matahari yang dapat masuk. Jadi kita pun tak tahu samada di luar siang ataupun malam.
Harap membantu kepada sesiapa yang mencari bilik / hotel di kawasan Wangsa Maju / Setapak / Setiawangsa.
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.