Tiga personaliti Aisyah R.A yang jarang kita dengar.

By Friday, January 13, 2023

1) "Nakal"

Aisyah pernah mengintip Nabi pada waktu malam. Sebab dia sangsi , takut Nabi pergi ke rumah isteri nya yang lain. Walhal Nabi masa tu pergi ke perkuburan sahabat-sahabatnya di Baqi'.
 
Nabi kejar tak dapat. Laju juga dia lari. Walhal dia tak la training ke apa. Sampai jer rumah, Nabi S.A.W nampak Aisyah atas katil berselubung.
 
Nabi selak selimut. Nampak Aisyah penat tercungap-cungap tapi mata terpejam. Pura-pura tidur mungkin.
Selepas disoal siasat, Aisyah pun mengaku yang dia lah orang nya yang mengintip Nabi. 
 
*** Sifat syak wasangka tidak dapat dipisahkan dengan manusia walaupun seseorang itu adalah isteri Nabi S.A.W
 
2) Happy Go Lucky
 
Kan semua perempuan ada koleksi barang. Contohnya : Koleksi make up, pasu bunga, lukisan, handbag, kain cotton, tudung itik dan macam-macam lagi lah. 
 
Lepas tu, Nabi ternampak kuda yang bersayap milik Aisyah. Kiranya ni koleksi mainan Aisyah la.
 
Nabi pun tanya "Kuda ada sayap ke ?"
Aisyah jawab " Iya la..ni kan Kuda Nabi Sulaiman"
 
Sumber carian di Google
Nabi S.A.W terhibur dan gelak jer dengan kecomelan Aisyah tu.
 
*** Aisyah adalah seperti manusia biasa seperti kita juga. Ada hobi dan minat yang tersendiri. 
 
3) Bijak
 
Aisyah merupakan seorang yang berpengetahuan luas tentang hadis. Pernah beberapa kali Aisyah membetulkan salah faham tentang hadis yang disampaikan oleh Nabi. Kisahnya masa Umar Al-Khattab ditusuk sehingga berdarah. Orang ramai yang menyaksikannya menangis kuat.
 
Lalu Umar bertanya "kenapa nangis kuat sangat? Tau tak nanti kalau nangis kuat sangat, aku akan diseksa dalam kubur?"
 
Aisyah pun cakap "Semoga Allah swt mengampuni semua orang yang salah faham tentang hadis ini"
Sahabat tidak membantah dan mengiyakan apa yang Aisyah cakap .
 
***Sedangkan pada zaman para sahabat pun sudah berlaku salah faham tentang hadis. Inikan kita yang sangat sangat jauh dengan zaman itu.
 
Selain dari yang tiga personaliti di atas, Aisyah R.A seorang yang berani memberi pendapat, berani membuat sesuatu yang tak masuk dek akal ( mengetuai Perang Jamal dan memerangi tentera Ali B.Abi Talib), sentiasa juga nak menang / bersaing dengan isteri-isteri yang lain.
 
Dan kalau ada yang cakap. Contohilah isteri Nabi S.A.W. Boleh lah jawab semula nak contohi isteri yang mana satu? 😙🤭


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.