Amru Al-As' yang keislamannya di tangan Raja Najashi.

By Friday, January 20, 2023

Amru Al-As antara sahabat Nabi S.A.W yang pada awalnya sangat kuat menentang ajaran agama Islam. Ketika Umrah ganti dibuat pada tahun 8 Hijrah. Amru Al-As membawa dirinya ke Habasyah. Amru tidak sanggup melihat Mekah jatuh ke tangan orang Islam. Pada Amru, ianya adalah satu kehinaan buat masyarakat Quraisy yang belum memeluk Islam ketika itu.

Amru ke Habasyah kerana ingin berjumpa dengan Raja Najashi untuk meminta bantuan. Memandangkan Amru ini seorang diplomat, dia memang baik dengan Raja Najashi . Ketika mereka sedang berbual, kelihatan dua orang utusan dari Madinah datang untuk berjumpa dengan Raja Najashi.

Apabila Amru melihat dua orang utusan itu datang menghampiri. Maka berkatalah Amru kepada Raja Nasjashi.

"Boleh tak kalau kau serahkan  utusan itu kepada aku ?"

Amru mahu menunjukkan solidatari sebagai rakyat Mekah . Dengan ini, ianya seakan memberitahu bahawa walaupun Amru melarikan dir dari Mekah, dia tetap tidak menyokong kedatangan Nabi Muhammad dan orang Islam yang datang ke Mekah.

Hajatnya seorang daripada utusan itu mahu dibunuh. 

Apabila Raja Najashi mendengar sahaja permintaan Amru itu, terus dia rasa terkejut dan marah sangat hinggakan dia memukul mukanya dengan tapak tangan dengan sangat kuat.

Berkatalah Raja Najashi kepada Amru 

"Apa masalah Nabi Muhammad S.A.W daripada negara kau yang memerintah negara kau juga? Dia orang pandai. Lebih baik kamu diperintah oleh orang yang sebegitu daripada orang yang ntah apa-apa. Dan sampai bila kau nak lari daripada Muhammad itu persuruh ALLAH?"

 Amru jawab " Habis tu, kau nak suruh aku masuk ajaran dia?"

Jawab Raja Najashi "Ya!. aku mahu kau masuk Islam"

Dakwah yang simple dari Najashi itu masuk ke dalam hatinya.  Padahal, sudah berbelas-belas tahun Amru  mendengar dakwah daripada Nabi S.A.W.

Apa yang kita boleh belajar dari kisah pengislaman Amru Bin Al-As adalah,

Bukan semua kebaikan itu datang daripada kita. Kadang-kadang kita nampak orang tu bercerita " Selepas saya belajar dengan ustaz itu, saya tahu sirah itu penting". Padahal 10 tahun yang lalu kita yang ajar dia. Kenapa ustaz itu yang mendapat nama.

Tak perlu fikir samada usaha kita yang membuahkan sesuatu hasil ataupun tidak. Usaha kita selama ini sudah dicatitkan dalam  kitab amal kebaikan. Itu bukan kerja kita untuk tentukan hasil akhir. Semoga kita  terus menerus membuat kebaikan tanpa mengira dan berfikir apa hasil akhirnya.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.