Siapakan anak Aisyah R.A ?

By Sunday, January 08, 2023

 

Ada banyak cerita tentang Aisyah R.A yang baru saya dan Umair pelajari di pusat IDT, Wangsa Maju bersama Dr Jefri Irwan Haris. 

Saya kongsikan dahulu tentang kisah Aisyah R.A yang diketahui bahawa dia tidak punyai anak kandung dengan Nabi S.A.W

Aisyah R.A pernah menyatakan perasaan sedihnya kepada Nabi S.A.W kerana tidak dikurniakan sebarang anak atau zuriat. Hal ini agak penting buat masayarakat ketika waktu itu.

Ini adalah kerana setiap mereka akan ada 'kunniyah' iaitu nama gelaran. Contohnya : Ummu Salamah, Ummu Aiman, Abu Jahal dan Abu Bakr. 

Ummu bermaksud ibu.

Abu bermaksud ayah.

Pada mereka, kunniyah adalah suatu perkara yang dibanggakan dalam masyarakat arab ketika itu.

Jadi Nabi S.A.W mencadangkan agar anak saudara nya , Abdullah iaitu anak kepada  hasil perkahwinan  Asma'  kakak / adik Aisyah dengan Zubair dijadikan sebagai anak Aisyah.

Maka, Aisyah digelar Ummu Abdillah.

Setelah Nabi S.A.W wafat dan Aisyah meningkat usianya menjadi semakin tua. Lalu terjadinya sedikit pergaduhan kecil antara Aisyah dan Abdullah.

Aisyah yang ketika waktu tuanya mempunyai banyak harta kerana pemberian orang ramai memandangkan Aisyah adalah isteri Nabi S.A.W . Dan juga banyak menerima wang pencen dari kerajaan. 

Lalu Aisyah bersifat terlalu pemurah hati dan memberikan terlalu banyak harta nya kepada orang awam.  Abdullah  yang sudah dewasa ketika itu tidak puas hati dan beritahu kawan-kawan nya bahawa Aisyah dah melampau dan kalau masih berterusan, dia akan ambil harta Aisyah. Abdullah nak kawal Aisyah.

Aisyah terasa hati dengan apa yang Abdullah cakap. Berani sungguh Abdullah nak kawal Aisyah kan?

Lalu bernazarlah Aisyah yang dia  tidak akan bertegur sapa langsung dengan Abdullah sehingga bila-bila waktu.

Perkara ini berlangsung beberapa bulan dan mungkin juga makan tahun.

Abdullah tidak putus asa dalam proses memujuk Aisyah. Hantar surat dan cuba bercakap dengan Aisyah. Memang Aisyah buat tak tahu dan tak layan langsung si Abdullah.

Sehingga suatu hari, Abdullah meminta bantuan dari dua orang lelaki lain yang merupakan anak murid Aisyah dalam mempelajari hadis.

Mereka bertiga seperti biasa datang ke rumah Aisyah untuk belajar. Pakaian lelaki arab pada waktu itu adalah menutupi kesemua muka mereka kecuali mata sahaja. 

Aisyah terkejut apabila melihat Abdullah di situ .Dia memarahi Abdullah dan  menghalaunya keluar.  Lalu Abdullah memegang tangan Aisyah dan memohon maaf. Pada mulanya Aisyah memang tidak mahu memaafkan Abdullah. Tetapi anak muridnya yang dua orang itu pula yang mengingatkan Aisyah kepada hadis tentang kepentingan slaaturrahim yang pernah diajarkan oleh Aisyah ketika dahulu.

Akhirnya, Aisyah pun memaafkan Abdullah. Dek kerana Aisyah sebelum ini pernah bernazar dan bersumpah tak nak maafkan Abdullah. Dia perlu melakukan kafarah dengan membayar denda iaitu Membebaskan sejumlah hamba / memberi unta yang saya sudah terlupa berapa bilangannya.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.