Selamat hari lahir Hakim!!!

By Thursday, September 10, 2015 , , ,

Alhamdulillah..Hakim is 1 year old today.


Cerita malam semalam bila kami di sini dapat bersama-sama meraikan hari lahir adik Hakim yang pertama. Hakim ni anak kawan saya kat sini. Semalam usia beliau genap setahun. Tinany (Auntie Nany takder hadiah nak bagi kecuali sebiji rainbow cake yang sangatlah kelihatan comot di luar tapi cantik dan sedap bila dimakan. (owhh perasan sorang-sorang).

Ini kali pertama menggunakan resepi sukatan cawan yang senang. Selain dari sukatan bahan-bahan yang tepat, penggunaan suhu yang bersesuaian, saya percaya bahawa resepi utama  di sini adalah kasih sayang, minat, kesabaran dan kesungguhan. Sebab kalau masih terkial-kial nak hias kek, tapi usaha dan minat masih ada, percayalah...anda cuma hilang satu bahagian ( kecantikan luaran kek ) tapi anda akan dapat rasa kepuasan yang luar biasa bila kek yang dimasak dengan kasih sayang itu dimakan dan dijamah oleh anak-anak anda, suami, rakan taulan dan anak-anak syurga yang lain.  

Kek harijadi dan makanan-makanan yang lain.
Krim kek pelangi yang saya hasilkan ini sebenarnya tidak seperti apa yang saya mahukan. Senang cakap tak jadi. Bila nak hias or piping atas kek memang masalah la. Frust tak? saya jawab memang  frust sangat. (Tahap bila nak tidur malam letak tangan atas dahi sambil pandang siling) Tapi satu perkara yang saya belajar bila bergelar homemaker atau suri profesional , adalah 'learn on how to let go unnecessary thing'. Supaya kita boleh move - on dan rasa sayang dengan diri sendiri. Jangan sesak kan fikiran sangat dengan perkara-perkara yang di luar  kawalan kita. Sebab semua manusia tak sempurna dan ada kelebihan serta kelemahan masing-masing.

Melihat mereka makan dengan bersungguh sudah cukup untuk saya rasa bahagia dan bersyukur. Erti memberi itu lebih besar dari menerima. Untuk mereka yang bekerjaya sebagai chef atau tukang masak biasa di warung-warung jalanan apatah lagi mereka yang bergelar seorang isteri atau ibu jalankanlah tanggungjawab anda semua dengan hati yang gembira dan 'bersungguh-sungguh'. Tak semestinya perlu ada kuali , periuk belanga atau mesin pengisar berjenama hebat seperti tefal untuk memasak. Emak saya dahulu, hanya gunakan lesung batu dan periuk kuali yang dibeli di pasar malam, tapi  beliau masih mampu menjadi  chef yang terbaik buat kami adik beradik. Korang pun sama juga kan?

Tak sabar nak potong kek

Happy family

Food yang sedap semuanya. Thanks Nana! supermom in the house. Sumer nak DIY pun kalau boleh. :)
Sebab saya dah buat and menjadi,maka saya dengan senang hati ingin  kongsikan resepi kek pelangi sukatan cawan :

- 3 cawan tepung kek*
- 4 sk bp*
- 1/2 tsp garam*
- 1 cawan mentega
- 1 - 1/2 cawan gula ( saya kurangkan jadi 1 cawan + 2 sudu besar )
- 5 biji telur putih
- 2 sk esen vanilla
- 1-1/2 cawan susu segar
- pewarna kek

Cara-cara :

- Ayak semua bahan yang bertanda *
- Pukul mentega bersama gula sehingga menjadi warna pucat / putih
- Masukkan putih telur 
- Pukul lagi sehingga nampak gebu
- Masukkan esen vanilla
- Akhir sekali, masukkan tepung selang seli dengan susu
- Letakkan baking paper sebagai alas di dalam dulang pembakar bersaiz 8"
- Tuang bancuhan kek mengikut sukatan yang telah dibahagikan sama rata untuk 7 warna semuanya
- Bakar satu persatu setiap lapisan  pada suhu 180 degree C selama 15-20 min.


Tips : Bila kek sudah masak, jangan tanggalkan alas kek tersebut untuk mengelakkan lapisan kek tersebut melekat antara satu sama lain. Tunggu semua lapisan kek sejuk, then baru boleh start letak krim.
  
Hiasan kek :

Saya nak cepat dan mudah sebab frust krim tak menjadi.  Gunakan M&M's dan tabur sesuka hati.  Google image Baymax, print atas kertas A4 dan tampal atas kotak keras, gunting mengikut bentuk Baymax dan tampal atas lidi pencucuk sate. Cucuk atas kek. Siap!

Ada banyak designs untuk kita buat invitation card, flyers, info graphic, blog title, facebook cover and presentation slides yang akan nampak lagi 'ohsem' di https://www.canva.com. Cuma perlukan masa sedikit untuk memilih design yang berkenan di hati. Macam kat bawah ni ..dan semuanya free. Best kan?





Kids playing around
Sukenye kan dapat buat air sirap selasih. :)

Omedetou tanjyoubi Hakim Chan! May you grow as a good man and become the coolnes of  eyes to your parents. Aameen.

You Might Also Like

4 comments

  1. Colourful kek hakim ye..selamat ulangtahun hakim..

    ReplyDelete
  2. cantik je kejadian kek tu nany saya tgk..betul :)

    saya penah buat rainbow cake ni..sedap dan yg penting jgn manis sgt kan..

    nany buat ciskrim ke? rainbow cake biasa ganding dgn cis krim baru sedap kan..takpe cari lg resepi utk krim ni..try and error..

    saya penah bg resepi krim ni rasanya..ok menjadi jugak cuma saya tak berapa manis so mmg kurangkn gula..kalo rajin nany search kt blog ek..kalo tak google je..guna resepi dr profesional blogger baker ok :)

    ReplyDelete
  3. nany buat kek tu??? omg...lawoo dah pada lieya tu.... cantik laaa...lieya ni bab baking2 mmg tak berani nak buat .... buat pun beli tepung kek segera ekekeekekekek.....

    comel hakim.... moga jadi anak bijak dan soleh....amin

    ReplyDelete
  4. HAPPY BELATED BIRTHDAY AKIM SAYANG. be a good boy. aunty kirim kiss n hug from malaysia..

    ReplyDelete