Oh my Arabic !

By Wednesday, November 30, 2016 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Dulu masa tidak tahu dan tak da usaha nak ambil tahu tentang bahasa arab ni, jadi main sebut ajerla without knowing the actual meaning.

Contohnya perkataan yang kita dulu selalu  sebut :

" Alim lah Pak Samad tuh...pakai kopiah, berjanggut dan berjubah sentiasa"

" Anak sapa lah tuh yer. Alim betul, untung sapa dapat jadikan dia  menantu. Hari-hari pergi ke masjid"

Itu antara dialog yang selalu saya ucapkan dengan kawan-kawan ataupun yang kita selalu dengar. Nak tau maksud sebenar kalau sebutan kita tak betul? Nah..ini jawapan nya :

 Lain sangat kan?

Sebab tulah kita perlu belajar mengaji dan menyebut dengan sebutan yang betul. Kalau tak memang lain lah yang disebut. Dengan maksud dia sekali lari jauh.

Kawan-kawan yang budiman..

Rasa 'lain' tau bila kita dah boleh faham sikit-sikit apa yang ALLAH S.W.T cuba sampaikan pada kita semua.

Tips yang saya boleh kongsikan kat sini. Kalau dah jumpa perkataan baru seperti di atas di dalam Al-Quran terus take note dan jot down kat kertas or kat mana-mana yang korang senang nak ingat.  Untuk pengetahuan korang jugak, perkataan-perkataan dalam Al-Quran tuh banyak yang diulang-ulang. Especially dalam juzuk 1 - 3.

Apa yang saya sedar, selepas saya mula berjinak-jinak dengan bahasa arab ni, saya jadi lebih 'alert' dengan setiap huruf, perkataan dan maksud. Lebih berhati-hati bila menyebut.

Sebenarnya, perjalanan saya sendiri pun masih jauh lagi dalam memperkuasakan ilmu bacaan Al-Quran ni. Doakan yer? Semoga ALLAH S.W.T mudahkan urusan saya dan kita semua. InshaALLAH..niat yang baik ALLAH S.W.T akan permudahkan.

That's all and Thank You for reading!



You Might Also Like

3 comments

  1. Ohh... yg ini kakak tahu dik
    Tapi lain banyak yg tak tahu hihi...
    Itulah pronounce utk alif dan ain kena betul. Kalau tak makna dah jauh. Ain kena dengung sikit 'a' tapi alif tak ada.

    Apa pun belajar kena live dgn guru kalau google / blog still tak accurate.

    ReplyDelete
  2. Walaupun berbeza sikit je tapi maksud dah jadi lain. Insha Allah mudah mudahan dipermudahkan urusan kita untuk belajar bahasa arab :)

    ReplyDelete
  3. Good sharing kak. Ilmu dikongsi bsama. Keep it up.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.