Keseronokan melukis dan mewarna 'bubbles'

By Tuesday, March 07, 2017

Assalammualaikum w.b.t

Harapnya tajuk di atas cukup ceria untuk bacaan serta tatapan parents yang memang sukakan anak-anak mereka involve dengan dunia seni. By the way, dunia seni ini luas. Seni bukan sahaja di atas kertas tapi it's actually beyond that!

Dengan seni juga membantu seseorang untuk mengekpresikan jiwa dan hati mereka. Contohnya, orang yang suka berpuitis, bersajak, menulis lirik, berlakon ,menyanyi, melukis dan mewarna. Tapi tak semua orang ada bakat dan skill yang sama kan? mungkin yang bukan berjiwa seni tu rasa susahnya nak faham...yerla, kadang orang tuh conteng-conteng ajer  atas kertas. Tetiba..ting! nampak lawo semacam ajer. 

Macam saya sendiri, dulu masa sekolah pernah tulis lirik lagu dikir barat, lepas tuh pentomen. Dah masuk universiti and kerja terus tinggal. Haishh..bila ingat balik, rase menyesal juga. Bukan tak boleh nak aktifkan diri tapi ntahlah. Bila masuk universiti dulu, rasa sangat tade kawan yang baik macam kat sekolah dulu. Enviroment totally different. Dah bekerjaya pulak..sibuk keje.

Sekarang ni la baru nak asah balik minat tuh. Tapi totally lain dari yang pernah saya buat dulu. Anak-anak pun saya dah mula terapkan , dedahkan dengan dunia seni . Haritu, Hannah and Umair ada la berbunyi nak masuk kelas muzik main piano. 

Tapi benda macam tuh at least kena la ada seketul kat rumah kan ? baru kita tak lupa ilmu yang diajar sebab kita praktiskan selalu. Budget pula tade, maklumlah..bila dah resigned ni kena la bersyukur dengan apa yang suami kita dah bagi. For me, dapat cukup makan, cukup pakai, sihat tubuh badan tuh dah ALHAMDULILLAH.

Yang tak dapat tuh..kita tukar la ke benda lain asalkan masih mampu menarik minat dan menghiburkan jiwa. 
Saya suka pembelajaran yang tidak terhad hanya di dalam kelas. Real experience perlu juga dilakukan...barulah kita semua akan lebih hargai anugerah dan ciptaan ILLAHI. Yer..kita semua boleh nampak burung-burung berterbangan di angkasa tapi jarang untuk kita refleks ianya dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Contohnya di dalam surah Al-Mulk( 67 :19 )

Do they not see the birds above them with wings outspread and [sometimes] folded in? None holds them [aloft] except the Most Merciful. Indeed He is, of all things, Seeing.

Begitu kasih dan sayangnya ALLAH S.W.T terhadap semua makhluk termasuk burung. Just imagine kalau burung tuh hanya mengembangkan saje sayapnya 24 jam. Tanpa ditutup. Pasti akan jatuh menyembah ke bumi kan?

Kejadian manusia juga adalah yang sebaik-baik ciptaan . Surah At-Tin (95 : 4 ) Lengkap dengan semua sifat termasuk akal dan fikiran. Melaluinya kita semua boleh menjadi kreatif dan dapat melakukan sesuatu yang kita inginkan. 

Sebaik habis bermain bubbles di luar kelas. Cikgu menerangkan semula tentang ciri-ciri bubbles tadi. Bentuknya yang bulat, warna nya yang seakan-akan warna pelangi.
Seterusnya adalah demo yang dilakukan oleh cikgu on-how-to make a nice circle.Interesting sangat! Sesuatu yang saya sendrik pun tak terfikir. See? kreatif kan kita ni?
Kalau nak lagi cantik dan nampak 'live' , boleh stamping dengan cara tindih menindih. Tak perlu buat jarak-jarak sangat.
Lagi satu yang menarik adalah penggunaan bahan untuk membuat bentuk bubble tadi hanya menggunakan barang-barang yang ada di rumah. Asalkan ada yang berbentuk bulat.
Letak warna putih acrylic di atas pinggan dan letakkan acuan barang yang berbetuk bulat tadi di atas warna acrylic tersebut. Tekan dan pusing-pusing sedikit bagi warna tersebut rata. Pindahkan dan tekankan semula ke atas kertas keras bewarna hitam. Sebaik-baiknya gunakan yang keras seperti cardboard. 
Gunakan oil pastel dan lorekkan sedikit demi sedikit mengikut bulatan tersebut. Boleh lah guna warna yang kita suka.

 Khusyuk sangat Uwais ni warna sampai habis bulatan ke dalam dia warnakan. Hehehehe....
 Focusing while blending the colors.
Bila dah puas hati dan siap semua warna yang dilorekkan tadi, boleh lah drawing die punya effect untuk nampak shape melengkung tuh kat atas bubbles ni. Guna acrylic dan paint brush ok.
Kalau ada ruang kosong di antara bubbles tuh boleh ajer dot..dot..dotkan dengan acrylic tadi. Jadi, nampak sangat meriahnya bubbles tuh
Hasil seni anak-anak belajar melukis dan mewarna bubbles.

Dan ini adalah hasil karya anak-anak saya. 
 Hannah, 9yrs old.
 Uwais, 5yrs old.
Umair, 7yrs old.

Minggu ini dan sampai hari Selasa minggu hadapan, kakak dan abang ada ujian unit penilaian 1 di sekolah. Mama doakan semoga terang hati yer jawab soalan-soalan tuh. Kejap ajer dah March. Rasa haritu baru first day sekolah.

That's All and Thank you for reading!

 

 

You Might Also Like

6 comments

  1. Cantikkk! Baguslah kecil kecil lagi dah minat seni macam ni ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bgs sgt kelas mcm ni.. Bila msk cabang seni mmg sgt luas sbnrnya.. Lya pom klo blh nk fasya msk xtvt mcm ni.. Tp kt sini xde..terhad..klo bndr2 besar ok lah..byk kmudahan kan..

    Btw.. Tq for sharing surah tu.. Dpt ilmu disitu

    ReplyDelete
  3. memang cantikkkk..nampak meriah and kalerful ;)

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaaaaa kakkkk!!! saya pun tak reti buat macam ni huaaaa. gambar-gambar yang akak tangkap ni pun cantik! dah boleh buat job tangkap gambar kahwin dah hehehehe.

    ReplyDelete
  5. Mmg betul betul kreatif awak ni. Nampaknya menurun kat anak pulak... nampak hiduplah NF.

    Memang sekeluarga keluarga seni ni...

    ReplyDelete
  6. beautiful dear...i love to see it..suka tengok hannah tu..tengok hannah ingat alya..yg anak laki pun kreatif juga..selalunya budak laki jaranh boleh focus lama2..but ur son very good...alhamdulilah..tahniah dear..dengan menjaga amanah Allah ni dengan begitu baik
    .tahu minat mereka..apaguna harta banyak kan..kalau kita tiada masa utk anak2.tahniah..nani sanggup tinggalkan kerjaya demi masa bersama anak2..menjadi surirumah dan spent masa dengan anak2 adalah kualiti kerja yang hanya Allah menilai kpinya..moga nani n anak2 ceria2 selalu..aamin

    ReplyDelete