Mini Bengkel Ilmu Parenting - " Say It Right " Bersama Ummi Ros

By Monday, October 08, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Seronoknya bila pagi tadi dapat mengisi masa dengan sesuatu yang berharga dan bermakna. Lama sudah tidak 'renew' ilmu parenting ini. Kebetulan saya juga baru saja menghabiskan buku bacaan yang bertajuk "Say It Right" hasil nukilan Puan Rosmaria Mohd Sahat.

Dan setelah itu saya pergi ke FB beliau dan terus ternampak poster tentang Mini Bengkel "Say It Right 2.0" . Memang cantik sangat sebab kelas dibuat di waktu pagi . Alhamdulillah..setelah selesai menjadi Mrs Grab menghantar anak-anak ke sekolah saya terus bergerak ke Kajang.

Dengan bilangan ahli yang tidak ramai, kami lebih mudah berinteraksi dan kelas pun diadakan secara santai. Seronok mendengar penerangan dari Ummi Ros dan diselang selikan dengan perkongsian dari ibu-ibu yang lain.



 Ummi Ros menekankan teknik berbicara dengan anak-anak dengan seni yang tersendiri. Kalau korang tengok pada Instagram tu, ada beberapa contoh dialog yang sudah menjadi kebiasaan kita sebagai parents/ pendidik yang sering digunakan setiap hari.

Ianya diulas dengan begitu cantik dan tersusun sekali. Paling best, apabila Ummi Ros menengahkan konsep QAWLAN  yang bermaksud 'kata-kata' dalam Al-Quran. Antaranya adalah apabila Nabi Yaakob A.S seorang bapa yang berkomunikasi dengan baik terhadap Nabi Yusof A.S dan juga anak-anaknya yang lain. Walaupun mereka pernah melakukan kesilapan, tetapi dialog yang digunakan sangat tertib dan sungguh sopan sekali. 

Ada beberapa lagi contoh yang digunakan sebagai panduan untuk kita sebagai orang dewasa mencontohi akhlak para Nabi.



Saya khatamkan dulu buku Ummi Ros ni dahulu sebelum saya pergi ke bengkel beliau. Jadi dengan cara itu, saya sudah mendapat gambaran awal dan saya cuma nak bersoal jawab sahaja dengan beliau. Chewaahh~~

Hahaha!

Sebenarnya macam lebih luahan perasaan dan berkongsi masalah tau. Takder la nak formal sangat. Hiks!

Yang ditekankan adalah konsep W.I.B iaitu Word, Intonation dan Body Language. Amat terkesan apabilan Ummi Ros beritahu tadi. Body languange sebenarnya tersangat penting. Why? Sebab nanti bila kita roh sudah bercerai dengan tubuh badan. Maka, anggota badan kita iaitu kaki, tangan, telinga dan mata yang akan bertutur dengan ALLAH S.W.T. Mulut ketika itu terkunci rapat.

Termenung saya selama ni bila teringat kembali cara saya bertutur dan memberi response apabila bercakap dengan anak-anak. Kata Ummi Ros lagi, kalau bercakap dengan sesiapa sekalipun....cuba buat posisi 'pusat ke pusat'. Bukan eye level lagi dah... maknanya di situ, kita perlu alihkan SEPENUH perhatian kepada sesiapa sahaja yang bercakap dengan kita ketika itu. Termasuk anak-anak-anak kecil. Sila pusing badan anda sehingga 'pusat bertemu pusat'.

Penting juga bagi kita untuk tidak DENY perasaan anak-anak kita. Contohnya kalau pensel anak-anak kita hilang di sekolah. Jangan terus label mereka dengan menuduh mereka perkara-perkara yang tidak elok. Dengar dahulu dan biarkan mereka berbicara.

Kalau kita terus menerus menghentam mereka, suatu hari nanti mereka akan shut down dari kita dan tak mustahil kita bukanlah orang pertama untuk mereka meluahkan perasaan.

Sebagai seorang ibu/bapa/pendidik kita juga perlu pandai memberikan solusi dan maklumat. Tanya kita, adakah maklumat yang kita berikan selama ini sudah cukup? sampaikah maklumat tersebut ke dalam minda anak-anak.

Saya bagi contoh situasi ini yang selalu berlaku dengan anak-anak di rumah. Umair selalu berhingus di waktu pagi. Menyebabkan dia menggunakan tisu dengan kerap. Masalahnya sekarang, dia selalu terlupa untuk membuang tisu ke dalam tong sampah.

Setiap pagi sebelum ke sekolah pasti ada tisu yang disepah-sepahkan di atas lantai. Saya memang tak boleh nak tengok kalau sesuka hati buat sampah dalam rumah. Walhal, bakul sampah memang sudah disediakan.

Penat membebel dan memberi arahan kerana arahan yang simple seperti : "Umair, ambil tisu dan buang sekarang" itu sudah seperti mencurahkan air ke atas daun keladi.

Lantas, saya menggunakan teknik Qawlan Baligha iaitu perkataan yang terkesan di hati. Manusia juga sukakan maklumat. Jadi, perlu pandai untuk memberikan maklumat sehingga sampai ke minda nya dan seterusnya mampu membuatkan anak kita berfikir.

Saya usahakan dengan memberikan penerangan dan logik kepada Umair. Lebih kurang begini ayatnya :

"Umair, tisu yang kotor ada kuman. Kita kena buang ke dalam tong sampah"

Lantas, si Umair terus ambil tisu tersebut dan ikut arahan saya dengan mudah. Ya! perlu ada ilmu dan teknik untuk melakukan semua ini. Banyak lagi situasi-situasi di rumah yang sekarang ini perlu saya fikirkan solusinya.

Kalau sesiapa yang mencari buku-buku parenting ni, saya cadangkan supaya beli dan bacalah buku "Say It Right". Harapnya nanti adalah lagi bengkel siri yang seterusnya.

That's All and Thank you for reading!



You Might Also Like

0 comments