Sabtu lepas masak nasi beriyani ayam pula. Teringin sangat sebab nampak macam sedap kan. Kali ini, buat pajeri nenas juga sebab rasa dah lama tak makan. Macam dekat setahun jer. Ok! tipu. Hehe
Ini rempah shan untuk Malay style lagi tuh. Bangga jap.
Perap ayam dengan 2 sudu kecil rempah shan, 3 ulas bwg putih dan 1 inci halia. Sila tumbuk halus-halus dan lumur pada ayam tuh. Saya tiada lesung batu di sini, jawabnya..cincang jerla sehalus mungkin. Owh, garam tidak diperlukan sebab rempah ini dah masin. Ok, biarkan selama 1 jam untuk rempah itu meresap ke dalam ayam tersebut.
Sementara itu, rendam beras brasmathi selama setengah jam. Tanak nasi ehingga 3/4 masak.
Masukkan setengah cawan air ke dalam ayam tadi dan masak dgn api yg sederhana. Masak sehingga ayam empuk. Lepas itu, kuatkan api dan masak ayam sehingga air kering. Seperti gambar di bawah :
Bila air sudah kering, masukkan minyak untuk menumis bawang merah dan cili hijau. Saya tidak menggunakan minyak sapi ghee kerana inginkan yang kurang kolestrol dan pernah dengar yang minyak brand ghee ini sudah diharamkan sebab ada unsur penggunaan khinzir. (Nanti saya check)
Masukkan rempah shan, air asam jawa satu cawan, sedikit gula dan secubit garam. Renehkan sebentar.Kemudian masukkan ayam tadi. Selepas itu masukkan pula timun yang dipotong saiz sederhana. Kacau- kacau sebentar.
Kemudian, toskan air nasi yang ditanak tadi dan letakkan di atas ayam tadi dengan rata. Tidak perlu digaul. Sila tabur kismis jika berminat. Tutup kuali atau periuk. Guna api perlahan dan biarkan air kuah kering atau sehingga nasi betul-betul masak.
Bila dah masak bolehlah makan yer.
*Rempah Shan ni famous di oversea especially di UK. Rasanya mmg lain dari yang di Malaysia. Babas or Allagapas.
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.