Jalan jalan di Tokyo Skytree Tower

By Sunday, December 13, 2015 , ,

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ini cerita minggu lepas hari Sabtu. Akhirnya, tercapai la hasrat di hati untuk menjejak kan kaki kat dalam Tokyo Skytree Tower setelah bergigih beberapa kali nak check que beli tiket panjang brapa kilometer. Huwawawa!

Actually, kalau ada sesiapa yang nak masukkan Tokyo SkyTree ni dalam itinerary boleh pergi terus ke fast lane khas untuk foriegners sahaja. Tapi, tengok juga masa dan hari korang sampai. Kalau public holidays and weekends memang tak berapa fast la...kena-kena time nak sunset. Kitaorg pernah sampai sana dalam pukul 4:30pm hari Sabtu. Bila pergi kat fast lane tu, katanye kena tunggu dalam 1 jam lebih jugak. Kalau nak book masa 2/3 hari lagi awal, boleh beli melalui mesin jual tiket yang terdapat di 7-Eleven. Instructions all in Japanese. Jadi, kena la mintak tolong cashier kat situ..janji korang pandai sket2 nak guna bahasa derang. Contoh... Excuse me : Sumimasen, Ticket : Chiketto, buy : Ka uu . Akhir sekali bila dah print ticket tuh, bayar kat counter pulak yer. Jangan lupa ucapkan arigatou gozaimasu! . 

Sebelum terus ke tingkat 4 untuk cari entrance naik ke atas. Tips : Kalau sesampai, then nampak orang beraatur panjang kat bawah tu untuk naik lif. Tak perlu join derang sebab kemungkinan derang datang dlm group mcm tuh. So, my advice is..just proceed guna escalator saja. Lagi cepat.
 
Suasana di luar entrance, Level 4


Tiket kami pukul 4:30 pm. Kena tunggu at least  5 minutes before baru dibenarkan masuk ke dalam. Sementara tu, minum air dulu, duduk-duduk kat luar ni.

Nice weather with blue sky.Weeeee!!!
Bila dah boleh masuk, kena beratur jap untuk tukar tiket tadi

Paling atas sekali ialah harga tiket untuk dewasa, seterusnya untuk remaja berumur 12-17 tahun, diikuti dengan kanak-kanak berusia dari 6- 11 tahun dan yang terakhir harga untuk kanak-kanak berusia 4- 5 tahun.
Inilah tiketnya

Lepas tu beratur untuk periksa bag
Then, sambung lagi beratur untuk masuk ke dalam lif pulak. Rakyat Jepun memang suka menunggu dan beratur. Mereka sabar sangat . Aman damai jer tau,tade pun org potong line ke ape. So, kita pun rase berbaloi la nak beratur lama.
Ni bila dah masuk dalam lif. Lif agak besar, boleh muat dalam 15 orang kot. Sebelum pintu lif ni tertutup, orang Jepun ni beri  tanda hormat kepada kami.

Pemandangan di sekitar Tokyo dari Tokyo Tembo Deck (350m)

Sungai yang besar tuh, Sumida River.



Sebab cuaca cantik hari tu, jadi nampakla Mount Fuji .


Lepas amik gambar, kami pun sumer pulang ke rumah. Puas hati dapat pergi setelah lama nak ke sini.

Thank you for reading!


You Might Also Like

6 comments

  1. ya Allah..seronoknya melihat keindahan malam :)

    bertuah nany tinggal negara org..jepun pulak tu..tak payah fikir dah cuti2 nk bawak anak jln kemana compare kami yg duk malaysia ni hhhaaaa

    ReplyDelete
  2. seronoknye nany...thanks share gambar2 yg cantik ni dgn kami2...tak yah kami2 beratur just klik n skroll ajek ekekekeke...

    betul2 budaya jepun tu buat kite senang kat sane kan..... tgk dieorg sopan dgn kite2 jadi sopan jugak....

    ReplyDelete
  3. Waaa bestnya jalan jalan sepanjang tahun, cantik view. Uhuhu.

    BTW Dear, nak tanya start introduce your daughter to hijab umur berapa. Suka tengok dia pki tudung. Kemas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'shah..sementara dok sini..jalan puas2..dah balik memang susah la kot nak buat cengginih..ke memang tak dah? hahaha..anyways, my Hannah start pakai hijab masa umaur 4 yrs tak silap sebab gi tadika dah time tu..tak consistent pun masa tu...tapi lama2 OK..Alhamdulillah...hopefully, istiqamah hingga ke akhir hayat. Good luck for your little Hannah ! Muahss!!!

      Delete
  4. Wah! bestnya nany.. ambik peluang sementara berada kat sana berjalan2 puasa ye nany..

    ReplyDelete
  5. Kak Nany duduk kat Jepun ke ? bestnyaaa ehehe.. kalo CT pegi Jepun boleh hello2 la eh ehehe.. *over*

    CT jalan2 blogwalking sini.. follow sini..
    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.