Aktiviti melukis dan mewarna ala-ala " Van Gogh"
Assalammualaikum w.b.t
Semalam, Hari Ahad kami hantar Hannah and Umair belajar painting dengan ArtsisStudio di USJ 9 Subang Jaya. Eh! memang berbaloi dan seronok sangat sebenarnya bila tengok hasil painting adik-beradik ni. Pada pendapat saya, sangat unik and really looks like a pro.
Tema kelas untuk kali ini adalah "Van Gogh Inspired Painting on Canvas". Dan kalau nak tau, Van Gogh ini merupakan seorang pelukis yang sangat terkenal dan berpengaruh di kalangan masyarakat barat. Lahir di Netherland dan meninggal dunia di France. Antara yang famous adalah lukisan yang menggunakan cat minyak ( oil paintings ).
Dan mereka menggunakan "Starry Night" sebagai tema untuk dilukis dan diwarnakan di atas canvas.
Yang bawah tuh, lukisan Cikgu. Cantik kan? hampir sama dengan yang original :)
Ini pula hasil seni Hannah
Dan hasil seni Umair. Macam biasa, Umair happy sangat dapat attend kelas ni dan dalam kereta tanya bila nak ada art class lagi dengan Teacher Yati.
Congrats Yati! you never failed to make my kids happy and enjoy the art!
Closed-up Hannah's
Closed-up Umair's.
When I saw this, I know that they applied few techniques when painting with the brush. Ada banyak stroke kat situ kan? Cara mewarna pun tadi Hannah ada cerita, kena guna warna apa dulu. Owh yer! they used acrylic paint as a medium for painting. Menarik kan?
Kalau sesiapa berminat nak antar anak-anak belajar art boleh la pegi check FB or IG derang yer. They are siblings and very talented sisters. Saya sebenarnya memang suka if my children ada aktiviti yang berfaedah untuk dibuat. Minat ajer nak antar kelas main alat muzik tapi macam budget tuh tak berapa ada. Jadi, sesuaikan lah dengan budget yang ada yer. Kalau rajin, buat sama-sama kat rumah. Lagi jimat! Hehehe~
Okey kawan-kawan. Till here and thank you for reading!
4 comments
best!!!! van gogh fav artist UA.. Good job hannah and Umair
ReplyDeleteSaya suka tengok budak-budak yang pandai melukis dan berbakat ni. Bagus la akak dedahkan anak-anak dengan aktiviti macamni since kecil. Sebab kita tak tahu potensi budak-budak ni macam mana. Mana tahu diorang mungkin berbakat dalam lukisan dan akan jadi pelukis terkenal nanti kan? hehehe saya pun tak pernah melukis atas canvas pakai acrylic lagi.
ReplyDeleteIt would be nice kalau saya pon berbakat macam nih..hehe..btw saya followers ke 76! hehe. happy blogging~
ReplyDeletecantiknyaa babe<3 so talented.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.