Keseronokan Pulang Ke Kampung
Assalammualaikum w.b.t
Cuti CNY baru-baru ni, kami semua pulang ke Bagan Datuk. Saya drive dengan anak-anak sahaja since suami tak cuti minggu tuh. Perjalanan dari rumah sampai Setia Alam ok ajer smooth. Tapi bila sampai traffic light Kampar tuh dah start jem. Lepas tuh Ok..then jem balik . Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar..haa...lagi-lagi bila ada traffic light. Dari 3 jam dekat 5 jam juga la baru sampai. Tapi yang penting, perjalanan kami semua selamat.
Tak lama pun duduk kampung since Selasa anak-anak dah mula bersekolah semula. Kalau balik kampung part paling best adalah food! Adoii...memang diet semua ke laut dalam. Bangun pagi ajer terus mengadap meja makan. Ada ajer la makanan terhidang. Kebetulan, adik di Banting juga ada balik. So, kami masak sama-sama. Selepas subuh ajer terus keletang keletung di dapur. Macam ni la kalau kami pulang ke kampung. Seronok, masak sama-sama.
Masa balik ari tuh kan tengah musim hujan. Jadi ada la lumut ni tetiba tumbuh banyak. Sebelah tu kolam. Dok impress dengan kejadian lumut ni, Hannah pijak-pijak. Licin katanya. Bukan salji yer nak oiii...lumut tuh. Kah!
Ini la mak saya dan Hannah. The only one cucu perempuan yang ada buat masa sekarang ni. Kesian gak dia, if balik Perak kena survive sesorang.
Owh yer, Hari Ahad petang mak ada buat small makan-makan untuk majlis khatam Al-Quran anak murid mak kat kampung. Bunga telur ni recycle ajer. Buat seronok budak-budak kampung. Mak memang mengajar mengaji kat kampung. Menu nya adalah bihun sup and bubur merah. Air pulak semestinya air sirap.
Ni la bubur merah. Orang jawa kampung saya panggil bubur abang. Abang bermaksud merah dalam bahasa jawa. Memori sangat tau bubur ni sebab saya suka yang amat bubur ni. Kalau ikut mak gi kenduri masa kecik-kecik dulu ada jer orang hidangkan. Makin lama bila dah besar, dah susah nak jumpa. Rupa-rupanya makanan tradisional ni agak mencabar nak buat. Mak masak bubur ni jer almost 4 jam! guna dapur gas dan dapur arang. Lepas tuh, letak santan then asingkan untuk dapatkan yang putih dan yang merah. Bila dah masukkan gula melaka , kena kacau non stop dengan api kecik lagi. Kalau tak nanti hangit la bubur tuh. Huwaaa...mampu ke nak kaco ajer. Orang dulu-dulu memang penyabar sangat kan bila memasak. They really cooked with love!
Majlis khatam Al-Quran akan bermula sebentar lagi.
Semua orang kena baca, bergilir-gilir. Sepatutnya, Zaid ( anak buah saya , 4 tahun ) dan Uwais kena baca suratul Al-Ikhlas. Tapi ngelat! lari takmo baca. Cheit! memula kemain excited cakap nak baca sekali. Sabar ajer la.
Sebelum pulang ke pangkal jalan, mak ada bekalkan tanaman pokok daun kari. Nasib boot comel Myvi tu muat.
Mak cakap dia dah lama tanamkan untuk saya. Hari tu nak bawak angkut balik dengan pokok daun kunyit sekali tapi tak cukup muat nak sumbat dalam boot kereta. Terpaksa kena tinggal dulu and bawak another time.
Gambar-gambar di bawah pula adalah jenis pokok dan tumbuhan yang terdapat di kampung. Tengok la pokok pisang tuh. Meriah sangat kan? lepas tuh kalau nak buat nasi lemak daun pisang ke, kuih lepat pisang ker...senang ajer kan? tarik ajer daun tuh. Syok kan duk kampung?
InshaALLAH..if panjang umur murah rezeki, bulan depan kita balik kampung lagi yer anak-anak. Tengok opah dan atuk.
That's All and Thank You for reading!
4 comments
Memang seronok dapat balik kampung macam ni, macam macam ada :) Untungnya duduk kampung kan kak Nany, nak daun pisang, daun pandan semua petik aje dekat belakang rumah. Kalau dekat bandar ni semua kena beli. Heheh
ReplyDeletebestnya ada kampung.. kita kg dlm bandar je.. tanah pun xdok..umi tanam dalam pasu jek..hihi
ReplyDeleteBubur merah tu mmg favourite sy. Mak dulu selalu masak. Nak request mak masak la. Ermmm ideaaaa. Chingg.
ReplyDeleteBubur merah tu mmg favourite sy. Mak dulu selalu masak. Nak request mak masak la. Ermmm ideaaaa. Chingg.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.